‘What happen is not as important as how you react to what happens.’ Thaddens Golas
Pengalaman hidup yang lepas-lepas boleh menjadi pendorong atau penghalang kepada kejayaan hari ini. Maklumlah, pengalaman-pengalaman ini ada yang indah seperti berjaya dalam temu duga atau lulus masuk ke universiti walaupun dua tiga kali ambil peperiksaan.
Di samping yang indah-indah, pengalaman pahit juga menjadi halangan. Contohnya, tidak mahu menjadi usahawan kerana takut rugi ataupun tidak mahu berkahwin kerana pernah gagal dalam percintaan.
Seperti kata Golas ini, apa yang berlaku kepada kita bukannya penting sangat kerana ada perkara lain yang boleh diberikan perhatian iaitu bagaimana kita memberi respons kepada sesuatu keadaan.
Contohnya, kalau sudah banyak kali gagal dalam temu duga, mungkin kita boleh fikirkan tentang bekerja sendiri, menjadi bos sendiri, kerja dengan masa sendiri dan pendapatan mungkin lebih banyak. Jika gagal beberapa kali bercinta, apa salahnya terus berusaha mencari cinta kerana insaya Allah, suatu hari nanti pasti usaha kita mencari cinta akan berjaya.
Monday, February 28, 2011
Sunday, February 27, 2011
Konsep ras dan rasisme
Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal yang lain.
Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras ang berbeza. Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.
Sumber: http://hubungan-etnik.blogspot.com

Saturday, February 26, 2011
Konsep etnik, etnisiti dan etnosentrisme
Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, India, Cina, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.
Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.

Friday, February 25, 2011
Konsep-konsep umum hubungan etnik
Akulturasi
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Namun, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.
Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.
Amalgamasi
Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, di sini A, B dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka.
Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.
Akomodasi
Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, di sini A, B dan C merujuk kepada budaya.
Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Italy saling membuat penyesuaian antara mereka.

Wednesday, February 23, 2011
Lonjakan kecemerlangan diri
‘There’s only one corner of the universe you can be certain of improving, and that’s your own self.’ Aldous Huxley
Kejayaan dan kegagalan bergantung kepada diri kita sendiri. Kita sendiri yang bertanggungjawab melakukan usaha-usaha membaiki diri kerana orang lain mereka pun ada tanggungjawab sendiri. Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tip untuk kita sendiri berusaha memajukan diri.
Pertama, serlahkan bakat dan potensi diri. Setiap daripada kita mesti memiliki satu dua bakat yang terpendam. Ia boleh menjadi tiket untuk memajukan diri, sebagai batu loncatan untuk melonjakkan kecemerlangan diri.
Kedua, mendidik nilai-niai yang hebat seperti yakin diri, percaya dan fikir positif. Nilai-niai ini sebenarnya ada dalam diri setiap orang cuma perlu digilap dan didedahkan supaya ia menjadi sebahagian daripada tabiat dalam hidup kita.
Ketiga, dedahkan diri pada suasana persekitaran yang mendorong ke arah kemajuan. Contohnya, kalau mendengar lagu, dengarlah lagu-lagu yang memberi semangat dan motivasi diri, lirik yang membuatkan kita berfikir tentang masa depan, bukannya lagu-lagu cinta dan kekecewaan.

Tuesday, February 22, 2011
Keusahawanan: strategi utama memerangi pengangguran belia
Keusahawanan, menjadi mercu tanda kepada kejayaan ekonomi Amerika Syarikat mewakili salah satu daripada harapan paling gemilang untuk mengembangkan peluang-peluang ekonomi dan mencipta lebih banyak pekerjaan dalam pasaran yang sedang meningkat naik serta dapat menyediakan pertumbuhan ekonomi di TTAU. Bukan sekadar penawar, keusahawanan secara berterusan membuktikan kunci kepada enjin pertumbuhan yang kritikal di samping mewujudkan peluang-peluang kerjaya.
Di Amerika Syarikat, dari tahun 1980 hingga 2005, syarikat-syarikat di bawah usia lima tahun dikatakan telah mengembangkan kerjaya baru. Kita percaya, fokus kepada keusahawan dalam ekonomi yang sedang berkembang akan memberi keputusan yang serupa. Lebih-lebih lagi keusahawanan mewujudkan peluang pkerjaan dan mempromosi inovasi dari bawah ke atas, justeru menjadi kunci penggerak untuk membuka sistem pasaran yang menyaksikan mereka ini dipinggirkan.Dalam kata lain, keusahawanan akan menjadi komponen penting bagi mempromosi ‘demokrasi ekonomi’ di mana lebih ramai orang dapat mengambil bahagian secara produktif dalam ekonomi dan memiliki kemahiran dan keupayaan untuk meningkatkan taraf hidup dan menyumbang kepada kemajuan negara.
Presiden Barack Obama menekankan impak keusahawanan semasa berucap di Sidang Kemuncak Keusahawanan 2010, katanya, ‘keusahawanan (menjadi penting) kerana sepanjang sejarah, pasaran adalah sumber daya yang sangat berkuasa dalam mewujudkan pekerjaan baru dan mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan.’
Program Keusahawan Global Kementerian Luar Amerika Syarikat adalah kunci kepada komitmen pentadbiran Obama untuk membawa budaya keusahawanan Amerika bagi membantu mewujudkan pertumbuhan dan peluang di seluruh dunia- yang hasinya bukan sahaja kepada rakan kongsi di luar negara malah kepada kestabilan global. Program ini merapatkan sektor swasta dari Amerika Syarikat dan komuniti setempat untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang bersepadu. Antara bidang tumpuan PKG ialah: mengenal pasti bakal-bakal usahawan, memberi latihan, membina jaringan, meningkatkan jumlah tabungan kepada bidang-bidang usahawan terpilih, promosi mesra polisi dan meraikan kejayaan. Usahawan juga boleh memainkan peranan penting menghubungkan dunia Arab ke peringkat global yang lebih luas- membuka ruang kepada pelaburan, perdagangan, kerjasama penyelidikan dan pertumbuhan.
Sumber: blogs. state.gov

Monday, February 21, 2011
Rancang untuk bertindak
Joe Dimaggio berkata, ‘If you keep thinking about what you want to do or what you hope will happen, you don’t do it, and it won’t happen.’
Berfikir tentang sesuatu sasaran, matlamat atau vision tanpa bertindak bolehlah diumpamakan seperti kata-kata Dimaggio di atas iaitu ‘it won’t happen.’ Ia tidak akan menjadi kenyataan. Berfikir adalah tindakan reaktif yang berlegar-legar di dalam kotak fikiran dan hanya akan menjadi kenyataan apabila diterjemahkan dalam bentuk tindakan.
Namun cara yang paling baik untuk membentuk fikiran yang boleh diterjemahkan dalam tindakan ialah kita merancang langkah-langkah membentuk pemikiran yang mendorong ke arah pelaksanaan.
1. Beri semangat dan dorongan kepada fikiran dengan membaca atau mengingat ayat, perkataan, mesej, buku atau apa sahaja yang boleh mencetuskan gelombang positif dalam fikiran.
2. Hargai kehadiran rakan-rakan di tempat kerja, sekolah atau majlis-majlis keraian kerana mereka dapat memberi ilham dan panduan untuk kita berfikir dengan mantap.
3. Azam yang buat yang terbaik. Jika tabiat ini sentiasa ditanam di fikiran, lama-kelamaan ia akan menjadi azimat untuk bergerak dan bertindak.

