Monday, February 21, 2011

Rancang untuk bertindak

Joe Dimaggio berkata, ‘If you keep thinking about what you want to do or what you hope will happen, you don’t do it, and it won’t happen.’

Berfikir tentang sesuatu sasaran, matlamat atau vision tanpa bertindak bolehlah diumpamakan seperti kata-kata Dimaggio di atas iaitu ‘it won’t happen.’ Ia tidak akan menjadi kenyataan. Berfikir adalah tindakan reaktif yang berlegar-legar di dalam kotak fikiran dan hanya akan menjadi kenyataan apabila diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Namun cara yang paling baik untuk membentuk fikiran yang boleh diterjemahkan dalam tindakan ialah kita merancang langkah-langkah membentuk pemikiran yang mendorong ke arah pelaksanaan.

1. Beri semangat dan dorongan kepada fikiran dengan membaca atau mengingat ayat, perkataan, mesej, buku atau apa sahaja yang boleh mencetuskan gelombang positif dalam fikiran.

2. Hargai kehadiran rakan-rakan di tempat kerja, sekolah atau majlis-majlis keraian kerana mereka dapat memberi ilham dan panduan untuk kita berfikir dengan mantap.

3. Azam yang buat yang terbaik. Jika tabiat ini sentiasa ditanam di fikiran, lama-kelamaan ia akan menjadi azimat untuk bergerak dan bertindak.

No comments:

Post a Comment