Tuesday, February 22, 2011

Keusahawanan: strategi utama memerangi pengangguran belia

Keusahawanan, menjadi mercu tanda kepada kejayaan ekonomi Amerika Syarikat mewakili salah satu daripada harapan paling gemilang untuk mengembangkan peluang-peluang ekonomi dan mencipta lebih banyak pekerjaan dalam pasaran yang sedang meningkat naik serta dapat menyediakan pertumbuhan ekonomi di TTAU. Bukan sekadar penawar, keusahawanan secara berterusan membuktikan kunci kepada enjin pertumbuhan yang kritikal di samping mewujudkan peluang-peluang kerjaya.

Di Amerika Syarikat, dari tahun 1980 hingga 2005, syarikat-syarikat di bawah usia lima tahun dikatakan telah mengembangkan kerjaya baru. Kita percaya, fokus kepada keusahawan dalam ekonomi yang sedang berkembang akan memberi keputusan yang serupa. Lebih-lebih lagi keusahawanan mewujudkan peluang pkerjaan dan mempromosi inovasi dari bawah ke atas, justeru menjadi kunci penggerak untuk membuka sistem pasaran yang menyaksikan mereka ini dipinggirkan.Dalam kata lain, keusahawanan akan menjadi komponen penting bagi mempromosi ‘demokrasi ekonomi’ di mana lebih ramai orang dapat mengambil bahagian secara produktif dalam ekonomi dan memiliki kemahiran dan keupayaan untuk meningkatkan taraf hidup dan menyumbang kepada kemajuan negara.

Presiden Barack Obama menekankan impak keusahawanan semasa berucap di Sidang Kemuncak Keusahawanan 2010, katanya, ‘keusahawanan (menjadi penting) kerana sepanjang sejarah, pasaran adalah sumber daya yang sangat berkuasa dalam mewujudkan pekerjaan baru dan mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan.’

Program Keusahawan Global Kementerian Luar Amerika Syarikat adalah kunci kepada komitmen pentadbiran Obama untuk membawa budaya keusahawanan Amerika bagi membantu mewujudkan pertumbuhan dan peluang di seluruh dunia- yang hasinya bukan sahaja kepada rakan kongsi di luar negara malah kepada kestabilan global. Program ini merapatkan sektor swasta dari Amerika Syarikat dan komuniti setempat untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang bersepadu. Antara bidang tumpuan PKG ialah: mengenal pasti bakal-bakal usahawan, memberi latihan, membina jaringan, meningkatkan jumlah tabungan kepada bidang-bidang usahawan terpilih, promosi mesra polisi dan meraikan kejayaan. Usahawan juga boleh memainkan peranan penting menghubungkan dunia Arab ke peringkat global yang lebih luas- membuka ruang kepada pelaburan, perdagangan, kerjasama penyelidikan dan pertumbuhan.

Sumber: blogs. state.gov

No comments:

Post a Comment