Sembilan puluh peratus konflik yang berlaku dalam organisasi, kumpulan, persatuan, pejabat atau kariah kerapkali berpunca daripada komunikasi yang lemah dan kurang berkesan.
Kita perlu perbaiki kemahiran diri seperti teknik bertanya, teknik memberi penerangan dan penjelasan, teknik mendengar dan sebagainya.
Teknik komunikasi di tempat kerja lebih mudah pada hari ini dan kemudahan internet serta telefon bimbit membantu kita untuk lebih kerap berbincang. Dikatakan 90 peratus permasalahan boleh diselesaikan.
Tidak perlu hendak menunggu diadakan mesyuarat agung, mesyuarat tergempar dan sebagainya.
Mereka yang ada emel, gunakan emel untuk berkomunikasi manakala yang ada telefon boleh gunakan SMS, yang ada media sosial seperti facebook atau Twitter, boleh gunakannya untuk berhubung dan bertukar pandangan.
Gunakan setiap saluran untuk meleraikan konflik dan masalah.
No comments:
Post a Comment