Sumber: star online |
Kadar kesuburan etnik Cina
di Malaysia menunjukkan trend penurunan. Pada tahun 2000, kelahiran adalah 2.6
bagi setiap wanita manakala pada tahun 2014 berada pada kadar 1.4. Statistik
yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia ini ada kaitan dengan banyak
isu membabitkan etnik Cina pada masa hadapan.
Dapatan ini selari dengan
trend penurunan kadar kesuburan etnik Cina di lima buah negara di Asia iaitu
Korea Selatan (1.25), Hong Kong (1.18) Taiwan (1.12), Macau (0.94) dan
Singapura (0.81).
Pertama, politik. Adakah
parti politik Cina akan bersatu mempertahankan kepentingan etnik itu di
Malaysia? Kini terdapat banyak parti politik yang memperjuangkan isu-isu etnik
itu dalam pelbagai bentuk. MCA bersama dengan kerajaan Barisan Nasional dilihat
tidak lagi berupaya menarik sokongan etnik Cina terhadap kerajaan berbanding DAP
yang semakin “kencang” meluaskan pengaruh dalam kalangan etnik Melayu dan Cina
serta menguasai kawasan bandar.
Di sebalik kemerosotan
pengundi Cina, apakah yang bakal berlaku kepada pengaruh dan kuasa politik
etnik Cina kelak? Ia bakal menjadi mimpi negeri apabila parti-parti Cina perlu
membuka keahlian kepada bukan Cina disebabkan bilangan etnik Cina semakin
berkurangan dalam tempoh 60 tahun akan datang.
Kedua, ekonomi. Lingkaran
ekonomi Malaysia, sama ada suka atau tidak, masih lagi didominasi etnik Cina.
Biar pun kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru sejak 46 tahun lalu, ekuiti
ekonomi etnik Cina masih besar. Namun keadaan pasti akan berubah dalam tempoh
lima dekad akan datang. Dengan kadar kesuburan yang merosot setiap tahun,
peratusan populasi etnik Cina akan menurun secara mendadak.
Pada tahun 1957, mereka
membentuk 38 peratus penduduk Malaysia, namun peratusan ini berkurangan kepada
24.6 peratus pada tahun 2010. Dalam tempoh 60 tahun, jumlah mereka turun
sebanyak 13.4 peratus. Malah dalam tempoh 60 tahun lagi, Cina akan menjadi
minoriti jika trend ini berterusan.
Ketiga, pendidikan. Adakah
sekolah vernakular Cina akan menjadi tontonan umum di muzium? Kemasukan pelajar
Cina ke sekolah-sekolah vernaklular telah berkurangan pada 483,852 pada 2014.
Empat tahun lalu jumlah ini ialah 539,621 orang. Jumlah yang rendah ini berkait
rapat dengan kadar kelahiran per 1000 populasi. Pada tahun 2013, kadar
kelahiran baru bagi wanita Cina hanya 4.9 berbanding India 6.1 dan bumiputera
15.6.
Oleh yang demikian,
sekolah-sekolah vernakular Cina mengalami defisit pelajar Cina sebaliknya
pelajar bukan Cina yang berminat ke sekolah itu meningkat. Pada tahun 2014,
jumlah mereka seramai 87,463 berbanding tahun 2010 seramai 72,443 orang.
Masa hadapan etnik Cina di
Malaysia terletak pada tangan mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment