Friday, February 19, 2016

Motivasi kejayaan








Tidak semestinya kita memotivasikan diri ataupun orang lain semata-mata mencapai sesuatu kejayaan sebaliknya boleh dibuat untuk banyak perkara seperti membentuk personaliti, sikap, tindakan dan membaiki bentuk komunikasi lisan. 

Semua ciri ini boleh ditambah baik kerana proses pembinaan peribadi yang positif lebih banyak menjadi tanggungjawab sendiri. 

Kita boleh meminta bantuan orang lain tetapi untuk mengharapkan mereka betul-betul membina personaliti yang hebat, kita perlukan lebih banyak kos. 

Motivasi yang sentiasa dalam keadaan tinggi, positif dan dinamik mampu menghasilkan kualiti peribadi yang menyerlah dalam bidang tumpuan kita. 

Katakan ahli sukan, dia boleh mencapai kejayaan peringkat dunia kerana ada dorongan dalam diri untuk menggerakkan potensi sebenar.


Post a Comment