Wednesday, May 07, 2008

Surat khabar menjana wang

Seseorang pemimpin negara yang telah banyak berjasa kepada rakyat akan dikenang sebagai negarawan sepanjang masa. Sumbangannya bagi membangunkan negara dan memajukan masyarakat dihargai dalam pelbagai cara seperti kata-kata mutiara, petikan ucapan, cadangan, pendapat atau pandangannya.

Mengumpulkan ucapan dan kata-kata pemimpin ini dan diterbitkan dalam bentuk bahan bercetak, cakera padat dan dijilidkan amat bermakna kepada generasi masa depan. Sumber maklumat ini mudah didapati di dalam surat khabar dan media.

Bagi menyediakan sebuah buku yang menarik, padat dan disimpan pada tempat yang bersesuaian, anda mesti mengumpulkan petikan ucapan dan gambar yang diperolehi daripada surat khabar dan majalah. Himpunan bahan-bahan ini menjadikan buku anda lebih menarik dan boleh dijual.

Setiap hari anda mesti membaca surat khabar dan mencatat petikan kata-kata bagi semua program yang ada. Katakan anda memberi tumpuan kepada perdana menteri. Semua majlis perasmian yang besar biasanya diberi liputan meluas oleh media. Di sinilah anda boleh mendapatkan maklumat untuk melengkapkan buku anda ini.

Sekiranya anda hendakkan maklumat lebih lanjut, menghadirkan diri di majlis berkenaan dapat membantu menambah bahan bagi mengkayakan pelbagai bentuk dan teknik grafik buku.

Buku yang hendak diterbitkan mestilah sebaik-baiknya tahan lama, menjemput orang kenamaan untuk merasmikan pelancaran dan dalam bentuk kulit keras supaya nilai buku ini lebih berharga. Di samping dapat menambah koleksi bacaan ia juga boleh menjadi katalis kepada minat membaca dan menambah banyak bahan bacaan seperti ini.

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum Saudara Zahir,

    Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara tentang bahan-bahan artikel dalam apa jenis media cetak yang pada asalnya baru berada di pasaran pada hari ini, semalam atau esoknya akan menjadi satu arkib yang amat bernilai setelah mencapai usia matang yang ditentukan oleh pasaran. Saya dulunya mempunyai hobi sedemikian, tetapi tidak pernah terfikir ianya akan menjadi satu nilaian pada pasaran wang. terima kasih kerana membuka minda tentang perkara itu. selamat berkenalan dalam dunia persuratan ini.

    ReplyDelete