Thursday, February 17, 2011
10 pekerjaan pilihan akan datang
Sepuluh tahun yang berlalu, teknologi semakin bertambah maju. Kerjaya berkembang seiring dengan perkembang teknologi, peralihan budaya dan perubahan demografi. Jika semuanya disatukan, wujud pelbagai kerjaya yang dapat memenuhi generasi baru ketika ini.
1. Pengurus media sosial/komuniti atas talian
Peranan media sangat berkembang dan penting ketika ini lebih-lebih lagi media sosial seperti Facebook dan Twitter ‘meletup’ di seluruh dunia. Pakar media sosial menumpukan perhatian ke atas pemasaran jenama melalui rangkaian sosial ini seperti menggalakkan pengguna berkongsi sebanyak mungkin supaya produk dapat dijual di pasaran. Kelayakan penting ialah kemahiran komunikasi, latar belakang pemasaran yang sesuai dan kemahiran mengendalikan alat perkakas media sosial (Facebook, Twitter dan YouTube).
2. Koordinator perkhidmatan penjagaan warga tua
Peningkatan bilangan warga tua dan pertambahan minat orang ramai ke atas penjagaan warga tua memberi input kepada peranan koordinator penjagaan warga tua yang lebih besar. Pelajar yang mengambi bidang gerontologi memiliki kelebihan ilmu dan praktikal. Selain kemahiran insaniah, pekerjaan ini perlukan sifat empati, bersabar dan kemahiran komunikasi yang sesuai dengan keadaan dan psikologi warga tua.
3. Pengurus kerja telekomunikasi
Pekerjaan ini melibatkan perancangan kepada majikan, menyelesaikan isu-isu teknikal dan komunikasi yang muncul. Apa saja yang berkaitan dengan komunikasi adalah di bawah seliaan pengurus ini. Pekerjaan ini juga boleh dilakukan dari rumah.
4. Pengurus kelestarian (sustainability)
Badan-badan korporat cenderung melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menjaga kelestarian alam sekitar seperti kitar semula, pengurusan sisa pepejal, teknologi hijau dan sebagainya. Kesedaran ke atas isu-isu alam sekitar lebih menonjol kini kerana tahap kesedaran masyarakat semakin baik kesan daripada dasar pendidikan negara.
5. Konsultan pendidikan
Perkembangan industri pendidikan amat pesat ketika ini kerana skop pelajar telah bertambah luas. Jika dulu pelajar hanya difokuskan kepada sekolah rendah, menengah dan universiti dengan kohot umur yang terhad, kini terma ‘pelajar’ berkembang kepada bayi, kanak-kanak dan warga tua. Jenis pekerjaan juga tidak dihadkan kerana suri rumah juga berpeluang untuk belajar. Pendidikan jarak jauh, menemuduga calon, penyelidikan dan pemasaran adalah sebahagian daripada peranan konsultan pendidikan ini.
6. Pakar pencarian enjin
Laman web di internet bertambah setiap minit. Kepakaran pencarian enjin melibatkan gabungan kepakaran teknik dan kemahiran sosial kerana kecenderungan laman web menarik bilangan pengguna ke laman web mereka untuk menambahkan pendapatan. Kedudukan laman web, sikap pengguna atau potensi pasaran perlukan pencarian enjin yang lebih pantas dan kepantasan ini hanya dapat disediakan oleh pakar.
7. Pengkod perubatan
Industri perubatan semakin penting khususnya insurans kerana mereka perlukan maklumat yang cukup di samping pematuhan ke atas prosedur perubatan. Dengan pelan perubatan yang diperkenalkan oleh kerajaan, pengkod perubatan bekerja di hospital, syarikat insurans dan farmasi. Kelayakan kerjaya ini ialah berkaitan dengan kesihatan kerana banyak terminologi perubatan yang perlu diketahui.
8. Pengurus pemasaran atas talian
Kerjaya ini sangat rapat dengan internet kerana ia perlukan pengurus yang banyak melibatkan diri dalam mereka bentuk laman web dan menjual program pengiklan seperti bagaimana menguruskan kempen pemasaran untuk produk mereka. Selain tahu selok-belok, pengurus kerjaya ini juga bijak dan berpengetahuan luas dalam memahami perkembangan teknologi telekomunikasi.
9. Koordinator pengurusan bakat
Peluang pekerjaan yang semakin berkembang perlukan bakat-bakat atau talent yang layak untuk memaksimumkan pendapatan syarikat dan mengurangkan kos operasi. Peranan koordinator ialah melaksanakan program pengisian bakat yang cepat, mempastikan pemegang saham sentiasa dalam keadaan bahagia.
10. Pengurus pengalaman pengguna
Pengalaman pengguna ada potensi untuk ditukar menjadikan bisnes lebih besar. Contohnya, jika seseorang ingin membeli kereta, barangan elektrik atau jenama pakaian terkenal, tentulah dia ingin mendapatkan maklumat terlebih dahulu supaya pelaburannya berbaloi. Pengalaman pengguna ini semakin banyak digunakan dalam sektor perbankan, rastoran dan sektor perkhidmatan kerana persaingan semakin sengit dan mereka semua berusaha menarik pelanggan baru untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
Sumber: yahoo.com career-work

Wednesday, February 16, 2011
Kejayaan mengubah sikap
Ada tiga perkara yang boleh mengubah ssesuatu sikap. Ketiga-tiganya saling bergantung dan ada dalam diri kita. Pertama adalah komunikasi, diikuti melibatkan diri dan akhir sekali ialah komitmen.
Komunikasi. Di mana saja kita berada, mesti wujud penglibatan kita dengan orang lain sama ada sedar atau tidak, sama ada langsung atau tidak langsung. Walaupun tidak bersemuka, hubungan komunikasi tetap ada. Melalui komunikasi, kita membina persefahaman dan keyakinan diri untuk berubah. Memilih orang yang hendak berkomunikasi juga penting supaya mereka boleh membantu ke arah perubahan yang positif.
Melibatkan diri. Kita wajar bersikap terbuka kepada pandangan orang lain yang berhajat membantu kita. Kadang kala sukar membuat perubahan secara sendirian justeru meminta pandangan, panduan dan sokongan rakan-rakan dapat membantu menjana idea-idea baru yang boleh memberi inspirasi perubahan yang lebih baik.
Komitmen. Memang sukar membuat perubahan terutama kalau sesuatu sikap itu telah lama menjadi tabiat. Namun tidak ada kejayaan yang lebih hebat selain daripada memberi sepenuh perhatian, memberi masa dan tenaga untuk membina kekuatan diri, kekuatan mental dan motivasi diri ke arah perubahan sikap.

