Wednesday, February 16, 2011

Kejayaan mengubah sikap

Ada tiga perkara yang boleh mengubah ssesuatu sikap. Ketiga-tiganya saling bergantung dan ada dalam diri kita. Pertama adalah komunikasi, diikuti melibatkan diri dan akhir sekali ialah komitmen.

Komunikasi. Di mana saja kita berada, mesti wujud penglibatan kita dengan orang lain sama ada sedar atau tidak, sama ada langsung atau tidak langsung. Walaupun tidak bersemuka, hubungan komunikasi tetap ada. Melalui komunikasi, kita membina persefahaman dan keyakinan diri untuk berubah. Memilih orang yang hendak berkomunikasi juga penting supaya mereka boleh membantu ke arah perubahan yang positif.

Melibatkan diri. Kita wajar bersikap terbuka kepada pandangan orang lain yang berhajat membantu kita. Kadang kala sukar membuat perubahan secara sendirian justeru meminta pandangan, panduan dan sokongan rakan-rakan dapat membantu menjana idea-idea baru yang boleh memberi inspirasi perubahan yang lebih baik.

Komitmen. Memang sukar membuat perubahan terutama kalau sesuatu sikap itu telah lama menjadi tabiat. Namun tidak ada kejayaan yang lebih hebat selain daripada memberi sepenuh perhatian, memberi masa dan tenaga untuk membina kekuatan diri, kekuatan mental dan motivasi diri ke arah perubahan sikap.
Post a Comment