Tuesday, March 01, 2022

Rahsia persahabatan berkekalan


Membina persahabatan yang kekal abadi sangat sukar namun bukannya mustahil kerana ramai yang telah berjaya mewujudkan hubungan seperti ini. 

Semasa saya berkunjung ke rumah saudara untuk berhari raya, rumahnya tidak putus-putus dikunjungi. Bukannya seorang dua tetapi dua atau tiga biji kereta. 

Semasa saya ada kesempatan, saya bertanya kepada saudara saya ini kenapa ramai yang datang berhari raya ke rumahnya. Beliau memberitahu sejak suaminya meninggal dunia sebelas tahun lalu, beginilah keadaannya setiap kali hari raya. 

Rakan arwah suaminya telah menganggap mereka sekeluarga sebagai adik-beradik. Tidak sah jika tidak datang ziarah. 

Wilfred Cantwell Smith, seorang sarjana Barat memberikan pandangan yang menarik tentang masyarakat Islam dalam bukunya “Islam in Modern History”. 

Beliau menjelaskan para pengkaji telah menemui suatu penampilan masyarakat Islam iaitu memiliki ikatan-ikatan yang kukuh, kesetiaan dalam kalangan umatnya dan hubungan sesama sendiri yang sangat berkualiti. 

Satu cara untuk membina hubungan persahabatan yang berkekalan adalah melemparkan jauh-jauh sifat buruk sangka supaya ia tidak menjadi penghalang dalam persahabatan.


No comments:

Post a Comment