Tuesday, February 15, 2011
Malidur Rasul, pendidikan berfokus nilai
Ketika bulan puasa tahun 2000, saya berada di Limbang, Sarawak kerana teringin menyambut hari raya puasa di tempat orang. Seminggu sebelum raya, televisyen dan surat khabar berlumba-lumba menyiarkan iklan masing-masing yang menggambarkan keghairahan mereka bersama-sama meraikan hari raya puasa. Semua akhbar mempunyai sentimen yang sama iaitu berusaha bersungguh-sungguh untuk mempamerkan iklan dan mesej mereka adalah yang paling baik. Bagaimanapun itu semua bukanlah tujuan yang saya beri perhatian kerana ada perkara lain yang lebih penting.
Sejak berada di luar lingkaran dan sempadan keluarga, kekuatan hati yang kental, tidak mudah kalah dan bersedia dengan sebarang kemungkinan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan zaman remaja saya. Jika usia muda dan remaja rakan-rakan yang lain mungkin sedang bercinta dan bersenang-senang dengan pekerjaan yang selesa, saya pula merintis cabaran dan gelombang membina kekentalan hati dan jiwa untuk melihat dan mengenal dunia cabaran yang tidak tahu di mana hujung pangkalnya. Dalam keadaan musafir begini, saya lebih banyak mengenal erti satu-satu nilai. Jadi, setiap iklan raya yang disiarkan menjadi keutamaan saya untuk dipelajari.
Salah satu iklan yang menarik dan masih saya ingat sehingga kini adalah sebuah mesej penuh satu muka surat yang disiarkan oleh sebuah bank luar negara yang mempunyai banyak cawangan di negara kita. Bank ini juga baru melancarkan perbankan Islam dan dalam ‘mood’ mempromosi perniagaan mereka ini.
Iklan yang dipilih sangat ringkas, cuma ada tulisan dalam bentuk cerita. Kisahnya begini.
‘Ada seorang lelaki yang selalu melalui sebuah rumah yang dihuni oleh seorang wanita. Setiap kali lelaki ini menapak melintasi rumah itu, wanita ini akan menyapu sampah sambi menyumpah seranah. Namun lelaki ini tersenyum dan berlalu pergi. Ia berlaku beberapa ketika sehingga suatu hari lelaki itu terasa aneh kerana wanita yang benci kepadanya tidak muncul sebaik sahaja dia melalui rumah berkenaan. Dia memberi salam dan dari dalam rumah terdengar suara wanita memintanya masuk ke dalam. Rupa-rupanya wanita ini jatuh sakit dan tidak dapat berjalan dan menguruskan dirinya sendiri. Lelaki ini, dengan rasa tanggungjawab menyediakan keperluan dan memasak makanan untuk wanita yang sangat membencinya.’
Saya terasa pernah membaca dan mendengar kisah ini. Setelah diamati, lelaki yang dimaksudkan dalam iklan ini tidak lain dan tidak bukan adalah junjungan mulia Rasulullah saw. Iklan ini tidak menyiarkan nama baginda saw tetapi mesejnya adalah jelas iaitu nilai membuat baik kepada orang yang benci kepada kita. Dalam kisah ini, Rasulullah saw membantu wanita yang tidak suka kepada baginda saw dan akhlak yang mulia ini telah mengubah keseluruhan persepsi wanita ini.
Setiap tahun, sama ada di surau, masjid atau kuliah-kuliah agama berkenaan dengan sambutan maulidur rasul, kadangkala isu dan cerita yang sama disampaikan. Inovasi dan kreativiti untuk mengupas seerah Rasulullah saw agak kurang. Ia tidak menarik golongan muda untuk bersama-sama menyambut dan meraikan baginda saw.
Pendekatan perlu diubah kerana masyarakat hari ini agak kritikal dan perlukan contoh melalui huraian yang lebih praktikal. Hidup hari ini yang banyak dipengaruhi oleh kecintaan kepada dunia memudarkan nilai-nilai mulia yang sepatutnya menjadi darah daging khususnya umat Islam. Menghuraikan secara lanjut satu-satu nilai yang ada pada diri Rasulullah saw adalah lebih menarik kerana kita dapat melihat bagaimana nilai-nilai itu dipancarkan dari diri baginda saw dan dalam keadaan yang bagaimana Allah swt mendidik rasul-Nya. Dalam cerita tadi, wanita ini adalah seorang sangat bencikan Rasulullah saw dan dakwah Islamiah. Namun di akhir kesudahan, ia adalah ‘happy ending’ dan kemenangan untuk peribadi Rasulullah saw. Jika kisah-kisah nilai ini disampaikan kepada anak-anak muda secara praktikal mereka akan menerapkan nilai ini dalam hidup. Elemen kesabaran, menghormati orang tua dan lemah, mengambil berat dan tidak mudah mengalah dalam mencapai matlamat boleh didedahkan kepada mereka. Bukan sahaja remaja atau kanak-kanak, malah orang dewasa turut tersentak jika ulasan tetang nilai diberi keutamaan dalam ceramah dan syarahan maulidur rasul.
Bagi setiap perubahan, kita lebih suka melihat contohh yang telah berlaku kerana dapat menjangkakan perubahan berkenaan ada kemungkin yang besar untuk berjaya. Orang takut berubah kerana mereka tidak nampak apakah perubahan itu akan memberi kebaikan kepada hidup. Kaedah didikan Allah swt kepada para rasul dan nabi dengan memberi pengalaman sebenar amat berkesan kerana kita nampak dari awal dan akhir di mana hasilnya. Proses dakwah dan tarbiah akan lebih berkesan jika da’i nampak hasilnya di akhir usaha-usaha mereka.
Justeru, pendidikan berfokus nilai banyak memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman berubah seperti yang ditunjukkan Rasulullah saw.

Monday, February 14, 2011
Mesir selepas Mubarak
Selepas berdolak-dalih selama 18 hari, Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengundurkan diri. Slogan ‘Pergi, pergi, pergi!’ menjadi kenyataan. Slogan keramat ini berdesing di sekeliling telinga Mubarak setiap malam, namun belum dapat meredakan kerisauan hati pemimpin ini. Mula-mulanya beliau enggan mengundurkan diri walaupun desakan demi desakan dilakukan di Dataran Tahrir, kemudian Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama membuat gesaan untuk Mubarak mempercepatkan proses transformasi. Masih juga pemimpin ini enggan berundur. Dalam ucapan penting di khalayak yang berkumpul di tengah-tengah pusat Kaherah, beliau hanya menyerahkan kuasa pentadbiran kepada Timbalan Presiden dengan dirinya masih berkuasa.
Kekecewaan dilihat pada wajah-wajah rakyat Mesir yang mahu melihat Mubarak meletakkan jawatan dan berundur dari jawatannya. Tindakan Mubarak ini mengundang amarah dan mengundang lebih ramai rakyat Mesir untuk turun ke jalan raya dan meminta presiden yang telah memerintah Mesir selama 30 tahun itu turun dari takhta keagungannya. Dua hari seterusnya, Mubarak tidak lagi dapat menahan kehendak rakyat Mesir lalu mengusulkan pengundurannya dari singgahsana selama tiga dekad dengan tindakan tidak bertanggungjawab. Apabila mendapat kuasa beliau berhadapan dengan rakyatnya sendiri, namun setelah hilang kuasa selepas melakukan pelbagai kerosakan sosial ekonomi dan politik, beliau hilang begitu sahaja tanpa berani berdepan dengan rakyat Mesir.
Banyak cerita yang boleh dijangkakan dalam tempoh 18 hari Mubarak berhadapan dengan rakyatnya. Sebagai seorang pemimpin yang telah lama bergelumang dengan kuasa dan kekayaan, hartanya yang dianggarkan sebanyak $40 bilion hingga $70 bilion memang susah hendak dibawa lari dalam satu hari. Apatah lagi Switzerland telah membekukan aset Mubarak. Kekayaan dalam bentuk bukan wang seperti hartanah, kediaman mewah dan kenderaan sudah tentu mengambil masa untuk dipindah milik.
Selepas harta, ahli keluarganya pula bersiap sedia untuk merancang kehidupan baru di bumi orang kerana bumi Mesir tidak lagi ingin kepada penguasa yang zalim dan menindas rakyat marhain. Berkoyan-koyan wang yang dikumpulkan selama 30 tahun akan digunakan untuk kehidupan baru mereka. Jumlah $40 bilion mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk dihabiskan bahkan mungkin sampai ke anak cucu.
Sepanjang pemerintahan Mubarak, beliau mengumpulkan kekayaan melalui aktiviti ekonomi negara. Bagaimana seorang pegawai tentera mampu mengumpulkan kekayaan sedangkan beliau tidak terlibat dengan bisnes? Inilah dikatakan kaitan di antara kuasa dan kekayaan. Apabila kuasa berada di hadapan mata, semua khazanah negara dikebas, pemimpin politik dan pegawai tentera dibelai dengan kesenangan hidup.
Mesir selepas Mubarak dalam kedaaan kelam-kabut. Walaupun pihak tentera mengambil alih pentadbiran, pemilihan presiden yang baru tentu diperhati dengan dekat oleh Amerika Syarikat , Israel, negara-negara Islam dan tetangga yang lain. Andai kata presiden ini tidak menepati kehendak rakyat, mungkin kebangkitan kedua akan berulang kembali.

