Cintakan kemegahan
Cintakan kemegahan adalah puncak kebinasaan. Firman Allah swt,
Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Al-Qasas ayat 83)
Ayat di atas menerangkan bahawa orang yang akan mendapat kebahagiaan di akhirat ialah mereka yang suci hatinya daripada menghadapi dua perkara yang tersebut dan termasuk di dalam ketinggian itu adalah kemegahan.
Tidak mengingini kemegahan bukan bermakna menolak segala jawatan dan dari menjadi pemerintah, yang dilarang ialah bermegah-megah dengan jawatan dan kuasa yang diberi kerana seseorang yang diberi jawatan itu memikul tanggungjawab dan amanah dalam menyempurnakan tugas-tugas yang dipikul ke atasnya. Dia tidak ada kelebihan daripada orang lain.
Masing-masing memikul tugas dan tanggungjawab. Namun yang paling baik ialah melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya dengan jujur dan ikhlas.
Lihat Nabi Yusuf as meminta supaya diberi jawatan menteri kewangan. Negeri yang ditadbir menjadi makmur pada masa dia memikul tanggungjawab dan jawatan berkenaan.
Rasulullah saw, Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan sebagainya telah memegang jawaatan ketua negara. Apa yang menjadi hasrat dan cita-cita ialah menyempurnakan tanggungjawab di dalam menuju keredhaan Allah swt dengan tetap mematuhi dan melaksanakan titah perintah Allah swt itu.
No comments:
Post a Comment