Suatu hari selepas
solat, saya meminta anak saya membawakan telefon pintar untuk membaca al-quran.
Perkataan yang saya gunakan ialah mengaji.
Semasa saya menerima telefon
berkenaan, halaman surah yang saya ingin baca sudah terpampang di skrin. Saya
memandang anak saya, senyum, memujinya pandai dan mengucapkan terima kasih. Dia
juga tersenyum.
Anak ini berumur 22 bulan.
Memuji adalah belaian jiwa yang
menjadi makanan jiwa. Anak-anak yang sering dipuji akan membesar dengan keyakinan
dan keberanian, cepat belajar dan cenderung mengadaptasi nilai-nilai mulia.
Orang dewasa juga perlukan pujian.
Jika memuji dengan perkataan, pilihlah
perkataan yang tepat, sesuai dengan situasi dan ikhlas. Insya Allah pujian kita
akan diingati dan dihargai.
No comments:
Post a Comment