Laluan hidup dan
suasana yang dilalui oleh setiap orang berbeza-beza tetapi semuanya mahukan
kehidupan yang harmoni, senang dan bahagia. Ada yang dapat merasai hidup
seperti ini mengikut latar belakang dan kerjaya masing-masing.
Cabaran dan
masalah pun sama iaitu berdasarkan sejauh mana tanggungjawab dan peranan
masing-masing. Ada masa kita dapat melalui susah payah dengan agak mudah dan
ada kalanya susah dan gagal sama sekali.
Contoh mudah ialah ada rakan-rakan
kita berjaya mendapat kerja dengan sekali temu duga, ada yang dua tiga kali dan
ada yang tidak pernah berjaya.
Semua ini adalah lumrah.
Untuk mengelak dari
menghadapi tekanan atau emosi tidak stabil, dari semasa ke semasa kita kenalah
sentiasa mendorong kekuatan diri, dapatkan sokongan orang lain dan terus
berdoa.
No comments:
Post a Comment