Keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk menerima keputusan Tun Dr. Mahathir keluar daripada parti UMNO menyelesaikan sementara kemelut kepimpinan parti itu. Sebagai bekas Presiden UMNO dan perdana menteri selama 22 tahun, tindakan Dr. Mahathir memberi kesan yang sangat besar ke atas ahli parti, parti pembangkang dan juga rakyat Malaysia. Dalam sejarah politik Malaysia, semua bekas perdana menteri kecuali Tun Abdul Razak tidak lagi bersama UMNO selepas mereka berhenti menjadi perdana menteri.
Dalam kes Dr. Mahathir, tindakannya itu amat berkaitan dengan keyakinan ke atas kepimpinan Presiden UMNO dan perdana menteri ketika ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Banyak alasan yang dikemukakan oleh Dr. Mahathir berkisar pada kepimpinan. Beliau melihat pemimpin amat penting untuk mentadbir negara, bukannya diserahkan kepada anak dan menantu atau sahabat handai.
"UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk meyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara."
Ini kenyataan yang diluahkan oleh Dr. Mahathir untuk mengesahkan sebab-musabab untuk keluar dari UMNO. Baginya, UMNO ketika era Datuk Seri Abdullah bukannya berjuang untuk bangsa Melayu, agama Islam dan negara sebaliknya untuk keluarga dan sahabat handai yang berada di sekeliling pinggangnya. Alasannya mudah. Hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan negara seperti Proton, AP dan jambatan Malaysia-Singapura serta beberapa polisi lain telah berbeza daripada hala tuju asal dan berubah sama sekali.
Kepimpinan Datuk Seri Abdulah membawa bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP dalam pilihan raya umum yang lalu. Bagi Dr. Mahathir, kekalahan itu seharusnya menjadi tanggungjawab presiden parti, bukannya orang lain. Walaupun ada faktor lain yang menyebabkan perikatan kerajaan kalah di lima negeri, Dr. Mahathir tetap melihat kepimpinan Datuk Seri Abdullah sebagai punca segala-galanya. Prestasi kepimpinannya tidak lagi berkesan sehingga beliau menyifatkan "Datuk Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN."
Dr. Mahathir bersifat pejuang yang berani mengambil risiko. Beliau tidak akan mengambil sesuatu tindakan tanpa ada alasan yang kukuh. Justeru itu Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang sangat pintar. Untuk mengetahui bagaimana beliau mengambil sesuatu tindakan dengan beralasan, peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah contoh paling mudah dan berkesan.
Masyarakat umum melihat tindakan pemecatan tersebut adalah kerana perbuatan liwat dan rasuah. Namun ketika itu Malaysia sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi yang sangat parah.
Datuk Seri Anwar sebagai menteri kewangan berkuasa menentukan bentuk penyelesaian terbaik bagi menghadapi kegawatan ekonomi. Sebagai orang kuat IMF dan Bank Dunia, beliau menggunakan pendekatan yang dipakejkan oleh dua institusi berkenaan. Dalam tempoh tiga bulan pertama, pendekatan itu tidak menunjukkan tanda-tanda ekonomi akan pulih. Sebaliknya mata wang ringgit terus merosot.
Beliau terus meminta diberi masa bagi mengekang kegawatan dan menahan asakan pedagang mata wang asing.
Dr. Mahathir yang mulai gelisah dengan prestasi timbalannya agak keberatan untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar kerana antara kandungan pakej berkenaan ialah meletakkan Petronas dan PNB di bawah institusi yang mesti ditadbir oleh IMF.
Dr. Mahathir tidak dapat menerima idea berkenaan dan mula membuat tindakan. Mereka yang tidak sehaluan dengannya ditolak ke tepi termasuk Datuk Seri Anwar. Baginya, Petronas dan PNB adalah milik bangsa dan negara, tidak boleh ditukar beli dengan agensi asing yang hendak memusnahkan ekonomi dan sosial negara. Padanya tindakan Datuk Seri Anwar tidak boleh dibenarkan sama sekali.
