Saturday, February 13, 2016

Persepsi masyarakat terhadap Klinik 1Malaysia








1.0       Pendahuluan

Klinik 1 Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Kehadiran klinik ini bertepatan dengan Gagasan 1Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Bagi tujuan penubuhan klinik ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk menampung kos operasi 50 buah klinik di seluruh negara setahun. Ia dikendalikan oleh penolong pegawai perubatan (PPP) bagi memberi rawatan ke atas demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula. Akta Perubatan 1971 membenarkan penolong pegawai perubatan dan jururawat menjalankan prosedur surgeri kecil dengan menggunakaan alat surgeri spesifik.

Pengerusi lembaga pemegang amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar menyatakan rakyat semakin yakin terhadap Klinik 1Malaysia. Ia dibuka tujuh hari seminggu dari 10 pagi hingga 10 malam. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican menyatakan penduduk bandar yang miskin berpuas hati dengan klinik ini. 

Klinik ini dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi. Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan. Antara objektif utama penubuhan Klinik 1Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk di kawasan bandar sesuai dengan pendekatan kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Dengan adanya klinik ini ianya mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar yang sedia ada dan ini juga dapat memudahkan serta meningkatkan akses rakyat untuk mendapatkan rawatan ringan terutamanya di kawasan bandar.

Idea penubuhan klinik ini telah mendapat pelbagai reaksi positif dari rakyat berbilang kaum terutamanya penduduk miskin ataupun kurang mampu di kawasan bandar. Lokasi dan kemudahan klinik ini yang tidak eksklusif seperti klinik dan hospital swasta yang mana ianya hanya ditempatkan sama ada di bangunan rumah kedai ataupun mana-mana premis yang disewa yang berhampiran dengan masyarakat cukup menyenangkan semua pihak.

Walaupun klinik ini hanya menyediakan sistem penjagaan kesihatan yang asas namun ianya cukup signifikan dan besar manfaatnya kepada golongan yang kurang mampu dan sangat memerlukan perkhidmatan perubatan. Tambahan pula Klinik 1Malaysia juga hanya dibenarkan untuk memberi ubat bagi sakit ringan seperti demam, batuk atau pun luka ringan manakala kes kronik akan dirujuk ke klinik yang lebih besar ataupun hospital berdekatan. Justeru tidak timbul sebarang kekeliruan dan konflik pertembungan fungsi dan peranan antara klinik ini dengan klinik yang sedia ada.

Kemunculan klinik komuniti 1Malaysia ini perlu dilihat sebagai tepat pada masanya bagi memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat yang kurang berkemampuan dan semakin terhimpit dengan pelbagai masalah sosioekonomi. Ianya cukup melegakan penduduk setempat yang boleh menikmati kemudahan tersebut dengan hanya berbekalkan bayaran serendah RM1.

1.1       Skop Perkhidmatan

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selesema dan penyakit-penyakit ringan yang lain; rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma; prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan; membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi; khidmat nasihat/pendidikan kesihatan; tujuh hari seminggu; operasi dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam (termasuk cuti sekolah atau perayaan); dan bayaran perkhidmatan yang murah iaitu bagi warganegara  adalah RM1 dan bukan warganegara adalah RM15.

1.2       Objektif Perkhidmatan

Objektif perkhidmatan yang disediakan Klinik 1Malaysia adalah mengurangkan beban bagi pesakit yang berpendapatan rendah; memenuhi gagasan 1Malaysia iaitu “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”; menyediakan perkhidmatan rawatan yang lebih efisyen terhadap rakyat Malaysia; memperolehi sokongan rakyat terhadap usaha negara bagi mencapai kesepaduan rakyat; dan memudahkan perkhidmatan selain dari perkhidmatan awam seperti hospital, klinik kerajaan atau swasta.


2.0       Hasil Kajian


Rajah 1: Klinik 1 Malaysia mengurangkan beban bagi pesakit yang berpendapatan rendah.

Rajah 1 menunjukkan sebanyak 63% responden mengatakan bahawa perubatan yang disediakan oleh Klinik 1Malaysia membantu merawat pesakit manakala selebihnya iaitu 37% responden bahawa perubatan yang disediakan oleh Klinik 1Malaysia tidak membantu merawat pesakit. Ini menunjukkan peratus bilangan responden mengatakan Ya bahawa perubatan yang disediakan oleh Klinik 1Malaysia membantu merawat pesakit adalah tinggi iaitu sebanyak 19 orang daripada 30 orang responden. Oleh itu, Klinik 1Malaysia menyediakan alat perubatan dan menyediakan teknolgi terkini utntuk merawat pesakit yang datang ke Klinik 1Malaysia.

