Monday, February 01, 2016

Handbook untuk bakal jenazah






Penulis: D. A. Pakih Sati
Tahun: 2013
Penerbit: Jundi Resources, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 180

Dalam kehidupan dunia ini, kita tidak boleh memisahkan diri daripada kematian dan jenazah. Ibarat dua sisi mata wang, kedua-duanya akan tetap menyatu selama-lamanya. Selama dunia ini masih ada kehidupan maka kematian akan ada dan menghampiri sesiapa sahaja yang telah ditetapkan ajal oleh Allah swt.

Di dunia ini, seseorang masih boleh beramal soleh dan mendapatkan pahala demi bekal kehidupan yang lebih baik di akhirat kelak. Namun ketika meninggal  dunia dan roh kembali kepada penciptanya, apakah yang boleh dilakukan lagi? Semuanya sudah berakhir. Kesempatan yang diberikanNya telah habis dan kematian tidak boleh ditunda-tunda lagi.

Jika ada ahli jenazah atau teman-temannya yang ingin memberikan hadiah pahala kepada si mati dengan amalan yang mereka lakukan, apakah itu boleh sampai kepadanya atau tidak?

Buku ini hanya sekelumit kegelisahan penulis melihat fenomena perbezaan yang luar biasa dalam kalangan masyarakat bahkan sampai ada yang mengkafirkan. Tindakan ini tentu tidak diizinkan syariat kerana jikalau orang tersebut tidak sesuai dengan apa yang dikatakannya, maka kekafiran itu akan kembali kepadanya. Apalagi dalam Islam, mengkafirkan seseorang itu ada aturannya. Apakah syarat-syarat telah dipenuhi dan apakah hambatan-hambatannya sudah hilang? Inilah pertanyaan utama yang harus dijawab.


Post a Comment