Wednesday, December 30, 2015

Ingat sahabat







Semasa hari pertama di sekolah rendah, iaitu kali pertama berpisah sementara dengan ayah saya, saya melihat rakan-rakan baru dalam kelas. Nasib baik ada rakan-rakan satu kampung. 

Sekolah menengah pun saya menghadapi pengalaman yang sama iaitu melihat rakan-rakan baru tetapi pelbagai bangsa dan agama. 

Namun pengalaman di sekolah rendah lebih menarik kerana lima rakan sekampung memasuki sekolah yang sama. Apabila masing-masing ke sekolah menengah, saya tidak lagi mendengar khabar mereka. 

Persahabatan yang terbentuk sejak kecil memberi kesan kepada memori. Pengalaman ini memberikan keyakinan untuk kita mengembangkan bakat dan kemahiran sosial, membina keyakinan diri, mengajar tentang kebaikan berkongsi dan lebih banyak menggunakan pendekatan “give and take”. 

Ingatlah sahabat, Insya Allah kita akan selamat.



Post a Comment