1.0 Pengenalan
Masyarakat Malaysia terdiri daripada rakyat berbilang
kaum, bangsa dan agama. Setiap agama mempunyai makanan halal masing-masing.
Dalam prinsip makanan halal dalam agama Islam, Allah swt telah berfirman yang
bermaksud: “Diharamkan kamu memakan bangkai binatang, darah yang mengalir,
semua bahagian babi, binatang yang disembelih tetapi tidak menyebut nama Allah
swt dan binatang yang mati kerana tercekik, terpukul, terjatuh, ditanduk,
binatang yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat disembelih jika
masih kuat bernyawa”. (Surah al-Maidah, ayat 3). Akan tetapi, masyarakat bukan
Islam seperti masyarakat Buddha, Hindu dan lain juga memiliki konsep makanan
halal yang berbeza. Makanan halal merupakan aspek yang amat penting dalam agama
masing-masing. Hal ini demikian makanan yang dihalal akan mendatangkan manfaat
kepada tubuh badan kita manakala makanan yang diharamkan akan memudaratkan
kesihatan manusia.
Kebersihan dan mutu produk makanan halal di pasaran
Malaysia dijamin oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Logo “Halal”
boleh terdapat atas produk makanan yang halal. Islam mempunyai nilai dan
peraturan serta batas tersendiri dalam setiap urusan kehidupan termasuk soal
pemakanan. Pengambilan makanan bukan sahaja dinilai daripada aspek
keseimbangan, malahan aspek halal adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan.
Makanan merupakan satu daripada keperluan harian dalam kehidupan kita. Generasi
muda pada masa kini tidak menitikberatkan konsep makanan halal dalam
pengambilan makanan. Mereka hanya mengutamakan keenakan makanan dan abaikan konsep
makanan halal. Dengan ini, pelbagai usaha harus dijalankan untuk meningkatkan
kefahaman mereka terhadap makanan halal Islam.
1.1 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah mengetahui konsep makanan halal dalam Islam dan bukan
Islam, mengkaji kefahaman masyarakat bukan Islam terhadap makanan halal dan mencadangkan
usaha-usaha peningkatan kefahaman terhadap makanan halal.
2.0 Hasil Kajian
2.1 Konsep makanan
halal dalam masyarakat Islam
Dalam kamus fiqih mengatakan halal difahami sebagai
segala sesuatu yang boleh dikerjakan atau dimakan. Seterusnya, makanan halal
juga boleh dijelaskan dengan sesuatu bahan makanan yang suci dan baik di
samping tidak melanggari syariat Islam sewaktu mendapatkan dan menggunakannya.
Makanan yang halal selalunya dikaitkan dengan konsep ‘halalan toyyiban’.
Jelaslah bahawa Islam mewajibkan umatnya untuk memakan makanan yang halal lagi
baik serta makanan yang berkhasiat dan seimbang. Antara ciri-ciri makanan yang
halal menurut agama Islam ialah makanan dari jenis yang dihalalkan mengikut
hukum syarak. Selain itu, sumber perolehan makanan adalah dari sumber yang
halal bukan dari sumber yang haram. Bersih dan tidak memudaratkan kesihatan
tubuh badan. Manakala ciri-ciri makanan haram pula ialah makan yang boleh
memudaratkan jasmani dan rohani.
Justeru, makanan yang halal haruslah dalam keadaaan masih
elok dan baik untuk digunakan. Islam amat menitikberatkan umatnya agar memakan
makanan yang bersih bagi melindungi diri dari serangan penyakit , memelihara
kewarasan akal fikiran untuk berfikir (sihat jasmani dan rohani) serta
membentuk akhlak dan tingkah laku yang baik. Dalam aspek ibadat pula makanan,
minuman dan pakaian amat berkait rapat dengan ibadat kerana ibadat itu sendiri
bersifat suci maka jika apa yang dimakan adalah halal maka eloklah ibadatnya.
Islam mengharuskan umatnya makan makanan haram jika
berlakunya darurat dengan syarat hanya terdapat makanan dan minuman yang haram
pada ketika itu, makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa dan makan atau
minum tidaklah sampai kenyang. Hikmat rukhsah makan dan minum daripada sumber
haram ialah membuktikan ajaran Islam tidak membebankan malah memudahkan umatnya.
