Penulis: Adam Lashinsky
Tahun: 2012
Penerbit: Busines Plus, New York, USA.
Muka Surat: 223
Semasa Tim Cook ditanya oleh Wall Street bagaimana proses perancangan di Apple Inc bergerak, beliau menjawab, 'Saya tidak mahu orang lain tahu bagaimana magik kami kerana saya tidak mahu sesiapa meniru kami'.
Cook merupakan sebahagian daripada pemikir hebat dalam dunia bisnes. Produk Apple dan pengasasnya, Steve Jobs menjadi terkenal seluruh dunia tetapi amat sedikit yang mengetahui apa yang berlaku di dalam ibu pejabat mereka di Cupertino, California...
...hingga sekarang.
Buku ini penuh dengan idea, pembuka mata tentang apa yang eksekutif Apple panggil 'sos rahsia' dalam sistem, taktik dan strategi pengurusan yang melahirkan kekuatan demi kekuatan yang menjadi inspirasi seperti yang dihasilkan pada Macs, iPods, iPhones dan iPads.
Dalam inovasi dan pengurusan, Adam Lashinsky iaitu salah seorang wartawan yang membuat liputan di Lembah Silikon, memperkenalkan pembaca pada amalan di Apple seperti DRI dan Top 100.
Berdasarkan siri temubual, buku ini menawarkan maklumat baru yang eksklusif tentang bagaimana Apple menggunakan rahsia, tanggungjawab dan struktur pengurusan yang aneh untuk memastikan ia menjadi sebuah syarikat awam yang paling bernilai.
Dalam buku ini Lashinsky menunjukkan bagaimana kejayaan Apple telah digunakan dalam sekolah perniagaan utama pada hari ini.
No comments:
Post a Comment