Wednesday, December 09, 2015

Tukaran berbaloi








Kehidupan pada waktu pagi, petang dan malam adalah sama di semua tempat. Kita boleh memilih untuk mengisi hari-hari kita dengan rutin harian, berjalan-jalan atau melakukan apa yang kita biasa buat. 

Namun, jika kita mahu maju dan menggunakan potensi diri, mengambil risiko dan cabaran yang tidak pasti adalah tukaran yang sangat berbaloi. 

Saya rasa kita masih ingat bagaimana kita membuat kayuhan pertama semasa belajar mengayuh basikal. Kayuh, jatuh, kayuh lagi berulang kali sehingga berjaya merupakan tukaran yang sangat besar nilainya untuk belajar menghadapi cabaran dan keluar dari zon selesa. 

Setiap kali kita mengayuh basikal, zon selesa semakin mengecil. Inilah perumpamaan yang sama apabila kita hidup dan bekerja, berkeluarga dan bermasyarakat. 

Yang sanggup menghadapi cabaran sahaja yang akan berjaya akhirnya.


Post a Comment