Wednesday, February 10, 2016

Serius merancang








Sifir mudah hendak berjaya adalah membuat perancangan dan berusaha. Kita tidak boleh elak daripada berusaha dan terus mencuba kerana tiada jalan yang mudah untuk mencapai kejayaan. 

Setiap kali datang ke Brunei, saya selalu membandingkan pembangunan jalan raya sekarang dengan 15 tahun lalu. Contohnya saya ambil keadaan jalan raya di sekitar Masjid Jame’ Asri. Perubahan yang ketara ialah ada laluan terowong dan di atas terowong ini ada bulatan yang besar. 

Dulu hanyalah simpang empat yang agak besar dan tidak terdapat laluan terus ke Pasar Gadong. Sekarang sudah berubah dan lebih baik. Laluan yang lebar, akses yang mudah dan menjimatkan kos. 

Perubahan-perubahan ini tentulah kerana adanya perancangan yang berstrategik dan tindakan yang tepat dalam membangunkan negara.


Post a Comment