Adakah seseorang yang pergi ke masjid, gereja atau kuil disebabkan faktor genetik?
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Cambridge menyatakan terdapat pengaruh genetik ke atas orang yang percaya kepada kewujudan tuhan dan genetik ini dipindahkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Sehingga 30 tahun lalu, kepercayaan seperti ini diterima ramai sebagai sebahagian daripada budaya hidup manusia.
Namun lima tahun lalu, muncul alternatif baru ke atas kepercayaan berkenaan iaitu agama ditemui dalam genetik manusia. Teorinya ialah hanya manusia yang beragama sedangkan ikan dan kucing tidak. Biar pun misteri genetik keagamaan masih jauh daripada penyelesaian, kajian seperti ini dapat membantu masyarakat memahami permasalahan agama dalam diri masing-masing.
Bagi penyelidik di universiti tersebut, idea mereka ialah proses evolusi kehidupan manusia telah mengukuhkan tahap keagamaan seseorang apabila genetik dipindahkan dari satu ke satu generasi lain. Buktinya ialah orang yang alim atau kuat beribadat memiliki lebih ramai anak daripada kelompok yang kurang mengamalkan agamanya dan mereka yang percaya agama juga kerap mendapat anak, malahan ada yang rapat umurnya.
Penyelidikan yang dijalanan ke atas 82 buah negara menunjukkan mereka yang beragama kristian dan menghadiri program di gereja lebih daripada sekali dalam seminggu memiliki 2.5 orang anak, manakala yang tidak berbuat demikian hanya memiliki 1.7 anak secara puratanya.
Persoalannya ialah: adakah agama merupakan satu keajabaiban dalam proses evolusi?
Agama tidak dapat berkembang disebabkan ramai anak sebaliknya agama berkembang kerana ia memberi ‘nyawa’ kepada jiwa, hati dan fikiran.
Kajian di barat ini sebenarnya lebih tertumpu kepada masalah masyarakat itu sendiri yang memisahkan agama dan kehidupan dunia. Mereka ingin mengaitkan antara peranan agama dan kemerosotan populasi masyarakat kulit putih di Eropah kerana kesan kemerosotan kadar kelahiran merupakan mala petaka besar kepada Eropah. Oleh kerana masyarakat di sana enggan memiliki keluarga yang besar, pakar-pakar sosial cuba menggalakkan orang ramai untuk kembali menghayati agama supaya bilangan mereka akan meningkat dalam masa yang singkat.
No comments:
Post a Comment