Doa adalah senjata kepada orang mukmin. Maksud senjata di sini adalah doa sebagai alat untuk menyelesaikan urusan hidup. Kita sering mendengar maksud al-quran, ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan’.
Amalan doa mesti dibuat di mana-mana sahaja supaya keselamatan dipelihara Allah SWT. Rasulullah SAW mengajar kita sejak dari bangun tidur hingga tidur kembali, semuanya dimulai dan diakhiri dengan doa.
Justeru mengajar anak-anak berdoa sejak kecil adalah langkah bijak supaya mereka dapat membiasakan kehidupan dengan berdoa. Begitulah keindahan susunan hidup beragama kepada seorang muslim.
Kehidupan beragama ini menjadikan hidup lebih teratur dan sentiasa mengikat hati mereka dengan tuhan.
No comments:
Post a Comment