Tuesday, January 10, 2017

Santai bersama Firdaus Wong







Firdaus Wong Wai Hung merupakan seorang pengasas dan presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) yang aktif dalam menganjurkan pelbagai program dakwah kepada bukan muslim di Malaysia serta di peringkat antarabangsa.

Beliau juga tersenarai sepuluh calon terbaik Anugerah Tokoh Dakwah Negara kategori Saudara Kita (2015) serta pernah mengacara program “Tetamu Masjid China” dan “ Dialog Harmoni” di TV Al-Hijrah.

Selain itu, pernah menjadi panelis bagi program “Himpunan Murabbi” di Astro Oasis dan program rancangan Persepsi & Pentas Dakwah di TV Al-Hijrah.

Daripada ceramah oleh Ustaz Firdaus Wong, apa yang dapat dirumuskan adalah meskipun Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama tetapi masyarakat saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Hal ini terbukti daripada kata beliau bahawa selepas memeluk Islam, kebanyakan masyarakat menyokong keputusan dan membantu beliau untuk mendalami agama Islam. Inilah budaya yang dikehendaki untuk membangunkan sebuah negara yang harmoni dan bersatu-padu.

Seterusnya, program yang dianjurkan seperti ini, dapat menyedarkan golongan muda yang mudah terpengaruh dengan idoelogi daripada kumpulan tertentu yang akan memesongkan akidah mereka dan seterusnya menyebabkan mereka murtad atau keluar daripada agama.

Selain itu, kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia juga kaya dengan budaya dan cara hidup tersendiri yang telah diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Disebabkan itu, pada pendapat beliau, ada sesetengah adat itu tidak sesuai untuk diamalkan oleh umat Islam di Malaysia kerana majoriti daripad adat yang diamalkan oleh orang Melayu datangnya daripada adat agama Hindu yang diamal oleh penduduk Tanah Melayu sebelum datangnya Islam.

Malahan adat tersebut tidak terdapat dalam al-quran dan hadis meskipun sesetengah masyarakat Islam di Malaysia menganggap adat ini sebagai sebahagian daripada adat agama. Oleh itu, para muslim haruslah sedar dan mengkaji semula adat-adat yang mereka lakukan, adakah salah dari segi agama atau tidak.

Akhir sekali, untuk mewujudkan suasana aman dalam sesuatu komuniti yang berbilang kaum, masyarakat perlulah bersikap toleransi dan tidak menanamkan sikap suka akan mencetuskan perbalahan.

Hal ini kerana, kemakmuran tidak dapat diperoleh apabila sesetengah kaum yang bersikap toleransi, tetapi semua rakyat Malaysia harus memainkan peranan dalam membentuk keharmonian negara. Maka, kita sebagai rakyat Malaysia harus menyemai nilai-nilai positif dalam diri masing-masing agar peristiwa gelap 13 Mei 1969 yang menyebabkan banyak pertumpahan darah tidak akan berulang kembali pada masa akan datang.


1 comment:

  1. ICERD MENGANCAM MELAYU DAN ISLAM DI MALAYSIA?

    1. Cadangan meratifikasikan ICERD (penghapusan perkauman) telah diucapkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia sendiri di sidang PBB di New York 2018.

    2. Walau bagaimana pun, beliau menyatakan bahawa perkara ini bukanlah mudah kerana ia perlu kepada persetujuan semua pihak.

    3. Cadangan ini disokong oleh kabinet PH.

    4. YB Datuk Saifuddin Abdullah sebagai menteri luar, telah mewakili kabinet di Dewan Rakyat membahas ucapan dasar Perdana Menteri tentang ICERD.

    5. YB DAP Batu Kawan telah menyokong ICERD diratifikasikan dengan alasannya yang tersendiri.

    6. Kabinet telah menangguh/ membatalkan cadangan meratifikasi ICERD setelah ramai yang membantah termasuk beberapa menteri Melayu dalam kabinet.

    7. Pemimpin parti UMNO dan PAS serta NGO Islam- Melayu termasuk Pesilat Malaysia telah mengambil kesempatan dalam demo ini
    bagi mempertahankan Islam dan orang Melayu.

    8. Kononnya ICERD akan melanggar hak orang Melayu dan Bumiputra perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

    9. Perlu dijelaskan bahawa ratifikasi ICERD bukan bererti membatalkan "to repel" Article 153.

    10. Perlu dinyatakan bahawa 55 daripada 57 negara Islam OIC telah meratifikasikan ICERD termasuk Iran, Indonesia dan Palestina.

    11. Dua negara OIC yang belum meratifikasikan ICERD adalah Malaysia dan Brunei Darussalam.

    12. Kemungkinan besar rakyat tidak diberi penjelasan yang mencukupi tentang ICERD, lalu mereka menolaknya dengan demonstrasi jalanan.

    13. Berapa juta wang yg telah dibelanjakan oleh kerajaan PAS Negeri Kelantan dan Terangganu untuk demo ini?

    14. Tidakkah orang Melayu kita boleh diperalatkan dgn mudah dengan isu agama dan perkauman?

    15. Tidakkah para pencuri duit rakyat ikut serta dalam demo ini kerana cintakan Islam dan Melayu?

    16. Tidakkah ketika mereka mencuri duit rakyat, mereka lupa bahawa duit itu juga adalah duit orang Melayu dan duit orang Islam?

    17. Tidakkah ketika mereka mencuri duit Tabung Haji, mereka lupa bahawa duit itu adalah duit orang Melayu dan duit orang Islam?

    18. Tidakkah ketika mereka mencuri duit Felda, mereka lupa bahawa duit itu adalah duit orang Melayu dan duit orang Islam?

    19. Tidakkah ketika mereka mencuri duit 1MDB, mereka hanya mencuri duit orang Cina dan duit orang India sahaja, bukan duit orang Melayu dan duit orang Islam?

    20.Tidakkah Kerajaan PH yang telah membenarkan demo ICERD dilakukan? Jika tidak, demo tidak boleh berlaku sebegini besar?

    21. Tidakkah demo sebesar ini tidak pernah berlaku di bawah BN?

    22.Tidakkah agama Islam, agama rahmatan lil 'Alamin?

    23. Tidakah al-Qur'an dan Hadis itu telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya sebagai asas agama Islam?

    24. Justeru, kenapakah para mufti dan para penguasa Malaysia telah menetapkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai asas agama Islam di Malaysia pada 5.5.1996? Tidakkah ia bercanggah dengan al-Qur'an dan Hadis yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya sebagai asas agama Islam?

    ReplyDelete