Friday, February 11, 2011
Menjengah reformasi di Tunisia
Kebangkitan rakyat menjadikan Tunisia terkenal di seluruh dunia secara tiba-tiba. ‘Revolusi Jasmin’ yang diambil sempena nama bunga rasmi negara itu telah menghalau keluar presiden Zine El Abidine Ben Ali yang memerintah dengan gaya autokratik selama 23 tahun. Penduduk Tunisia dianggarkan 10.4 juta, mendapat kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1956. Sejak merdeka, Tunisia memiliki dua orang presiden sahaja iaitu Habib Bourguiba dan Zine El Abidine.
Keupayaan Zine El Abidine mendapat kuasa presiden bukannya secara pilihan raya sebaliknya melalui peralihan kuasa tanpa pertumpahan darah sebaik sahaja Bourguiba diisytiharkan tidak layak untuk untuk meneruskan tugasnya sebagai presiden. Tarikh 7 November setiap tahun dijadikan cuti umum bagi meraikan perlantikan Zine Al Abidine sebagai presiden negara itu. Beliau selalu mendapat undi majoriti dalam setiap pilihan raya sehinggalah dihalau keluar pada Januari 2011.
Banyak perkara di Tunisia yang jarang diketahui oleh dunia luar. Contohnya larangan poligami yang menjadikan negara itu satu-satunya negara Arab yang berbuat demikian. Manakala wanita diberi peluang untuk menduduki 20 peratus kerusi parlimen. Bagaimanapun seperti negara-negara Arab yang lain, rekod pelaksanaan demokrasi adalah sangat buruk. Dalam Indeks Demokrasi 2008, Tunisia diklasifikasikan dalam kelompok rejim autoritarian menduduki tempat 141 daripada 167 buah negara. Dalam tahun yang sama, kebebasan akhbar negara itu ialah pada kedudukan 143 daripada 173 buah negara.
Apabila terlalu lama berkuasa, Zine El Abidine dilihat cuba mengekalkan kuasa seberapa lama yang boleh dengan mengenakan sekatan ke atas penentang-penentang politiknya. Sebarang insiden yang melibatkan kecaman ke atas presiden tidak akan disiarkan di media. Demonstrasi awam ke atas amalan rasuah dan nepotisme di Gafsa pada 2008 tidak disiarkan dan wartawan Fahem Boukadous yang membuat liputan kes berkenaan dipenjarakan pada Julai 2010.
Kerajaan Tunisia melaksanakan tapisan maklumat di Internet termasuk YouTube. Wartawan Tanpa Sempadan, sebuah organisasi antarabangsa memasukkan Tunisia di dalam senarai musuh Internet bersama-sama Korea Utara, Arab Saudi dan Turkmenistan.
Masalah rasuah dan nepotisme yang berlegar-legar di sekeliling presiden Zine Al Abidine dikaitkan ahli keluarga Trabelsi yang mengawal sektor perniagaan di Tunisia. Isterinya dilapor menggunakan pesawat kerajaan untuk membeli-belah di Milan, Paris dan Geneva. Menantu lelaki, Sakher al-Materi dikatakan sedang berusaha untuk mengambil alih kuasa di Tunisia. Peranan kaum kerabat Zine Al Abidine sangat ketara sehingga menimbulkan kegelisahan dan keresahan rakyat.
Bagi menutup kelemahan pentadbiran, beliau mengadakan pilihan raya umum untuk memilih presiden pada Oktober 2009. Beliau menang dengan majoriti besar, 89.62 peratus mengalahkan calon pembangkang, Mohamed Bouchiha (5.01%), Ahmed Linoubli (3.80%) dan Ahmad Ibrahim (1.57%). Calon dari parti Ettajdid, Ahmad Ibrahim, tidak dibenarkan menggantung sebarang poster dan mengadakan mesyuarat serta penerbitan mingguan Ettarik al-Jadid dirampas oleh kerajaan.
Apabila takdir menyatakan Zine El Abidine tidak dapat bertahan walaupun untuk sehari di atas puncak presiden, kematian Mohamed Bouazizi menjadi pencetus kepada kebangkitan rakyat. Pemuda berusia 26 tahun ini adalah penjana pendapatan kepada keluarganya. Dia menjalankan perniagaan menjual sayur kecil-kecilan tetapi tanpa lesen selama tujuh tahun di Sidi Bouzid, 300 kilometer ke selatan Tunis. Pada 17 Disember 2010, seorang polis wanita merampas barang perniagaannya dan beliau mahu membayar denda 10 dinar (RM21) iaitu jumlah pendapatan hariannya. Sebaliknya, tindakan polis wanita ini di luar dugaan Bouazizi. Dia ditampar, muka diludah dan arwah ayahnya dicaci. Tidak tahan dengan pelakuan tersebut, dia mengadu di majlis bandaran tetapi tidak dilayan. Sejam selepas itu, tanpa pengetahuan keluarga, Bouazizi kembali ke pejabat berkenaan dan menyimbah badannya dengan minyak untuk membakar diri. Kejadian ini tersebar dengan pantas dan orang awam mula membuat bantahan. Presiden Zine El Abidine cuba meredakan kemarahan perusuh dengan melawat Bouazizi di hospital namun pemuda itu meninggal dunia pada 4 Januari 2011.
Orang ramai berkumpul kerana tidak bersetuju dengan cara layanan ke atas Bouazizi. Polis diarahkan menyurai penunjuk perasaan dengan menggunakan gas pemedih mata di Sidi Bouzid kerana kelompok pembantah semakin ramai. Dalam tempoh sebulan, selepas pemuda penjual sayur itu mati, Lahseen Naji mati terkena renjatan elektrik, Ramzi Al-Abboudi kecewa dan meninggal dunia kerana tertekan dengan bebanan hutang program mikro kredit milik negara, Mohamed Ammari mati kerana ditembak di dada oleh polis dan Chawki Belhoussine El Hadri terkorban pada 30 Disember kerana ditembak ketika membuat bantahan.
Perarakan di jalan raya sampai ke kemuncaknya apabila 1000 orang berkumpul di Tunis kerana mahu kerajaan menyediakan pekerjaan kepada mereka. Kelompok ini disertai pula oleh kesatuan sekerja, peguam dan pelbagai lapisan masyarakat. Kelantangan suara rakyat Tunisia selama sebulan diperketatkan dengan perintah darurat pada 14 Januari 2011. Dalam keadaan tertekan, presiden Zine El Abidine berjanji akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh enam bulan. Sejak Disember 2010, rakyat keluar berhimpun di jalan raya kerana tidak sanggup lagi untuk menghadapi keadaan pengangguran, inflasi makanan, rasuah, halangan kebebasan bersuara dan keadaan hidup yang buruk. Mereka mencari kediaman mewah keluarga Ben Ali dan membakarnya.
Dalam keadaan kelam-kabut, perdana menteri Mohammed Ghannouchi mengisytiharkan dirinya sebagai berkuasa di Tunisia kerana Zine El Abidine telah lari meninggalkan negara itu ke Arab Saudi membawa bersama 1.5 tan emas milik negara. Selepas kerajaan sementara ditubuhkan, empat orang menteri dari kabinet lama presiden meletakkan jawatan dan pemimpin dari parti pemerintah RCD meninggalkan parti berkenaan. Semuanya berlaku kerana tekanan yang sangat kuat dari kelompok kesatuan kerja yang membuat bantahan besar-besaran.
Siasatan awam yang dibentuk memulakan tindakan ke atas presiden dengan membekukan akaun bank di Switzerland dan membebaskan 1800 banduan politik. Selepas sebulan mengalami situasi tidak menentu, 20 Januari 2011 adalah hari bersejarah kepada rakyat Tunisia kerana kehidupan mereka tidak lagi dibayangi kezaliman Zine Al Abidine, sang pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya sendiri.

