Thursday, February 17, 2011

10 pekerjaan pilihan akan datang

Sepuluh tahun yang berlalu, teknologi semakin bertambah maju. Kerjaya berkembang seiring dengan perkembang teknologi, peralihan budaya dan perubahan demografi. Jika semuanya disatukan, wujud pelbagai kerjaya yang dapat memenuhi generasi baru ketika ini.

1. Pengurus media sosial/komuniti atas talian

Peranan media sangat berkembang dan penting ketika ini lebih-lebih lagi media sosial seperti Facebook dan Twitter ‘meletup’ di seluruh dunia. Pakar media sosial menumpukan perhatian ke atas pemasaran jenama melalui rangkaian sosial ini seperti menggalakkan pengguna berkongsi sebanyak mungkin supaya produk dapat dijual di pasaran. Kelayakan penting ialah kemahiran komunikasi, latar belakang pemasaran yang sesuai dan kemahiran mengendalikan alat perkakas media sosial (Facebook, Twitter dan YouTube).

2. Koordinator perkhidmatan penjagaan warga tua

Peningkatan bilangan warga tua dan pertambahan minat orang ramai ke atas penjagaan warga tua memberi input kepada peranan koordinator penjagaan warga tua yang lebih besar. Pelajar yang mengambi bidang gerontologi memiliki kelebihan ilmu dan praktikal. Selain kemahiran insaniah, pekerjaan ini perlukan sifat empati, bersabar dan kemahiran komunikasi yang sesuai dengan keadaan dan psikologi warga tua.

3. Pengurus kerja telekomunikasi

Pekerjaan ini melibatkan perancangan kepada majikan, menyelesaikan isu-isu teknikal dan komunikasi yang muncul. Apa saja yang berkaitan dengan komunikasi adalah di bawah seliaan pengurus ini. Pekerjaan ini juga boleh dilakukan dari rumah.

4. Pengurus kelestarian (sustainability)

Badan-badan korporat cenderung melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menjaga kelestarian alam sekitar seperti kitar semula, pengurusan sisa pepejal, teknologi hijau dan sebagainya. Kesedaran ke atas isu-isu alam sekitar lebih menonjol kini kerana tahap kesedaran masyarakat semakin baik kesan daripada dasar pendidikan negara.

5. Konsultan pendidikan

Perkembangan industri pendidikan amat pesat ketika ini kerana skop pelajar telah bertambah luas. Jika dulu pelajar hanya difokuskan kepada sekolah rendah, menengah dan universiti dengan kohot umur yang terhad, kini terma ‘pelajar’ berkembang kepada bayi, kanak-kanak dan warga tua. Jenis pekerjaan juga tidak dihadkan kerana suri rumah juga berpeluang untuk belajar. Pendidikan jarak jauh, menemuduga calon, penyelidikan dan pemasaran adalah sebahagian daripada peranan konsultan pendidikan ini.

6. Pakar pencarian enjin

Laman web di internet bertambah setiap minit. Kepakaran pencarian enjin melibatkan gabungan kepakaran teknik dan kemahiran sosial kerana kecenderungan laman web menarik bilangan pengguna ke laman web mereka untuk menambahkan pendapatan. Kedudukan laman web, sikap pengguna atau potensi pasaran perlukan pencarian enjin yang lebih pantas dan kepantasan ini hanya dapat disediakan oleh pakar.

7. Pengkod perubatan

Industri perubatan semakin penting khususnya insurans kerana mereka perlukan maklumat yang cukup di samping pematuhan ke atas prosedur perubatan. Dengan pelan perubatan yang diperkenalkan oleh kerajaan, pengkod perubatan bekerja di hospital, syarikat insurans dan farmasi. Kelayakan kerjaya ini ialah berkaitan dengan kesihatan kerana banyak terminologi perubatan yang perlu diketahui.

8. Pengurus pemasaran atas talian

Kerjaya ini sangat rapat dengan internet kerana ia perlukan pengurus yang banyak melibatkan diri dalam mereka bentuk laman web dan menjual program pengiklan seperti bagaimana menguruskan kempen pemasaran untuk produk mereka. Selain tahu selok-belok, pengurus kerjaya ini juga bijak dan berpengetahuan luas dalam memahami perkembangan teknologi telekomunikasi.

9. Koordinator pengurusan bakat

Peluang pekerjaan yang semakin berkembang perlukan bakat-bakat atau talent yang layak untuk memaksimumkan pendapatan syarikat dan mengurangkan kos operasi. Peranan koordinator ialah melaksanakan program pengisian bakat yang cepat, mempastikan pemegang saham sentiasa dalam keadaan bahagia.

10. Pengurus pengalaman pengguna

Pengalaman pengguna ada potensi untuk ditukar menjadikan bisnes lebih besar. Contohnya, jika seseorang ingin membeli kereta, barangan elektrik atau jenama pakaian terkenal, tentulah dia ingin mendapatkan maklumat terlebih dahulu supaya pelaburannya berbaloi. Pengalaman pengguna ini semakin banyak digunakan dalam sektor perbankan, rastoran dan sektor perkhidmatan kerana persaingan semakin sengit dan mereka semua berusaha menarik pelanggan baru untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Sumber: yahoo.com career-work

No comments:

Post a Comment