Seterusnya, menunjukan nyawa adalah amat berharga dalam Islam dan perlu
dipertahankan. Hikmat seterusnya ialah memberi kelonggaran ketika darurat
kepada umat Islam demi untuk menyelamatkan nyawa.
Konsep halal dalam Islam perlulah dipraktikkan oleh
umatnya agar tidak berlaku sebarang kesan keburukan yang tidak di ingini.
Kesimpulannya, konsep halal dalam Islam banyak menekankan tentang betapa
pentingnya kebersihan terhadap makanan yang dimakan serta kesan penjagaan
kewarasan jasmani dan rohani umatnya dalam melakukan ibadat dan aktiviti
harian.
2.2 Konsep makanan
halal dalam masyarakat bukan Islam
Terdapat tiga agama selain agama Islam di
Malaysia seperti Kristian, Hindu dan Buddha mempunyai konsep yang tersendiri
tentang makanan halal. Bagi penganut agama Kristian mazhab Roman Katolik,
mereka tidak dibenarkan memakan khinzir. Selain itu, haiwan yang berkuku belah,
bersela panjang, tidak memamah biak dan
juga ikan yang mempunyai sirip/sisik juga tidak dibenarkan. Bagi mazhab Sevent
Day Adventist pula tidak dibenarkan penggunaan alkohol, tembakau (rokok) atau
ubat-ubatan yang terlarang. Orang-orang Advent juga menghindari daripada
konsumsi kopi dan minuman yang mengandungi kafein.
Di samping itu, bagi agama Hindu atau
berbangsa India pula, mereka dilarang memakan lembu kerana mereka menganggap
lembu itu Tuhan mereka. Namun begitu, menurut ajaran Hindu Bali pula, makanan
yang diperbolehkan ialah makanan yang memiliki sifat kebaikan untuk
memperpanjang usia hidup, menyucikan kehidupan dan memberi kekuatan, kesihatan,
kebahagiaan dan kepuasan yang memiliki kandungan penuh sari, berlemak, bergizi
dan menyenangkan hati. Sementara itu, antara kriteria ataupun sifat serta
ciri-ciri makanan yang dilarang untuk dimakan ialah makanan yang terlalu pahit,
terlalu masam, panas sekali atau menyebabkan badan menjadi panas, terlalu
pedas, terlalu kering dan berisi banyak bumbu yang keras sekali yang disukai
oleh orang dalam sifat nafsu. Makanan ini dipercayai akan menyebabkan dukacita,
kesengsaraan dan penyakit.
Akhir sekali, bagi agama Buddha, hanya
bahan-bahan yang benar-benar suci, bersih dan berkhasiat dibenarkan untuk
dimakan, yang lain semuanya dilarang. Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang
pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut, burung dan
kehidupan-kehidupan yang lain. Di samping itu, agama Buddha hanya mengesyorkan
pengikutnya untuk makan sayur-sayuran berdaun, sayur-sayuran berbuah dan
buah-buahan yang bersih dan suci. Selain itu, penganut agama Buddha juga
mempunyai tumbuh-tumbuhan yang haram untuk dimakan. Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh
di bawah tanah seperti halia, bawang, bawang putih dan sebagainya dilarang
untuk dimakan oleh pengikut agama Buddha. Tumbuh-tumbuhan tersebut hanya perlu
dimakan oleh manusia yang makan daging supaya daging yang mereka makan dapat dicerna
dengan cepat.
2.3 Kefahaman
masyarakat bukan Islam terhadap makanan halal
Kajian ini telah melakukan temubual dengan empat
orang responden bukan Islam untuk mengkaji kefahaman mereka terhadap makanan
halal. Mereka terdiri daripada kaum Cina, India, Orang Asli, dan Iban.
Melalui temubual dengan responden, dapat
disimpulkan bahawa kebiasaan masyarakat bukan Islam mengetahui dan mendapatkan
maklumat berkenaan dengan makanan halal Islam melalui ahli keluarga, rakan
sebaya dan internet. Ahli keluarga merupakan orang yang terdekat kepada kita.
