Kita bersyukur
apabila mendapat sesuatu yang telah lama kita minta ataupun kita idamkan. Kita
meminta dalam doa, kita usahakan dan akhirnya dapat.
Contohnya seorang pelajar
hendak sangat belajar ke luar negara. Beliau pun berdoa setiap hari, pastikan
setiap mata pelajaran mendapat gred terbaik dan sentiasa mendorong diri dengan
cerita-cerita menarik tentang belajar di luar negara.
Ada pelajar yang
bersyukur sungguh-sungguh kerana dapat belajar di universiti dalam negara.
Saya
ingat di negara kita peluang terbuka luas dan kerajaan tidak henti-henti
memberi bantuan, galakan dan sokongan dalam pelbagai bentuk.
Di negara lain,
ada yang bersyukur sangat-sangat hanya kerana dapat masuk ke dalam kelas atau
bilik darjah untuk belajar menulis, membaca dan mengira.
Di mana-mana kedudukan
kita, belajar untuk sentiasa bersyukur.
No comments:
Post a Comment