Thursday, February 10, 2011
Pertimbangan dalam membuat perubahan
Sesetengah orang beriya-iya hendak mengubah sikap buruk atau sikap negatif dan hendak merasai perubahan berkenaan dalam sekelip mata atau dalam masa yang singkat. Contohnya, dari malas kepada rajin, takut kepada berani, pasif kepada aktif dan sebagainya.
Perubahan secara mengejut ini mungkin berkesan dalam jangka masa singkat. Kita perlu memberi beberapa pertimbangan supaya perubahan berkenaan dapat memberi impak dalam jangka masa panjang. Terdapat tiga pertimbangan penting untuk difikirkan.
Pertama, usia. Perubahan ketika usia muda dan remaja adalah lebih mudah kerana orang muda mahu belajar. Namun tidak begitu bagi orang yang lanjut usia (lansia). Mereka lebih banyak berfikir supaya setiap perubahan adalah untuk kebaikan diri dan keluarga. Biarpun usia telah meningkat, sepatutnya ia tidak menjadi halangan untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik.
Kedua, kepercayaan diri. Maksudnya ialah pegangan hidup berteraskan agama. Kita perlu pastikan betul-betul tentang perubahan yang hendak dilakukan supaya tidak bertentangan dengan kepercayaan agama yang menjadi pegangan hidup.
Ketiga, persekitaran. Setiap perubahan mesti mengambil kira perkembangan sekitar supaya wujud sokongan dan dorongan ke atas usaha-usaha perubahan berkenaan. Gagal membuat penilaian ini, barangkali perubahan yang hendak dilaksanakan akan tergendala.

Wednesday, February 09, 2011
Adakah genetik boleh menerangkan agama seseorang?
Adakah seseorang yang pergi ke masjid, gereja atau kuil disebabkan faktor genetik?
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Cambridge menyatakan terdapat pengaruh genetik ke atas orang yang percaya kepada kewujudan tuhan dan genetik ini dipindahkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Sehingga 30 tahun lalu, kepercayaan seperti ini diterima ramai sebagai sebahagian daripada budaya hidup manusia.
Namun lima tahun lalu, muncul alternatif baru ke atas kepercayaan berkenaan iaitu agama ditemui dalam genetik manusia. Teorinya ialah hanya manusia yang beragama sedangkan ikan dan kucing tidak. Biar pun misteri genetik keagamaan masih jauh daripada penyelesaian, kajian seperti ini dapat membantu masyarakat memahami permasalahan agama dalam diri masing-masing.
Bagi penyelidik di universiti tersebut, idea mereka ialah proses evolusi kehidupan manusia telah mengukuhkan tahap keagamaan seseorang apabila genetik dipindahkan dari satu ke satu generasi lain. Buktinya ialah orang yang alim atau kuat beribadat memiliki lebih ramai anak daripada kelompok yang kurang mengamalkan agamanya dan mereka yang percaya agama juga kerap mendapat anak, malahan ada yang rapat umurnya.
Penyelidikan yang dijalanan ke atas 82 buah negara menunjukkan mereka yang beragama kristian dan menghadiri program di gereja lebih daripada sekali dalam seminggu memiliki 2.5 orang anak, manakala yang tidak berbuat demikian hanya memiliki 1.7 anak secara puratanya.
Persoalannya ialah: adakah agama merupakan satu keajabaiban dalam proses evolusi?
Agama tidak dapat berkembang disebabkan ramai anak sebaliknya agama berkembang kerana ia memberi ‘nyawa’ kepada jiwa, hati dan fikiran.
Kajian di barat ini sebenarnya lebih tertumpu kepada masalah masyarakat itu sendiri yang memisahkan agama dan kehidupan dunia. Mereka ingin mengaitkan antara peranan agama dan kemerosotan populasi masyarakat kulit putih di Eropah kerana kesan kemerosotan kadar kelahiran merupakan mala petaka besar kepada Eropah. Oleh kerana masyarakat di sana enggan memiliki keluarga yang besar, pakar-pakar sosial cuba menggalakkan orang ramai untuk kembali menghayati agama supaya bilangan mereka akan meningkat dalam masa yang singkat.

Tuesday, February 08, 2011
Migrasi penduduk selepas banjir
Kejadian banjir yang kerap berlaku memberi kesan kepada kualiti hidup masyarakat. Bebanan yang ditanggung telah mengukuhkan persepsi orang ramai bahawa setiap kali banjir, kos hidup akan meningkat. Kenaikan harga barangan keperluan tidak dapat dielakkan lagi kerana permintaan melebihi penawaran menyebabkan golongan berpendapatan rendah bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.
Kejadian banjir yang berlaku pada akhir tahun lalu melibatkan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Keadaan yang sama berulang kembali pada awal tahun ini yang melibatkan Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang. Jika sebelum ini hanya Kelantan dan Terengganu yang sering kali dilanda banjir, keadaan telah berubah kerana hampir separuh Semenanjung Malaysia telah dan sedang berhadapan dengan banjir.
Baru-baru ini Bank Pembangunan Asia (ADB) telah mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada kerajaan negara-negara Asia bahawa kegagalan menyediakan pergerakan yang pantas dan cekap kepada penduduk yang terlibat dengan banjir akan menyebabkan krisis kemanusiaan yang berpanjangan. Justeru negara-negara Asia mesti bersedia untukmenguruskan beribu-ribu perpindahan rakyat masing-masing dari kawasan bencana ke kawasan yang lebih selamat malahan merentas sempadan diakibatkan oleh perubahan cuaca yang terlalu ekstrem ketika ini. Sehingga kini, 89 peratus daripada 207 juta penduduk dunia yang mengalami bencana alam adalah terdiri daripada penduduk di benua Asia.
Para penyelidik di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju dengan kenyataan bahawa tahun 2010 adalah tahun yang paling teruk akibat bencana alam di seluruh dunia.
Di Malaysia, kejadian banjir yang berlaku setiap tahun telah memberi kesan besar kepada cara berfikir dan bertindak agensi-agensi kerajaan yang memberi bantuan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Kementerian Kesihatan. Dari semasa ke semasa agensi-agensi ini memperkemaskan operasi menyelamat dan mengurus pusat pemindahan. Pertambahan dana untuk memberi peralatan ketika operasi banjir telah meningkatkan kecekapan mereka melaksanakan operasi menyelamat, manakala kemahiran mengendalikan kerenah mangsa juga semakin baik. Contohnya, ketika banjir di Alor Gajah baru-baru ini, tindakan pantas Majlis Perbandaran Alor Gajah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela telah membantu menyelamatkan nyawa dan harta benda mangsa banjir. Tindakan pantas agensi-agensi ini telah mengurangkan panik mangsa banjir. Sekiranya tidak ada kesepaduan dalam operasi menyelamat ini, mangsa banjir akan mengalami tekanan berganda. Pertama kerana terpaksa meninggalkan rumah tanpa sempat menyelamatkan harta benda, keduanya ialah keselamatan nyawa juga terancam kerana ada mangsa yang menghadapi penyakit kronik, hilang upaya dan tekanan mental yang muncul secara mendadak.
Keadaan mangsa pasca banjir berubah sama sekali. Mungkin ada dalam kalangan mereka yang mula berfikir untuk menjual rumah dan berpindah ke tempat lain yang lebih tinggi dan selamat. Harga hartanah untuk kawasan perumahan di tempat tinggi dan jauh dari masalah banjir dan tanah runtuh mungkin meningkat secara mendadak selepas ini apabila masyarakat mula memikirkan tempat tinggal yang bebas dari bencana alam. Bandar-bandar baru dan moden yang sedang dibangunkan ketika ini akan dinilai sepenuhnya oleh bakal pembeli kerana mereka merasakan biarlah wang yang dilaburkan untuk membeli rumah baru akan memberi kesan keselesaan yang berpanjangan dalam hidup mereka.

