Permainan sukan yang melibatkan kumpulan lebih dramatik dan kadangkala membuatkan kita tidak dapat duduk diam. Ahli sepasukan sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada rakan-rakan yang tidak leka.
Kadangkala mereka menempuh bahu rakan-rakan, menjerit dan bertepuk tangan. Semua aksi ini adalah sebahagian daripada ‘positive affirmation’ atau peneguhan positif yang mendorong untuk mengambil tindakan.
Pasukan bolasepak, takraw atau bola tampar adalah antara pasukan yang boleh mewujudkan suasana motivasi sesama ahli. Mereka akan bersatu padu bagi memastikan lawan akan kalah.
Kata-kata positif yang mendorong ahli pasukan kerap didengari dan diulangi berkali-kali kerana kemampuan semangat untuk bersaing tidak bertahan lama.
Seorang pakar pembangunan diri, Denis Waitley, seorang perucap motivasi, penulis dan perunding menulis dalam buku ‘Seeds of Greatness’ dan ’The Winner's Edge’ berkata; ‘Bercakap dengan diri sendiri jika diulang secara terus-menerus dapat mengubah imej atau citra diri sendiri’.
No comments:
Post a Comment