Wednesday, December 02, 2015

Ubah cara fikir dan tindak








Tidak ada yang tidak boleh dicapai oleh kita kecuali kita enggan mengubah cara berfikir dan berada dalam zon selesa. Bagaimanapun, jika hendak capai, kita kena ingat, ia tidak berlaku begitu sahaja, mesti ada tindakan. 

Inilah yang menerangkan kenapa ramai orang yang memiliki bakat agak jarang mencapai kejayaan yang patut mereka dapat kerana mereka tidak mahu bersusah payah keluar dari sempadan hidup untuk membuat perubahan. 

Kewajaran menghadapi cabaran ditolak dengan alasan “mustahil”, “it’s impossible” atau “ia pasti tak akan jadi kenyataan”, “it’s just not meant to be” dan sebagainya. 

Jadi, usaha yang dibuat telah tewas kepada alasan-alasan ini. Realitinya, mereka berundur daripada melawan cabaran itu kerana berasa tidak lagi selesa.
Post a Comment