Monday, February 07, 2011
Transformasi kepimpinan di Mesir
Hosni Mubarak kehilangan kuasa selepas menjadi presiden Mesir 30 tahun lalu. Majalah TIME menyifatkan Mubarak sebagai pemimpin paling terjejas ketika ini. Lain-lain pemimpin politik dunia ialah Ali Abdullah Saleh (Yemen), Kim Jong Il (Korea Utara), Alexander Lukashenko (Belarus), Omar Hassan al-Bashir (Sudan), Mahmoud Ahmadinejad (Iran), Robert Mugabe (Zimbbwe), Emomali Rahmon (Tajikistan), keluarga Saud (Arab Saudi) dan Abdelaziz Bouteflika (Algeria).
Situasi di Mesir kekal dengan keadaan huru-hara di bandar-bandar utama seperti Iskandariah, Ismailia dan Port Said dengan ribuan pemuda Arab berkumpul. Tumpuan utama ialah Dataran Tahrir. Bantahan pada 25 Januari 2011 terus berkembang apabila kerajaan Mubarak hilang kawalan ke atas penunjuk perasaan. Perintah berkurung tidak dihiraukan dan tentera dilihat tidak bersungguh-sungguh melaksanakan perintah berkurung itu. Dalam tempoh 12 hari bantahan diadakan, jumah korban jiwa dilaporkan mencecah lapan orang, bagaimanapun sumber tidak rasmi menyatakan jumlah kematian adalah lebih. Keadaan kini sukar diramal kerana cintakan kuasa dan jawatan menghalang Mubarak untuk melepaskan kedudukannya. Biar pun belum dapat dipastikan berapa lama demonstrasi akan terus berlaku, Amerika Syarikat mula mengambil langkah menekan Mubarak supaya segera melakukan proses transisi dan mengembalikan demokrasi di Mesir seberapa segera.
Dalam mesej yang disampaikan kepada Mubarak, presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyatakan dengan tegas bahawa negara itu tidak mahu lagi kepimpinan Mubarak dan mahukan barisan kepimpinan yang baru. Ucapan yang berselindung tetapi tegas oleh Obama memeningkan kepala Mubarak untuk menamatkan tempohnya sebagai ketua negara Mesir pada September ini. Obama menyifatkan perubahan kepimpinan mesti berlaku sekarang dalam keadaan aman dan bererti. ‘An orderly transition must be meaningful, it must be peaceful, and it must begin now.’ Ketika mesej ini disampaikan, Rumah Putih menghantar Frank Wisner, bekas duta Amerika Syarikat ke Mesir sebagai utusan Obama meminta Mubarak berundur. Pada masa yang sama, Perdana Menteri British dan Kesatuan Eropah turut mengulangi pendirian hendak melihat pemulihan kerajaan yang aman dan stabil di Mesir.
Amerika Syarikat merupakan satu-satunya negara yang sangat aktif mengambil bahagian dalam menentukan kesinambungan kepimpinan nasionalis di Mesir. Negara itu akan melakukan apa sahaja untuk mempastikan kepentingannya tidak terjejas dan ada kemungkinan menjejaskan Israel. Sejak rusuhan meletus, negara itu mula mencatur langkah bagi mengekalkan kehadiran mereka di bumi Mesir. Alasannya mudah iaitu mempastikan Israel berada dalam keadaan selamat dan tidak digugat oleh mana-mana negara. Kesediaan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Naib Presiden, Omar Suleiman adalah petujuk paling jelas kepada penglibatan langsung negara itu dalam menentukan haluan politik Mesir selepas Mubarak.
Mesir boleh maju dan berjaya selepas era Mubarak. Legasi buruk Mubarak ialah melebarkan kadar kemiskinan, menggalakkan rasuah dan pengumpulan kekayaan secara berleluasa dalam kalangan pegawai kerajaan dan parti pemerintah. Layanan terhadap parti politik pembangkang juga tidakmenunjukkan rekod yang baik. Tokoh-tokoh politik pembangkang ditangkap dan dipenjarakan manakala parti pembangkang yang baru ditekan habis-habisan. Kumpulan pembangkang terbesar, Ikhwanul Muslimin telah dihalang daripada membabitkan diri dalam politik Mesir menyebabkan pergerakan itu menggabungkan diri dengan parti-parti lain yang menyediakan platform untuk mereka bergerak. Pada 2007, Amnesty International menyiarkan laporan yang mengkritik kerajaan Mesir kerana menahan secara tidak sah dan menyeksa tahanan. Mubarak dikenali kerana kemampuannya mengekang gerakan Islam di Mesir dan mendapat pujian Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.
Kejatuhan Mubarak dikaitkan dengan faktor ekonomi dan sosial. Aspek ekonomi ialah kegiatan ekonomi yang tidak berkembang dan rasuah yang berleluasa. Kedua-dua elemen ini menjadi magnet kepada pemuda-pemuda Arab untuk turun beramai-ramai ke Dataran Tahrir dan meledakkan kemarahan mereka. Aspek sosial amat berkait rapat dengan ekonomi di mana rakyat sudah bosan dengan kenaikan harga barang dan taraf hidup yang tidak banyak berubah. Kemiskinan juga Keadaan ini menekan mereka untuk membuat tuntutan supaya kehidupan ketika ini dibaiki. Selain kedua-dua aspek ini, Mubarak sebenarnya telah ditekan oleh George W. Bush pada tahun 2005 untuk membuat transformasi politik dan menjadikan proses pemilihan presiden lebih telus dan demokrasi.
Rusuhan dan bantahan jalanan yang dilakukan oleh pemuda-pemuda Mesir merupakan rumusan ke atas kegagalan Mubarak membuat perubahan ke atas rakyat negara itu selepas 30 tahun menjadi pemimpin. Pemuda-pemuda ini rata-ratanya terdedah kepada politik dunia menggunakan sepenuhnya teknologi maklumat untuk mencetuskan kebangkitan aru di dunia Arab.
Biar pun Revolusi Jasmin di Tunisia memberi rangsangan kepada perubahan di Mesir, situasi yang berlaku ketika ini membuatkan beberapa buah negara Arab mula mengambil tindakan popular untuk menarik simpati rakyat. Jordan dan Algeria mulai resah kerana kebangkitan rakyat di Mesir bakal menggugat kedudukan pemerintah yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk menentukan corak pemerintahan sendiri. Di Jordan, Raja Abdullah telah memecat kabinet dan melantik bekas perdana menteri untuk memulakan reformasi politik.
Laungan ‘Pergi, pergi, pergi!’ akan terus bergema dan merentasi bumi Mesir untuk disambut oleh rakyat Jordan, Algeria dan negara-negara Arab lain kerana Mesir menjadi inspirasi kepada mereka untuk melakukan perubahan. Pengaruh media Mesir adalah meluas di dunia Arab. Klip video dan ulasan daripada tokoh-tokoh reformasi seperti Mohamed ElBaradei akan mula mendapat tempat di hati rakyat Arab dan selepas ini lebih ramai ‘ElBaradei’ akan muncul di tengah-tengah gerakan massa Timur Tengah.
Biar apa pun yang berlaku di Mesir dan negara-negara Arab lain, soal Palestin tidak boleh diketepikan kerana isu Timur Tengah adalah isu Palestin. Pengaruh Iran yang semakin melebar di Lubnan perlukan sebuah negara Arab yang dapat mengimbangi kuasa Iran. Amerika Syarikat perlukan sekutu yang dapat mengikut telunjuknya seperti yang dilakukan ke atas Iraq dan Afghanistan. Isu Palestin tidak akan selesai dengan undurnya Mubarak sebaliknya kesatuan umat Islam adalah resepi kepada kejayaan pembebasan Palestin.
Hosni Mubarak menjadi sejarah. Nasib rakyat Mesir tidak boleh ditentukan oleh Amerika Syarikat, Israel atau Kesatuan Eropah. Rakyat Mesir sendiri yag mesti menentukan hala tuju negara mereka selepas ini. Mesir yang maju, progresif dan memimpin dunia Arab sedang muncul. Kemunculan ‘Mesir baru’ akan memberi makna kepada kestabian politik dan kemakmuran ekonomi di Timur Tengah.

