Saturday, March 12, 2022

Pengajaran dari unta


Terdapat beberapa ekor binatang yang disebutkan dalam al-quran dan salah satu daripadanya ialah unta. Petikan dari surah Al-Ghasyiyah ayat 18, 'Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta serta bagaimana ia diciptakan? 

Unta adalah haiwan yang boleh di kawasan padang pasir yang panas, boleh menahan diri daripada lapar selama beberapa hari dan sangat menakjubkan. Belakang badannya yang kuat boleh menampung muatan yang sangat berat. 

Oleh kerana unta adalah haiwan yang sangat menarik, zoo di seluruh dunia sentiasa menempatkan unta untuk tontonan ramai sebagai hiburan dan pengajaran.

Apakah pengajarannya? Unta memiliki tabiat-tabiat yang baik. Ia merebahkan badan supaya boleh ditunggang, larian yang pantas dan berupaya merentas padang pasir yang panas dan luas. 

Refleksi unta kepada kita cukup besar. Jika kita memiliki azam dan cita-cita yang yang kuat, pastinya insya Allah cabaran dan rintangan hidup akan dihadapi biar besar sekali pun. 

Jika diperhati, orang-orang yang berjaya dalam kerjaya mereka lebih banyak halangan yang ditempuhi sebelum berjaya. Semangat dan cita-cita menjadi pembakar kepada kemakmuran dan usaha mereka.




No comments:

Post a Comment