Thursday, May 29, 2008

Sifat hati (7)








Mengagumi diri (ujub)

Maksud ujub ialah menganggap dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain seperti membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadah dan sebagainya. Tanpa bimbangkan kehilangan perkara-perkara tersebut dan melupai yang ianya pemberian dari Allah swt kepadanya. Ujub ini adalah punca kepada sifat takbur.

Sifat ujub ini suatu kelakuan hati yang sangat berbahaya dan tercela. Dia membinasakan ibadah dan menghilangkan pertolongan Allah swt.

Dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu pada waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. [Surah At Taubah: 25]

Ibnu Mas'ud ada berkata: Kebinasaan itu berpunca daripada dua perkara – pertama, putus asa dari rahmat dan kurnia Allah swt, kedua, merasakan diri lebih daripada orang lain lalu memandang lekeh kepadanya.

Firma Alllah swt,

Bermegah-megah telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. [Surah Al-Takathur:1-2]

No comments:

Post a Comment