Monday, February 15, 2016

Adab berdamping dengan Al-Quran






Penulis: Imam An-Nawawi
Penterjemah: Hakim Rosly
Tahun: 2015
Penerbit: PTS Publishing House Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor.
Muka Surat: 214

Di kulit belakang buku ini menyenaraikan beberapa soalan untuk pembaca jawab iaitu mengapa perlu membaca al-quran? Apa yang membuatkan "ulat" al-quran begitu istimewa? Di rumah ada al-quran? Pernah baca? Pernah hafal? Ada masalah dengan al-quran? Semua soalan ini ada dijawab dalam buku ini yang merupakan karya Imam An-Nawawi. 

Buku ini mengumpulkan secara ringkas adab-adab dan etika pembawa al-quran serta adab-adab orang yang menghafal dan mempelajari al-quran. 

Terdapat sepuluh bab yang sangat menarik seperti kelebihan membaca al-quran dan para pendamping al-quran. Bab ini sangat ringkas tetapi huraiannya sangat bernas. Bagi menjelaskan kelebihan mereka yang membaca al-quran, penulis membawakan ayat 29 hingga 30 surah Fatir yang bermaksud; 

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka secara diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi, agar Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambah kurunia-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri".

Al-quran sangat istimewa. Melihat hurufnya, mendengar alunan bacaannya malah membaca isi kandungannya sudah dijanjikan ganjaran yang besar, apatah lagi sekiranya mentadabbur dan mengamalkan segala suruhannya.


Post a Comment