Monday, February 08, 2016

Perkembangan kanak-kanak






Penulis: Mohd. Amin H. A Shariff
Tahun: 2003
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 148

Buku ini adalah hasil daripada pengamatan dan kajian terhadap kanak-kanak yang telah dijalankan sejak beberapa tahun lalu. Contoh yang diberikan dalam buku ini adalah terjadi pada kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu pembaca akan dapat mengenali masalah yang kita sendiri hadapi.

Antara topik yang dibincangkan merangkumi perkembangan intelektual, bahasa, pertuturan, awal emosi, personaliti dan perkembangan tidak menentu.

Buku ini juga akan dapat membantu pembaca untuk melaksanakan tanggungjawab keibubapaan dengan lebih berkesan.

Buku ini sangat sesuai untuk dibaca oleh rakyat Malaysia terutama bagi keluarga yang menghadapi masalah dari segi untuk membesarkan anak-anak dan kekeluargaan.

Buku ini juga amat berguna kepada guru tadika, guru sekolah dan jururawat kerana mereka akan berdepan dengan kanak-kanak pada setiap hari.


Post a Comment