Wednesday, February 17, 2016

Perspektif kejayaan








Ada dua jenis pespektif apabila kita melihat sesuatu kejayaan. 

Perspektif pertama kita menganggap kejayaan tersebut sebagai nasib ataupun kebetulan. 

Perspektif kedua menganggap kejayaan adalah kerana persediaan, perancangan dan tindakan. Dalam bola sepak Piala Dunia yang lalu, keputusan yang paling mengejutkan ialah kekalahan pasukan Brazil dalam jumlah yang besar. Kita mungkin boleh mengganggap kemenangan pasukan Jerman sebagai nasib ataupun kerana strategi perlawanan yang lebih baik. 

Pengajarannya ialah kejayaan lahir dengan melakukan sesuatu berdasarkan prinsip-prinsip yang ada kena-mengena dengan kejayaan. 

Bergantung kepada nasib tidak menentukan apa-apa, sebaliknya berusaha dan bersusah-payah akan lebih bermakna dan memberi inspirasi kepada diri dan orang lain.


No comments:

Post a Comment