Rajah 2:  Klinik 1Malaysia dapat meningkatkan taraf kesihatan negara

Rajah 2 menunjukkan sebanyak 80% responden mengatakan kehadiran Klinik 1Malaysia dapat meningkatkan taraf kesihatan negara manakala selebihnya iaitu 20% kehadiran Klinik 1Malaysia tidak dapat meningkatkan taraf kesihatan negara. Ini menunjukkan peratus bilangan responden mengatakan Ya bahawa kehadiran Klinik 1Malaysia dapat meningkatkan taraf kesihatan negara adalah tinggi iaitu sebanyak 24 orang daripada 30 orang responden. Kesimpulannya, dengan pertambahan Klinik 1Malaysia, maka bertambahlah klinik yang ada di Malaysia. Oleh itu, masyarakat tidak menghadapai masalah untuk mendapatkan rawatan apabila diperlukan tanpa perlu berfikir masalah kewangan.

Rajah 3: Waktu operasi Klinik 1 Malaysia memudahkan anda

Rajah 3 menunjukkan sebanyak 67% responden mengatakan Ya terhadap penyataan bahawa waktu operasi Klinik 1Malaysia memudahkan mereka manakala selebihnya iaitu 33% waktu operasi Klinik 1Malaysia tidak memudahkan mereka. Ini menunjukkan peratus bilangan responden mengatakan ya bahawa waktu operasi Klinik 1Malaysia memudahkan mereka adalah tinggi iaitu sebanyak 20 orang daripada 30 orang responden. Waktu klinik ini dibuka memudahkan rakyat untuk mendapatkan rawatan jadi ramai rakyat Malaysia bersetuju terhadap waktu operasi Klinik 1Malaysia.

Rajah 4: Klinik 1 Malaysia berdekatan dengan rumah anda

Rajah 4 menunjukkan sebanyak 73% responden mengatakan Ya terhadap penyataan bahawa waktu operasi Klinik 1Malaysia memudahkan mereka manakala selebihnya iaitu 27% waktu operasi Klinik 1Malaysia tidak memudahkan mereka. Ini menunjukkan peratus bilangan responden mengatakan ya bahawa waktu operasi Klinik 1Malaysia memudahkan mereka adalah tinggi iaitu sebanyak 22 orang daripada 30 orang responden. Kesimpulannya, oleh kerana setiap negeri ditubuhkan beberapa buah Klinik 1Malaysia hampir di setiap daerah menjadikan masyarakat tidak menghadapi masalah untuk pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Rajah 5: Klinik 1 Malaysia  memenuhi Gagasan 1 Malaysia iaitu “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”

Rajah 5 menunjukkan sebanyak 80% responden mengatakan Ya terhadap penyataan bahawa Klinik 1Malaysia memenuhi Gagasan 1Malaysia manakala selebihnya iaitu 20% bahawa Klinik 1Malaysia memenuhi Gagasan 1Malaysia. Ini menunjukkan peratus bilangan responden mengatakan Ya bahawa bahawa Klinik 1Malaysia memenuhi Gagasan 1Malaysia adalah tinggi iaitu sebanyak 21 orang daripada 30 orang responden. Kesimpulannya, klinik ini ditubuhkan khas untuk rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Malah klinik ini ditubuhkan beberapa buah di setiap negeri. Jadi gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” bertepatan dengan objektif Klinik 1Malaysia ditubuhkan.

Rajah 6: Bersetuju dengan peralatan terkini yang digunakan di Klinik 1Malaysia

Rajah 6 menunjukkan sebanyak 20% responden mengatakan sangat setuju Klinik 1Malaysia menggunakan peralatan terkini yang bersesuaian, 44% bersetuju, 10% pula tidak pasti dengan pertanyaan tersebut, 23% tidak setuju dan 3% sangat tidak setuju bahawa Klinik 1Malaysia menggunakan peralatan terkini yang bersesuaian. Ini menunjukkan peratus bilangan responden mengatakan Ya bahawa Klinik 1Malaysia menggunakan peralatan terkini yang bersesuaian adalah tinggi iaitu sebanyak 19 orang daripada 30 orang responden. Kesimpulannya, Klinik 1Malaysia sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pesakit yang datang ke Klinik 1Malaysia. Hal ini kerana klinik ini ditubuhkan khas untuk rakyat 1Malaysia.

