Monday, December 21, 2015

Employment, living standards and poverty in contemporary Indonesia







Penulis: Chris Manning & Sudarno Sumarto
Tahun: 2011
Penerbit: Institute of Southeast Asian Studies, Pasir Panjang, Singapore.
Muka Surat: 363

Memahami kaitan antara pekerjaan, taraf hidup dan kemiskinan merupakan cabaran besar di Indonesia. Corak kemiskinan banyak bergantung kepada peluang pasaran buruh dan perbelanjaan sosial dalam pendidikan dan kesihatan.

Persoalan kepada bagaimana mencipta peluang dan menguruskan wang dengan bijaksana merupakan subjek yang menjadi perdebatan hangat di Indonesia. Kerajaan negara itu membawa fokus baru dalam mengurangi kemiskinan sejak berakhirnya krisis kewangan khususnya di bawah presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Buku ini menunjukkan bagaimana Indonesia maju ke hadapan dengan memberi penghargaan kepada pekerjaan, dasar sosial dan kemiskinan. Ia mengenal pasti arah tuju baru untuk melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan yang mana sebahagiannya telah menunjukkan hasil.


Post a Comment