Saturday, February 05, 2011
Bahagia dalam hidup
Bahagia adalah ramuan hidup. Ia tidak wujud sendirian kerana banyak perkara yang membentuk rasa bahagia ini. Ada orang yang memiliki kekayaan demi kekayaan, namun rumah tangganya berkecai-berai. Ada orang yang mengecapi status sosial yang hebat dalam masyarakat, namun di rumah sendiri, hatinya kosong daripada kasih sayang isteri dan anak-anak.
Bagaimana membentuk bahagia dalam hidup?
Paling utama dan pertama ialah lupakan isu-isu dan masalah lepas yang menjadi belenggu hidup. Lupakan dan maafkan kesalahan, kesilapan atau perlakuan buruk orang lain yang menjadi ‘duri dalam daging’ kehidupan yang sedang kita lalui. Kata-kata nista, cacian atau cemuhan yang disimpan, lama-kelamaan akan menjadikan diri kita lebih sengsara.
Benci adalah barah pemikiran yang mempercepatkan pelbagai masalah kesihatan. Kehidupan sangat pendek untuk membenci orang lain. Tukar benci kepada sayang supaya ia memberi tenaga untuk kita meneruskan persahabatan dengan semua orang.
Orang tua sangat berharga untuk kita sayangi dan hargai. Lebihkan banyak masa untuk mereka yang berumur lebih 70 tahun kerana orang tua memberi iktibar yang sangat berguna bagi mengembangkan pengalaman hidup kita kelak. Salah satu sifat yang sangat baik ialah sabar. Dalam pada itu, kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun pula boleh memberi pengalaman bahagia kerana kanak-kanak tidak banyak masalah untuk mereka fikirkan. Jadi, hidup mereka penuh keceriaan dan wajah mereka juga sangat bercahaya. Rasulullah saw juga menunjukkan cara melayan kanak-kanak iaitu mencium mereka setiap kali bertemu, kadang kala baginda saw mengusap-usap rambut sebagai tanda sayang.
Akhir sekali, letakkan Tuhan pada tempat pertama dalam hidup, dalam pemikiran, perbualan dan tindakan yang akan dilaksanakan. Fikirkan Tuhan dapat meredakan kegelisahan kerana apa sahaja yang berlaku dalam hidup pada hakikatnya telah disusun. Andai kata kita diuji, itulah tanda kasih sayang Tuhan kepada kita dan Dia ingin menjadikan hidup kita lebih baik dan bahagia pada masa depan.

Friday, February 04, 2011
Mengubah sikap
Sikap sering kali dikaitkan dengan kejayaan dan kegagalan. Dalam erti kata lain, sikap menentukan sama ada seseorang itu berjaya atau gagal. Perubahan sikap memberi impak yang sangat ketara jika mahu berubah ke arah kejayaan.
Sikap adalah tingkah laku yang lahir daripada pemikiran dan emosi kita. Maknanya memikirkan perkara-perkara yang mendorong kepada kejayaan dapat merangsang pembentukan sikap kejayaan. Dalam erti kata lain yang lebih mudah, sikap positif menjadi asas kejayaan kerana ia mempengaruhi minat dan apa juga usaha yang sedang dilakukan.
Pengaruh sikap dalam budaya hidup tidak dapat diketepikan kerana banyak kajian yang dibuat telah menunjukkan kaitan yang sangat rapat di antara sikap dan kejayaan atau kegagalan.
Jika ingin kehidupan kita dihiasi dengan kejayaan dan kecemerlangan, membentuk dan mengamalkan sikap-sikap kejayaan adalah prasyarat penting bagi merealisasikan cita-cita tersebut.

