Thursday, March 10, 2022

Peribahasa dorong kemajuan diri


Setiap masyarakat mempunyai peribahasa atau kata-kata nasihat yang mendorong kepada pembentukan akhlak dan peribadi yang hebat. 

Dalam masyarakat Melayu, ada peribahasa yang berbunyi “bukit sama didaki, lurah sama dituruni” yang bermaksud anggota masyarakat perlu sama-sama menghadapi susah-payah dan kebahagiaan. 

Peribahasa Cina juga ada, “ye ben wan li” iaitu ibarat modal yang kecil tetapi mengharapkan keuntungan 10 ribu. Logiknya ialah tentulah sukar hendak dapatkan keuntungan yang besar jika modalnya kecil. 

Peribaha India pun ada iaitu “undu pathal undu waalvu” iaitu apabila bekerjasama kita dapat hidup bahagia. Peribahasa dan kata-kata ini menunjukkan setiap masyarakat mahu hidup yang lebih baik. Sudah tentulah kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh. 

Dalam bahasa Arab, ada peribahasa yang berbunyi “man jadda wajada” iaitu siapa yang bersungguh-sungguh pasti dia yang dapat). 

Membentuk peribadi yang kuat bukanlah mustahil. 

Masyarakat yang memiliki banyak peribahasa dapat mendorong kepada akhlak yang mulia kerana mereka amat prihatin dengan maruah dan harga diri.


No comments:

Post a Comment