Thursday, December 10, 2015

Tekanan Trump ke Rumah Putih







Mulut celupar Donald Trump mengundang kecaman ramai pihak. Gesaannya supaya orang-orang Islam tidak dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat mengundang rasa tidak puas hati Rumah Putih, organisasi Islam dan masyarakat antarabangsa.

Beliau menyebut, “Kita tidak mempunyai pilihan, radikal IS mahu membunuh rakyat Amerika”. Walaupun menyebut radikal Islam, ia dikatakan meliputi penghijrah, pelajar dan pelancong.

Ulasan Rumah Putih terhadap Trump ialah beliau tidak layak untuk bertanding kerana setiap presiden Amerika Syarikat perlu berjanji untuk memelihara, mempertahankan dan melindungi undang-undang persekutuan Amerika Syarikat.

Selain itu, penintu terkenal Muhammad Ali turut bersama-sama menyuarakan pendapatnya.
"We as Muslims have to stand up to those who use Islam to advance their own personal agenda".

Hillary Clinton menyifatkan Trump mempromosi idea yang tidak berguna dan berbahaya.
That's a shameful idea. It's also dangerous”.

Pemimpin Yahudi, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga menjauhi Trump di sebalik perjumpaan mereka pada hujung tahun ini.

Dalam akademik, Universiti Robert Gordon menarik balik ijazah kehormat DBA yang dikurniakan pada tahun 2010.

Kritikan juga dilakukan melalui animasi. Kartunis Adam membuat karikatur Trump sebagai gajah yang sedang menjejakkan kaki di Rumah Putih.

Bantahan paling jelas ialah petisyen untuk menghalang Trump memasuki Britain yang mana telah melepasi 370,000 undi.

Namun ada juga yang bersetuju dengan Trump. Parti Kebebasan UK menyokong langkah menghalang orang Islam memasuki Amerika Syarikat yang mana 61 peratus mengatakan “sesuai” dengan cuma 32 mengatakan “tidak sesuai”

Donald Trump seorang yang berterus-terang dan tidak mempercayai sesiapa. Sikap ini menjadikannya berfikir bahawa Islam memberi ruang kepada penganutnya untuk berlaku ganas dan membunuh orang lain.

Jeb Bush, seorang lagi calon presiden berkata Trump ingin meraih perhatian media sebagai strategi menguasai berita. Beliau tidak mempunyai kebijaksanaan untuk mendominasi berita, lalu menggunakan platform tersebut untuk meraih kedudukan lebih baik dalam usaha mengekalkan tempat pertama pencalonan parti Republikan.

Kenyataan Trump ini membuatkan pesaing-pesaing dari kem Republikan terkesima. Cruz, Rubio, Carson dan Bush mendapati diri mereka terperosok jauh ke belakang Trump.

Republikan amat sinis dengan kelunakan Rumah Putih membenarkan pelarian Syria ke Amerika Syarikat. Mereka merasakan Obama bersimpati dengan pengganas radikal Islam. Trump tidak bersetuju dengan tindakan Obama itu, justeru kenyataannya yang mahukan semua orang Islam dilarang masuk ke Amerika Syarikat hanya sebagai strategi untuk terus kekal sebagai pendahulu calon Republikan.

Trump telah beberapa kali terlibat dalam kontroversi dan kerap dilihat melonjak dengan kontroversi tersebut, namun pemimpin-pemimpin kanan parti itu merasa tertekan akibat tindakan keras Trump akan mengurangkan peluang mereka ke Rumah Putih pada tahun hadapan.

Tidak ada sesiapa yang tahu kenapa Trump begitu membenci muslim tetapi yang pasti ialah beliau sedang cuba mendapatkan bantuan hayat untuk karier politiknya.


Post a Comment