Selepas itu, Dr. Mahathir memperkenalkan polisi ekonomi yang pro Malaysia dan beliau tidak peduli dengan kata orang.
Langkah pertama ialah menetapkan kawalan mata wang. Sebelum tindakan ini diambil, Singapura merupakan syurga kepada pelabur asing yang hendak menyelamatkan wang mereka. Jumlah wang yang dibawa keluar oleh mereka ini hampir RM200 bilion. Dr. Mahathir memohon dengan ihsan supaya wang berkenaan dapat dipulangkan ke Malaysia supaya ekonomi negara tidak terus menjunam. Tetapi konsep "bisnes adalah bisnes" yang diamalkan oleh kerajaan Singapura sangat menyukarkan dan hanya RM38 bilion yang dapat dikembalikan. Beliau sangat kecewa dan berfikir cara terbaik untuk mengajar Singapura dan mengembalikan wang berkenaan ke dalam negara.
Justeru, sebaik sahaja Datuk Seri Anwar dipecat, beliau memperkenalkan kawalan mata wang di mana ringgit yang diniagakan di luar negara tidak lagi sah diniagakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tindakan ini mengejutkan Singapura, para pelabur yang bertebaran di luar negara termasuk penyangak mata wang juga tersentak. Akhirnya, jumlah terkumpul wang ringgit ialah lebih kurang RM500 bilion iaitu satu jumlah yang sangat besar. Ia juga menunjukkan wang ringgit sangat diminati untuk diperdagangkan di luar negara.
Dengan wang yang banyak, bank-bank tempatan dapat memberi pinjaman, bantuan dan modal kepada peniaga. Ekonomi dapat dijana kembali dan menjadi semakin rancak. Dr. Mahathir menyeru rakyat Malaysia keluar berbelanja dan membeli-belah, pasar raya dan kedai diminta mengadakan kempen jualan murah supaya barang-barang dapat dibeli oleh pengguna.
Dengan cara ini, ekonomi domestik negara kurang mengalami tekanan kenaikan harga barang seperti yang berlaku di Indonesia dan Thailand. Rakyat Malaysia masih terus dapat hidup, makan dan berbelanja seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Tindakan Dr. Mahathir yang berani telah membantu Malaysia bebas daripada hutang. Ia juga menjadi pengajaran bahawa kepimpinan yang gagal membuat keputusan untuk kepentingan negara akan diketepikan secara paksa.
Apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir terhadap Datuk Seri Abdullah adalah jelas iaitu kepimpinan yang lemah. Kita tidak mengetahui dengan tepat apakah alasan sebenar kepimpinan tersebut. Sebaliknya kesan segera penerimaan oleh Majlis Tertinggi UMNO ke atas tindakan Dr. Mahathir ialah beliau tidak diperlukan lagi oleh parti itu.
Dr. Mahathir amat faham apa yang berlaku. Beliau dijangka tidak menubuhkan parti baru untuk menentang Presiden UMNO kerana bergerak melalui pertubuhan bukan kerajaan adalah lebih baik dan kosnya juga rendah. Penyokongnya juga ramai kerana ramai orang yang begitu menyanjungi keberanian beliau sama ada di dalam atau di arena antarabangsa.
Ketegasannya ke atas Israel sentiasa diingati. Semangat "Malaysia Boleh" akan terus menjadi pembakar semangat kepada setiap orang rakyat Malaysia yang berjuang untuk meraih kejayaan. Ideanya yang bernas ketika memberi ucapan atau menulis buku membuka minda dan ruang lingkup cara berfikir dengan meletakka kedaulatan negara sebagai keutamaan. Beliau juga tidak pernah dilihat melelapkan mata dalam sebarang majlis yang dihadirinya.
Berbanding Dr. Mahathir, Datuk Seri Abdullah amat berbeza.
Dr. Mahathir, memimpin Malaysia selama 22 tahun, beliau memecat Datuk Seri Anwar dan melantik Datuk Seri Abdullah sebagai pengganti, kini dia mungkin menyesal dengan keputusan yang dilakukannya enam tahun yang lalu.

No comments:
Post a Comment