Rajah 7: Klinik 1Malaysia memberi perkhidmatan rawatan pelbagai

Berdasarkan Rajah 7 di atas, 20% rakyat Malaysia sangat bersetuju yang Klinik 1Malaysia menyediakan pelbagai perkhidmatan iaitu 43% bersetuju, 17% tidak pasti, 13% tidak setuju dan 7% sangat tidak setuju. Sebanyak 63% daripada rakyat Malaysia bersetuju yang Klinik 1Malaysia menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya sakit ringan seperti demam, batuk, mencuci luka dan sebagainya. Kesimpulannya, Klinik 1Malaysia menyediakan pelbagai perkhidmatan yang pelbagai untuk rakyat Malaysia.

Rajah 8: Anggota Klinik 1Malaysia sedia membantu apabila diperlukan

Rajah 8 di atas, 27% rakyat Malaysia sangat setuju dengan anggota Klinik 1Malaysia yang sedia membantu pesakit apabila mereka memerlukan bantuan. Sebanyak 67% bersetuju dan 6% tidak pasti. Kesimpulannya, anggota Klinik 1Malaysia memberikan perkhidmatan apabila diperlukan oleh pesakit.

Rajah 9: Memperoleh sokongan rakyat terhadap usaha negara bagi mencapai kesepaduan rakyat

Berdasarkan Rajah 9 di atas, 20% rakyat Malaysia sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan di Klinik 1Malaysia, 57% berpuas hati, 13% tidak pasti,  7% tidak berpuas hati dan 3% sangat tidak puas hati. Sebanyak 77% rakyat Malaysia yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di Klinik 1Malaysia. Kesimpulannya, ini menunjukkan yang kebanyakan rakyat Malaysia berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan di atas kebajikan rakyat.


3.0 Kesimpulan

Berdasarkan kajian dapatan dan analisis yang dibuat, didapati ramai pengguna atau pesakit yang pergi serta mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia berpuas hati dengan layanan serta perkhidmatan yang disediakan. Tambahan pula, majoriti daripada mereka kebanyakannya bersetuju bahawa dengan pertubuhan Klinik 1Malaysia, beban dapat dikurangkan kerana bayaran yang dikenakan untuk menerima rawatan adalah seringgit  sahaja untuk warganegara dan RM15 untuk bukan warganegara. Tambahan lagi, semua golongan mampu untuk membayar kos bayaran untuk rawatan ini. Ini menunujukkan kerajaan Malaysia amat menitik beratkan kebajikan rakyat. Ini kerana dengan RM1, pesakit bukan sahaja mendapat rawatan, mereka juga akan diberikan dengan ubat yang bersesuaian dengan kesakitan yang sedang dialami.
           
Daripada kajian ini juga, kita dapat lihat bahawa staf-staf Klinik 1Malaysia telah memberikan perkhidmatan rawatan yang efisyen terhadap pesakit masing-masing. Mereka bukan sahaja boleh mendapatkan rawatan mereka juga boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang pemakanan untuk mempertingkatkan kesihatan dan pelabagi lagi perkhidmatan. Selain itu, daripada kajian ini juga, didapati rakyat Malaysia menyokong pertubuhan Klinik 1Malaysia. Ini menunjukkan rakyat 1Malaysia telah mencapai kesepaduan bagi membentuk satu negara yang bersatu padu, aman dan makmur. Kesimpulannya, dengan menjalankan kajian sosioekonomi ini, didapati sebab dan punca mengapa kerajaan menubuhkan Klinik 1Malaysia. Kerajaan menubuhkan klinik ini demi menjaga kebajikan rakyat satu Malaysia. Ini bagi memudahkan kehidupan harian setiap rakyat yang yang menginap di Negara Malaysia.


Rujukan

http://www.moh.gov.my/v/k1m
http://www.jknselangor.moh.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=427&Itemid=383&lang=bm
http://www.mywanderingstory.com/2011/08/klinik-1malaysia-lagi-best.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/426-produk-1malaysia/7816-klinik-1malaysia.html
http://www.bharian.com.my/articles/KlinikGigiBergerak1Malaysiaakandiperkenal/Article/



No comments:

Post a Comment