Dengan ini, ahli keluarga yang berpengetahuan tentang makanan halal Islam akan
menyampaikan maklumat tersebut kepada ahli keluarga lain. Sistem pendidikan di
Malaysia telah melibatkan pelajar yang berbilang kaum. Rakan sebaya yang
beragama Islam boleh memberi maklumat mengenai makanan halal Islam kepada
pelajar yang bukan Islam. Internet pula muncul sebagai sumber yang paling
popular untuk mencari maklumat. Oleh itu, generasi kini banyak mendapatkan
maklumat yang berkaitan dengan makanan halal Islam melalui sumber internet.
Selain itu, didapati bahawa masyarakat bukan
Islam mempunyai kefahaman bahawa makanan halal Islam merupakan makanan yang
dibenarkan, suci dan bersih untuk dimakan melalui temubual dengan responden. Sebenarnya
dalam konteks Islam, makanan yang tidak mengandungi apa-apa bahagian dari
binatang yang dilarang dalam hukum syarak seperti khinzir boleh dikatakan
sebagai makanan halal dalam Islam.
Di samping itu, masyarakat bukan Islam dapat
mengenal pasti bahawa produk makanan dalam pasaran halal ataupun tidak melalui
logo Jakim. Kebiasaan produk makanan dan minuman dalam pasaran Malaysia
mempunyai logo Jakim supaya boleh dibeli oleh pengguna yang beragama Islam atau
bukan Islam.
Keempat-empat responden dalam temubual terdiri
daripada kaum yang berbeza dan mempunyai agama masing-masing. Melalui temubual
tersebut telah mendapati bahawa agama Buddha dan agama Hindu juga mempunyai
makanan yang dihalalkan dan diharamkan. Dalam agama Buddha, daging lembu telah
diharamkan untuk diambil kerana binatang lembu telah menyumbang besar dalam bidang pertanian pada
zaman dahulu dan ramai penganut Buddha tidak akan makan daging lembu. Dalam
agama Hindu pula penganut Hindu menganggap lembu sebagai Tuhan mereka dan juga
muncul sebagai makanan yang dilarang makan dalam agama mereka. Selain lembu,
minuman seperti arak juga diharam dalam agama Hindu kerana akan memudaratkan
manusia.
2.4 Usaha-usaha
peningkatan kefahaman terhadap makanan halal
Berdasarkan laporan yang telah dikemukakan,
usaha yang boleh dijalankan bagi meningkatkan kefahaman terhadap makanan halal
dalam kalangan masyarakat telah diringkaskan secara terperinci. Terdapat empat
usaha yang dikemukakan iaitu dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran,
mengetatkan undang-undang khusus terhadap makanan halal, keperluan pendidikan
dan menerbitkan buku-buku tentang kefahaman sebenar produk-produk makanan halal
di pasaran. Setiap usaha ini mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan kefahaman
dan kesedaran kepada pengguna tentang kepentingan dan ciri-ciri makanan halal.
Pengambilan makanan halal dan bersih dalam kehidupan seharian amat penting.
Oleh itu setiap anggota masyarakat harus bijak dalam membezakan antara makanan yang halal atau makanan
yang meragukan. Oleh itu kempen-kempen yang dijalankan dapat membantu
menyedarkan masyarakat tentang produk-produk makanan yang ada di pasaran yang
telah secara sah mendapat pengesahan dan diiktiraf oleh Jakim. Terdapat juga
sesetengah produk yang menggunakan logo palsu yang berjaya memasuki pasaran
melalui pihak yang tidak bertanggungjawab. Hal ini terjadi kerana kurangnya
kefahaman tentang status makanan halal.
Selain itu juga, usaha mengetatkan
undang-undang terhadap makanan halal dapat membendung masalah penggunaan logo
halal palsu secara berleluasa. Undang- undang yang dijalankan adalah bertujuan
bagi memastikan setiap syarikat yang mengeluarkan makanan halal mestilah
mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan. Bagi mengukuhkan lagi
kefahaman dan kesedaran tentang produk makanan halal dalam kalangan masyarakat,
keperluan pendidikan ditawarkan di Malaysia. Pelbagai institusi yang menawarkan
pendidikan latihan halal sama ada di peringkat badan bukan berkanun, institusi
latihan swasta dan institusi pendidikan di universiti telah diwujudkan. Tujuan
institusi-institusi ini ditubuhkan adalah bagi membantu menyediakan kefahaman,
pendidikan dan kesedaran halal kepada pengguna dan pengguna industri halal.
