Perkembangan internet sangat pantas ketika pertengahan tahun 2000. Maklumat berkembang tanpa sekatan. Berita di radio dan televisyen dikatakan sudah tertinggal semasa ke udara kerana apa-apa yang berlaku boleh diakses dalam masa dua hingga lima minit sahaja.
Internet mengubah cara kita hidup dan berinteraksi. Kaset dan piring hitam sudah menjadi bahan muzium kerana digantikan dengan cakara padat.
Selepas cakera padat, diperkenalkan pula MP3 dan MP4. Syarikat-syarikat yang berusia puluhan dan ratusan tahun tidak dapat berkembang dengan kaedah pengurusan konvensional dan ada yang ditutup.
Dikatakan 50 peratus pekerjaan hari ini akan lenyap dalam tempoh sepulu tahun akan datang. Orang-orang muda mesti menyiapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat dan internet supaya tidak tertinggal.
Kalau tidak, tentu menjadi mangsa globalisasi.
No comments:
Post a Comment