Thursday, February 03, 2011
Cabaran, perubahan dasar pendidikan
Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom ialah bekas Ketua Pengarah Pelajaran
tansrialimuddin@yahoo.com
Abad ke-21 dijangkakan akan mengalami perkembangan pesat lagi mencabar dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Perkembangan ini berlaku di seluruh dunia tidak kira sama ada di negara maju atau negara sedang membangun. Ramai pihak berpendapat bahawa perubahan tersebut sedikit sebanyak mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan bidang pendidikan.
Alvin Toffler seorang penulis terkenal pernah menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.' Menurutnya pendidikan di abad ini lebih mencabar dan mestilah berupaya melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritikal.
Ini memberi gambaran bahawa pendidikan tidak lagi berkisar hanya memberikan pengetahuan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) kepada kanak-kanak. Tetapi mestilah boleh melahirkan orang yang berilmu pengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran di abad ini.
Bagi mencapai hasrat tersebut pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Memandangkan ianya berkait rapat dengan perkembangan individu, keperluan masyarakat dan proses pembinaan negara bangsa maka usaha penambahbaikkan dan perubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat bagi memenuhi keperluan semasa.
Sekiranya kita menyingkap kembali sejarah ketamadunan dunia maka kita dapati ianya bermula dengan masyarakat pertanian yang memberi menekankan kepada aktiviti bercucuk tanam dengan kehidupan yang ringkas dan mudah. Bagaimanapun dalam abad ke-19 tamadun dunia telah berubah kepada masyarakat industri yang mempunyai ciri-ciri pengkhususan dan memberi keutamaan kepada hasil pengeluaran atau produksi komoditi.
Kini masyarakat dunia di abad ke-21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagai 'knowledge age' atau k-ekonomi. Keperluan baru ini menekankan tentang peri pentingnya maklumat, kreativiti dan inovasi dalam memberi perkhidmatan baru kepada masyarakat.
Perubahan ini juga menekankan perlunya pendekatan berfikir secara kreatif, strategi penyelesaian masalah dan melibatkan aktiviti ekonomi berbentuk global. Zaman maklumat ini memberi ruang kepada setiap individu untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka melalui techology-powered knowledge dan peluang kepada semua pihak untuk mengikuti pendidikan sepanjang hayat.
Perubahan kepada zaman k- ekonomi yang menekankan keperluan maklumat dan bercirikan globally networked adalah sangat berkait rapat dengan perkembangan ICT. Oleh itu sering dikatakan bahawa mana-mana negara yang dapat menguasai teknologi maklumat dan mempunyai kemudahan jaringan ICT maka mereka dianggap mempunyai kelebihan dan seolah-olah memiliki kuasa tambahan. Sementara itu negara-negara yang mengabaikannya akan ketinggalan dalam persaingan di peringkat global ini.
Seorang lagi penulis terkenal yang telah mengupas tentang perubahan dan cabaran abad ke-21 ialah Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First Century. Menurutnya ekonomi dunia adalah sangat terikat serta terjalin rapat antara satu negara dengan yang lain dalam suatu bentuk ekosistem ekonomi.
Ini bermakna jika berlaku krisis ekonomi dalam sebuah negara ia akan memberi kesan kepada negara lain. Sebagai contoh ialah krisis pinjaman perumahan yang baru-baru ini berlaku di Amerika Syarikat maka tempiasnya turut terkena dan dirasai oleh negara-negara lain.
Keduanya, terdapat kecenderungan bertambah lebar jurang perbezaan ekonomi antara negara maju dan negara sedang membangun. Perkembangan tidak sihat ini akan membawa pada kepada berlakunya ketegangan sosial, konflik, munculnya kumpulan pelampau dan menjadikan dunia seolah-olah tidak selamat.
Ketiganya ialah wujudnya isu kepanasan global yang membawa kepada kemarau panjang atau perubahan iklim yang boleh menjejaskan bidang pertanian. Selain itu pertambahan mendadak jumlah penduduk dunia yang seolah-olah tidak dapat dikawal terutama di negara-negara sedang membangun. Keadaan ini menyebabkan bertambahnya kadar kemiskinan dan melebarnya perbezaan dalam strata masyarakat.
Menurut Friedman ketiga-tiga isu besar tersebut sebenarnya boleh dikurangkan atau tangani melalui transformasi dan perubahan dasar pendidikan. Jelasnya pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini.
Perkembangan pendidikan di negara kita juga tidak terlepas daripada keperluan masyarakat serta persekitaran politik, sosial dan ekonomi pada masa tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan terbentuknya Dasar Razak 1956, Dasar Rahman Talib 1961 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970 adalah berkait rapat dengan tuntutan dan keperluan negara pada masa itu.
Sebagai sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan sudah tentulah dasar pendidikan yang bentuk pada masa itu adalah bertujuan untuk membina sebuah negara bangsa yang kuat, bersepadu dan dapat bersaing dengan negara-negara lain. Tambahan pula negera kita terdiri daripada rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang maka sudah tentulah dasar pendidikan berpaksikan kepada usaha untuk mengukuhkan perpaduan rakyat terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Bagi menangani perubahan dan cabaran baru di peringkat global maka negara kita juga tidak terlepas dari memperkenalkan dasar-dasar baru dalam bidang pendidikan. Oleh itu baru-baru ini Menteri Pelajaran Tan Sri Mahyuddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Transformasi Kurikulum yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk kreatif dan inovatif serta menarik minat pelajar-pelajar.
Selain itu diperkenalkan dasar 'Satu Pelajar Satu Sukan' yang bertujuan untuk meningkatkan minat dan keupayaan pelajar dalam bidang permainan dan sukan supaya mereka lebih cergas dan aktif. Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pula bagi mengembalikan semula peranan utama bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu di samping meningkatkan keupayaan pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris. Dasar-dasar baru ini akan mula dilaksanakan pada tahun ini.
Sementara itu dasar menghadkan 12 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM dan penambahbaikkan peperiksaan UPSR dan PMR adalah jelas untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dan mampu mengembangkan potensi diri mereka. Dengan kata lain dasar ini mengubah persepsi pendidikan supaya tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata tetapi berupaya melahirkan modal insan cemerlang yang sangat diperlukan oleh negara.
Satu lagi dasar baru ialah mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM mulai 2013. Ini bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotik dan menanamkan rasa cintakan negara seperti kata bidalan 'jika tak kenal maka tak cinta.' Usaha menanam cintakan tanah air melalui pendidikan turut menjadi amalan di negara-negara lain.
Seperti yang dinyatakan tadi cabaran baru dunia sekarang ini ialah melalui knowledge age atau k-ekonomi. Dalam hal ini sebenarnya kita telah bersedia dan bertindak lebih awal. Sejak awal 1980-an apabila bermulanya ledakan teknologi maklumat maka sekolah-sekolah kita telah mula memperkanal dan menggunakan peralatan komputer.
Kini penggunaan ICT begitu meluas sekali di mana makmal komputer telah didirikan di semua sekolah. Guru-guru diberi kemahiran melalui latihan dan penggunaan LCD, laptop dan internet di mana pelajar-pelajar kita telah mendapat manfaat yang besar.
Negara akan bertambah maju jika ramai di kalangan penduduknya dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat dan menggunakan kemudahan ICT dalam semua urusan. Sesungguhnya zaman knowledge age dan k-ekonomi merupakan perubahan global dan cabaran baru ini perlu ditangani melalui perubahan-perubahan dasar pendidikan.
(Utusan Malaysia, 3 Februari 2011)

Tips meningkatkan kualiti hidup
Pelbagai cara boleh digunakan untuk menjadikan hidup kita lebih baik daripada sekarang. Bak kata pepatah ‘lain padang lain belalang, lain orang lainlah ragamnya’ begitu juga dengan kehidupan yang kita lalui.
Kita tidak wajar membandingkan keadaan hidup dan masa depan kita dengan orang lain secara keterlaluan hingga menimbulkan kekecewaan diri. Setiap orang memiliki perjalanan dan pengalaman hidup sendiri yang sangat berbeza meskipun hidup dalam satu keluarga. Ayah tidak dapat menentukan dengan tepat apakah anak-anaknya akan melalui kehidupan yang bahagia apabila meningkat dewasa biar pun dia merancang dengan baik. Hakikatnya, kita tidak tahu apakah kesudahan akhir hidup yang dilalui.
Pemikiran dapat mengawal kehidupan. Cara terbaik mengawal pemikiran ialah mengelakkan daripada berfikir negatif ke atas perkara-perkara yang tidak dapat dikawal oleh kita. Sebaliknya banyakkan berfikir dan lakukan apa yang ada di hadapan mata. Dalam erti kata lain, kurangkan angan-angan atau mimpi di siang hari.
Hubungan sosial sangat mempengaruhi aras penerimaan orang lain terhadap kita. Andainya terlalu serius, kita mungkin hilang kawan. Lebih baik kita tidak ambil hati sangat kalau ada rakan-rakan yang bergurau. Biasanya kalau kita boleh bertolak ansur, kita mudah mendapat kawan. Bagi mereka yang sukar hendak senyum, latihan senyuman boleh dilakukan setiap hari supaya amalan senyum ini menjadi rutin setiap kali berjumpa orang.
Tips yang terakhir ialah berkenaan dengan diri kita sendiri. Dalam hidup ini, tidak ada sesiapa pun yang boleh menggembirakan hati kita kecuali diri kita sendiri. Sifirnya mudah iaitu kita sendiri yang tahu sama ada kita suka, sedih atau bahagia. Jadi, bergembiralah dan lebihkan senyuman dan ketawa dalam hidup ini.

Wednesday, February 02, 2011
Tinggalkan sikap negatif hari ini
Dalam diri kita terkumpul sikap positif dan negatif. Setiap orang ada kedua-dua sikap ini dan adalah normal untuk memilikinya. Namun, untuk mendorong diri dan berjaya dalam hidup, dalam pekerjaan atau pelajaran, satu sikap yang mesti diatasi ialah malas. Macam-macam jenis malas seperti malas solat, malas buat kerja rumah, malas belajar dan malas untuk mengubah diri.
Punca-punca malas memang banyak. Namun, satu punca yang jelas ialah tidak ada matlamat hidup. Tidak ada sasaran yang jelas. Malas belajar kerana tidak tahu gred atau markah yang hendak dicapai, malas membaca kerana tidak ada tabiat dan budaya ilmu dalam diri.
Malas memberi implikasi besar kepada perkembangan mental dan diri yang sihat. Contohnya, bos akan menilai pekerjanya setiap bulan dan tahun. Pekerja yang malas, kurang disiplin dan kerap curi tulang tentulah tidak akan diberi pelbagai insentif lain. Akhirnya, rakan-rakan sekerja yang lain lebih maju ke hadapan dengan memikul tanggungjawab yang lebih mencabar.
Orang malas sentiasa dianggap kurang produktif dan tidak memberi sumbangan kepada kemajuan diri.

Subscribe to:
Posts (Atom)