Perasaan takut sering kali membantutkan dan merencatkan perkembangan diri. Semakin kenal alam sekitar, kita semakin terdedah kepada banyak perkara yang bersifat mengancam dan menakutkan.
Takut ini terlalu banyak senarainya, antaranya adalah takut dikritik, takut gagal, takut hilang kerja, takut miskin, takut sakit, takut tua dan takut mati.
Banyak lagi takut yang ada dan salah satu takut yang kerap menghalang kemajuan adalah takut mencuba. Inilah antara faktor yang kerap menghalang persaingan.
Masyarakat luar telah mendedahkan anak-anak mereka kepada persaingan, dan untuk bersaing ini mesti berani mencuba pelbagai perkara yang kadang kala tidak pernah kita fikirkan.
Jadi, jangan takut mencuba jika hendak maju.
No comments:
Post a Comment