Friday, February 05, 2016

Aura cemerlang








Kejayaan dan kecemerlangan adalah aura positif yang menggembirakan hati dan jiwa kita. Tetapi ada yang tidak dapat membezakan kedua-dua aura ini dengan jelas. 

Pada saya, kejayaan adalah aura positif yang umum iaitu berjaya secara umum tetapi kecemerlangan adalah sejenis kejayaan. 

Selepasnya adalah gemilang, terbilang atau tersohor. Kejayaan diri secara individu, kumpulan, masyarakat dan negara juga dikelompokkan pada jenis-jenis kejayaan. 

Saya suka ambil contoh pertandingan kampung bersih atau desa bersih yang diadakan di Brunei. Pernah sebuah kampung di Kuala Belait yang telah dinobatkan sebagai kampung paling bersih di Brunei. Pencapaian ini sudah melepasi peringkat cemerlang. 

Untuk terbilang mungkin ambil masa tetapi saya percaya setiap kejayaan akan memberi inspirasi kepada semua orang untuk mengikut langkah yang sama.


No comments:

Post a Comment