Pendidikan ini lebih tertumpu untuk generasi muda supaya dapat mendidik mereka
dengan lebih awal dan cepat.
Usaha keempat yang juga amat penting untuk
meningkatkan kefahaman tentang makanan halal adalah dengan menerbitkan
buku-buku tentang kefahaman sebenar produk-produk makanan halal di pasaran. Isu
kesucian sesuatu produk atau perkhidmatan adalah sensitif kepada masyarakat
islam. Bagi orang islam, sebarang isu berkaitan dengan persoalan halal dan
haram perlu diberi perhatian. Dengan menerbitkan buku-buku sebegini, ianya
dapat memberikan input-input yang lebih terperinci dari setiap aspek yang
berkaitan dengan status produk halal. Oleh itu, dengan usaha ini, ianya mampu
membantu pengguna untuk membuat pilihan yang lebih bijak.
3.0 Rumusan
Kesimpulannya, terdapat pelbagai perbezaan
pendapat tentang makanan halal dalam masyarakat bukan Islam dan masyarakat
Islam. Bagi masyarakat bukan Islam, makanan halal dikategorikan mengikut
kepercayaan agama dianuti seperti Hindu, Buddha dan Kristian. Manakala makanan
halal bagi masyarakat Islam pula dirujuk oleh hukum yang telah ditetapkan oleh
syarak. Banyak perbezaan yang didapati jika dibandingkan antara konsep halal
dalam Islam dan bukan Islam.
Dalam Islam makanan halal dan berkhasiat (halalan
toyyiban) amat penting dalam kehidupan manusia untuk membentuk peribadi
diri seseorang. Makanan yang halal juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap
perkembangan jasmani dan rohani. Jika elok apa yang dimakan maka eloklah sikap
manusia itu. Seterusnya bukan sahaja masyarakat Islam malahan masyarakat bukan
Islam juga mempunyai makanan halal mereka yang tersendiri mengikut kepercayaan
agama masing-masing. Contohnya seperti agama Hindu yang mempercayai lembu
adalah tuhan mereka. Untuk masyarakat Islam pula makanan halal harus ditinjau
dari segala aspek cara mendapatkan dan kandungan bahan yang terdapat dalam
makanan tersebut agar tidak mencemari tubuh badan seseorang individu.
Akhirnya, setiap masyarakat mempunyai persepsi
yang tersendiri tentang makanan halal haram. Ini menunjukkan bahawa sesetengah
pengguna tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang status makanan dan halal
yang sebenar. Oleh itu, kerajaan dan pihak berkuasa Jakim
haruslah mengambil langkah bagi membantu meningkatkan pengetahuan
pengguna tentang makanan halal dan haram
menerusi kempen, media massa dan media elektronik.
Rujukan
Noraini Haji Idris. (2007). Malaysia ke
arah hab makanan halal dunia. Selangor: Dawama Sdn.Bhd.
Nor Aini Ramlan. (2000). Halal Haram.
Selangor: Pustaka Ilmi.
Saadan Man, Zainal Abidin Yahya. (2014).
Halalkah makanan kita? Selangor: PTS Islamika Sdn.Bhd.
Yusuf Qardhawi. (2003). Halal dan haram
dalam Islam. Indonesia: PT Bina Ilmu Surabaya.
http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/makanan-halal-untuk-umat-islam-1.292364
http://zahirzainudin.blogspot.my/search?q=makanan+halal
https://prezi.com/aeeq1whzbqyj/pemakanan-halal-dan-haram-setiap-agama/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_pemakanan_Islam
http://www.slideshare.net/SitiNadzirahSupar/makanan-halal-menurut-islam
MZ Zainudin, Nur
Syazila Hamzah, Nur Amirah Bahari, Syafiqah Nordin, Yap Chui Xian
No comments:
Post a Comment