Seorang blogger telah memuat naik satu
artikel bagi menyindir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran
Osman-Rani ekoran cemuhannya terhadap Utusan Malaysia yang disifatkannya
sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa Lagi Cina
Mahu pada 7 Mei lalu. Memandangkan artikel ini menarik untuk dibaca oleh lebih
ramai orang, Mingguan Malaysia menyiarkan semula artikel tersebut yang telah
disiarkan di muka Rencana, Utusan Malaysia pada 16 Mei lalu.
Artikel tulisan Fatimah Zuhri dalam
bahasa Inggeris tersebut boleh dibaca dalam blog fatimahzuhri.blogspot.com.
Berikut adalah terjemahan artikel tersebut.
Selasa, 7 Mei 2013
Jawapan sindiran kepada Azran
Osman-Rani @ azranosmanrani
Komrad Azran yang dikasihi, sebagai
rakan Melayu yang membenci dirinya sendiri, izinkan saya secara rasmi
mengalu-alukan anda untuk menyertai Self-Hating Malay Club (SHMC). Di SHMC,
moto kami adalah Untuk menyekat kebebasan bersuara/penyataan pendapat oleh
orang Melayu.
Matlamat kami adalah untuk
menakut-nakutkan orang Melayu dan menjadikan mereka berasa tidak selamat,
rendah diri dan bersalah.
Ahli-ahli SHMC direkrut secara jemputan
sahaja. Berikutan anda telah menunjukkan sikap angkuh yang amat sangat dalam
twitter anda, kami merasakan bahawa anda layak untuk menyertai kelab kami yang
terkenal ini.
Komrad,
Dalam hal suntikan twitter anda
terhadap Utusan Malaysia, anda benar-benar betul. Bagaimana begitu berani
akhbar ini menyuarakan apa yang majoriti orang Melayu sedang fikir? Tindakan
itu adalah tindakan orang kufur? Sebuah akhbar sepatutnya hanya melaporkan apa
yang dianggap politik sebagai betul.
Ini bermakna anda bebas untuk menulis
apa sahaja yang merendah-rendah dan menjatuhkan martabat orang Melayu, tetapi
tidak akan menulis apa-apa kritikan terhadap orang Cina.
Jadi apa masalahnya jika akhbar-akhbar
vernakular sejak sekian lama telah menulis artikel yang lebih bersifat
perkauman dan sensitif sejak lima tahun yang lalu? Kami orang Melayu yang
membenci diri sendiri hanya memahami bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Oleh
itu, kami boleh memaafkan orang Cina yang telah banyak menderita.
Saya mencadangkan agar anda berhubung
dengan rakan-rakan kami daripada Anti Defamation League (ADL) dan belajar
daripada mereka bagaimana mereka mendiskriminasi dan membuli orang Islam dengan
cara yang sangat canggih. Komrad Tian Chua akan dapat memberi anda nombor
telefon berkenaan.
Komrad,
Orang Cina telah tinggal di neraka
selama hampir 60 tahun. Mereka telah didiskriminasi dan diseksa oleh orang
Melayu. Orang Melayu tidak pernah melakukan apa-apa untuk faedah orang Cina!
Jangan tertipu dengan perbuatan baik
orang Melayu membeli dari kedai milik orang Cina dan pasar raya walaupun
terdapat kedai Melayu berdekatan - orang Melayu hanya menipu.
Juga jangan mendengar orang yang
mengatakan 90 peratus daripada 10 orang terkaya di Malaysia adalah orang Cina!
Itu adalah satu pembohongan! Itu bukan
orang Cina! Mereka adalah orang Melayu yang telah melakukan pembedahan plastik
untuk kelihatan seperti orang Cina! Ini adalah konspirasi BN! Orang Cina tidak
boleh hidup di negara ini kerana keadaannya begitu dahsyat.
Komrad,
Kita di SHMC perlu melakukan apa yang
orang Cina telah buat - Buy Malays Last! Cuba lihat pendapatan purata orang
Cina demi kebaikan kita semua - mereka telah menderita begitu banyak komrad! Di
SHMC, kami mahu memastikan bahawa tidak ada orang Melayu yang akan
mempersoalkan orang Cina lagi! Jika ada orang Melayu yang berani untuk
mempersoalkan motif orang Cina, kami di SHMC akan melaporkannya kepada PDRM
yang korup.
Komrad,
Saya gembira kerana syarikat anda
berkongsi warna korporat yang sama dengan rakan kita di Pulau Pinang (iaitu
DAP). Adalah malang bahawa anda tidak bercakap sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13), jika tidak, kami boleh memberitahu komrad Kit Siang dan komrad Guan
Eng mengenai anda. Anda boleh menjadi Yang Berhormat sekarang, bukannya bekerja
untuk bos yang kapitalis!
Komrad,
Dari semasa ke semasa, orang mungkin
bertanya mengapa anda boleh menjadi orang Melayu yang membenci diri sendiri.
Pada SHMC, slogan standard kami adalah - Salahkan BN! Jika anda memakai seluar
salah untuk pergi bekerja - Salahkan BN! Jika anak anda membesar menjadi anak
tidak bersyukur - Salahkan BN. Jika hujan hari ini - Salahkan BN. Pada asasnya komrad,
Salahkan BN untuk segala-galanya. Adakah anda faham?
Komrad,
Sila beritahu orang Melayu yang mudah
terpedaya tentang kebenaran ini.
*Anda tidak pernah menerima sebarang
bantuan daripada syaitan Darth Vader merangkap kerajaan Saruman iaitu BN.
Beritahu mereka bahawa anda berjaya belajar di Stanford kerana terdapat pokok
wang ajaib di belakang rumah ibu bapa anda.
*Beritahu mereka bahawa anda menjadi
Naib Presiden Kanan (Dasar & Pembangunan) di BSKL yang dimiliki BN yang
korup kerana anda mempunyai fikiran hebat seperti Einstein, bukan kerana
seorang Melayu (bekas Pengerusi BSKL) memberi peluang kepada anda.
*Anda tidak menyertai ASTRO - sebuah
syarikat yang dimiliki oleh kroni Mahathir. Sebaliknya, Utusan Malaysia telah
mengklon diri anda dan meletakkan klon anda di sana.
Komrad,
Sebagai kesimpulannya, sila tweet lebih
banyak kenyataan yang membenci diri sendiri pada masa hadapan. Kami di SHMC
mengalu-alukan tweet anda. Jangan bimbang tentang PDRM. Mereka tidak akan
menangkap orang yang mengkritik dan merendah-rendahkan orang Melayu, mereka
hanya akan menangkap anda jika anda membuat kenyataan sedemikian terhadap orang
Cina.
Secara peribadi, saya akan mempromosi
syarikat anda, Malindo Air, untuk seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan saya.
Kami di SHMC akan mula memboikot AirAsia kerana Komrad Ambiga memberitahu kami
Air Asia menerbangkan warga Bangladesh ke negara ini untuk mengundi dalam
PRU-13.
KOMRAD ANDA, FATIMAH ZUHRI
(Utusan Malaysia, 19 Mei 2013)
No comments:
Post a Comment