Friday, January 06, 2017

Populariti video dalam talian







Beberapa tahun dari sekarang, sebahagian besar kandungan portal yang menjadi rujukan pengguna dalam talian adalah dalam format video. Ia disuarakan oleh pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Komunikasi digital berkembang dalam pelbagai bidang seperti hiburan dan maklumat yang boleh dikongsi. Pada masa yang sama, penghasilan video dalam talian semakin berkembang. Disebabkan perkembangan ini, Facebook juga akan menjadi platform video dalam tempoh lima tahun akan datang.

Video menjadi kaedah utama untuk syarikat dan organisasi mempromosi produk dan kerja mereka kerana kombinasi mesej seperti teks, gambar dan elemen interaktif seperti panggilan telefon, pertandingan dan tawaran tindakan susulan.

Video yang baik dan berkualiti bakal menawarkan lebih banyak nilai kepada pengguna. Orang ramai lebih gemar cerita dariapda video kerana dapat memenuhi selera mereka ketika ini yang lebih gemar duduk sambil melihat.

Keadaannya jauh berbeza jika kita membaca 500 perkataan dalam bentuk artikel berbanding menonton video. Jika sesebuah video dibuat dengan baik, syarikat atau organisasi akan menerima respon yang baik. Seiring dengan tarikan media sosial hari ini, memang terdapat kumpulan yang belum diterokai, justeru video yang kreatif berupaya menarik minat dan mengekalkan audien sedia ada.

Satu perkara yang sangat berfaedah ketika ini adalah menghasilkan video yang lebih mudah dan murah yang membolehkan entiti perniagaan menggunakan pelbagai platform untuk mencapai sasaran. Memang betul, mempunyai sebuah video yang menarik akan mengambil masa dan mencabar, namun ada syarikat produksi yang dapat menyediakan kemudahan ini dengan pantas.

Peneraju perniagaan mungkin prihatin tentang bilangan organisasi yang telah menggunakan video untuk memasarkan produk mereka. Bagaimanapun, melihat kepada pertumbuhan penghasilan video dalam talian ini, syarikat atau organisasi perlu lebih memberi perhatian jika mereka belum lagi mengambil bahagian menggunakan platform ini.

Beberapa fakta tentang perkembangan pengguna dalam talian pada 2017 ini.

1. Sebanyak 74 peratus video dalam talian merangkumi ALL trafik laman sesawang.
2. Lebih banyak kandungan video dimuat naik ke laman sesawang dalam satu bulan berbanding 30 tahun di televisyen.
3. Satu bilion video di Youtube ditonton melalui peranti media sehari.
4. Lima ratus juta pelayar menonton video di Facebook setiap hari dan 82 peratus pengguna Twitter menonton video.
5. Tujuh puluh lima peratus eksekutif pemasaran menonton video berkaitan kerja mereka sekurang-kurangnya sekali.
6. Masa menonton Youtube di televisyen meningkat dua kali ganda.
7. Lima puluh dua peratus jurujual profesional seluruh dunia menamakan video sebagai pelaburan terbaik.
8. Video promosi barangan berjenama yang paling kerap ditonton adalah dalam durasi 31 hingga 60 saat.


Post a Comment