1.0 Pengenalan
Agama Islam yang lahir di Semenanjung Tanah Arab telah
tersebar ke merata dunia merangkumi sebahagian Eropah, Asia Selatan, Asia Timur
dan Asia Tenggara. Kedudukan Asia Tenggara yang terletak di tengah-tengah
perjalanan di antara timur dan barat telah membolehkannya menjadi sebuah
wilayah terbuka yang dikunjungi oleh pedagang dari serata dunia sejak awal abad
masihi lagi. Kehadiran Islam di rantau ini turut memperlihatkan pembabitan
pedagang Islam dalam perdagangan di wilayah ini sejak dahulu lagi. Pedagang
Islam telah berdagang di pelabuhan seperti Perlak, Pasai, Acheh, Pattani dan
Brunei. Di Tanah Melayu, Melaka telah menjadi pusat perdagangan utama. Kedah,
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor
juga merupakan pusat penting sama ada pusat perdagangan mahupun sebagai pusat
perkembangan Islam. Pertapakan Islam di Tanah Melayu telah mula pada sekitar
abad ke-13 ke abad-14. Walau bagaimanapun, pengaruhnya dalam politik, ekonomi,
sosial hanya menjadi lebih ketara dan mantap teras penting kepada ekonomi,
sosial, dan politik negara. Melaka telah menjadi pusat penyebaran Islam yang
penting di Alam Melayu. Peranan ini telah dilakukan melalui perluasan kuasa,
perkahwinan, pendidikan dan kegiatan intelektual.
1.1 Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini adalah mengetahui pengaruh
Islam dalam masyarakat Melayu, mengenal pasti pengaruh Islam dalam pemikiran
masyarakat Melayu dan mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan
masyarakat Melayu terhadap kehidupan.
2.0 Sorotan Literatur
Pengaruh Islam terhadap masyarakat Melayu banyak memberi
kesan sehingga ke hari ini. Ianya memberi impak yang besar terhadap beberapa
perkara antaranya politik, sosial dan ekonomi. Terdapat beberapa kajian yang
mengemukakan pendapat dan pandangan dari pelbagai pihak antaranya sejarahwan, pihak
organisasi badan kerajaan dan bukan kerajaan. Literatur ini bertujuan
memperlihatkan kajian-kajian dahulu.
Terdapat beberapa kajian tentang pengaruh Islam terhadap
masyarakat Melayu. Kajian lepas dari buku sejarah tingkatan empat menunjukkan
teori kedatangan Islam. Antaranya teori kedatangan Islam secara langsung
dari Tanah Arab iaitu pada zaman
pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid seramai 100 orang mubaligh telah
berlayar ke Nusantara untuk menyebarkan Islam.Teori kedatangan Islam melalui
China pula tersebar pada zaman khalifah Uthmaniah.Teori kedatangan Islam
melalui India pula adalah disebabkan faktor perdagangan antara Gujeratdan Nusantara.
Kajian juga mendapati
pengaruh Islam telah banyak membawa perubahan terhadap Tanah Melayu
amnya dah masyarakat Melayu khususnya. Dari segi politik kedatangan Islam telah membawa perubahan yang radikal sehingga
membawa kemunculan “zaman baru” di Alam Melayu.
Kajian tentang pengaruh
Islam dalam bidang sosial pula didapati tidak berlaku secara keseluruhannya
tetapi masih memberi sedikit impak contohnya Wertheim berpendapat bahawa
kedatangan Islam telah menjadikan golongan bawahan mulai berasa diri mereka
dihargai seperti golongan lain. Nilai sosialnya tidak sama dengan ajaran hindu
yang mempunyai pelbagai kasta dan kedudukan. Walaupun begitu, struktur sosialnya
tidak banyak menerima perubahan kerana organisasi sosial seperti negara kota
dan corak pemerintahan feudal masih kekal.
Kajian tentang kesan
kedatangan Islam dalam bidang kesenian pula telah dibuktikan oleh para
sejarahwan. Antara bukti yang dapat dikesan adalah pada batu-batu nisan, binaan-binaan,
masjid dan perhiasan seperti seni khat dan sebagainya. Secara umumnya, pada
makam atau batu nisan tersebut tulisan dan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat
Al-Quran serta ajaran-ajaran Islam juga angka-angka Arab telah tertera dan
menunjukkan pengaruh Islam terhadap kesenian Tanah Melayu.
Juateru dapat rumuskan bahawa pengaruh Islam terhadap masyarakat Melayu telah berkembang sejak berkurun
dahulu. Ianya telah memberi kesan terhadap pelbagai aspek terutamanya melibatkan
masyarakat Melayu antaranya pemakaian, pemikiran dan gaya hidup. Beberapa
kajian sebelum ini juga telah membuktikan tentang perkara ini.
3.0 Metodologi
Dalam mendapatkan informasi dan maklumat yang tepat
tentang kajian ini, beberapa alternatif telah dilakukan. Hampir keseluruhan
bahan kajian telah diambil daripada
internet merangkumi tajuk-tajuk yang asas sehingga yang lebih mendalam.
Seterusnya ada beberapa buku digunakan dalam menyiapkan kertas kerja ini
sebagai maklumat untuk memahami pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu.
Bagi memperoleh dapatan kajian yang lebih tepat, borang
soal selidik telah dibentuk berpandukan kepada tujuan dan matlamat kajian.
Selain itu, borang soal selidik ini juga dibentuk agar dapat menjawab
persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan.
Borang soal selidik ini dikemukan kepada 30 orang secara
rawak berdasarkan keterbukaan responden untuk menerima dan sudi bekerjasama.
Responden yang menjawab borang soal selidik ini dalam kalangan pelajar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang terdiri daripada Fakulti Kejuruteraan
Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, Fakulti
Kejuruteraan Elektronik, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Fakulti
Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan.
4.0 Hasil Kajian
Ini mengenai tentang hasil analisis data yang telah
diperolehi dalam soal selidik yang telah dijalankan.
Rajah 1: Jantina responden
Berdasarkan Rajah 1, daripada seramai 30 responden,
jumlah lelaki ialah 14 orang yang mewakili 34% dan jumlah perempuan adalah 16
orang yang mana mewakili 66%.
Rajah 2: Agama yang dianuti responden
Berdasarkan Rajah 2, sebanyak 14 orang atau 46% yang
beragama Islam manakala 11 orang atau 37% yang beragama Buddha daripada seramai
30 responden. Selain itu, terdapat tiga orang dengan peratusannya 10% yang
beragama Hindu dan dua orang dengan peratusan sebanyak 7% yang beragama
Kristian.
Rajah 3: Bangsa responden
Berdasarkan Rajah 3, daripada seramai 30 responden
terdapat 14 orang Melayu dengan peratusannya 47%, 12 orang Cina atau 40%, tiga
orang India dengan 10% dan terdapat 1 bangsa lain-lain dengan peratusannya 3%.
Rajah 4: Fakulti responden
Berdasarkan Rajah 4, terdapat lima orang (36%) dari FTMK,
7 orang (18%) dari FKEKK, 3 orang (7%) dari FKE, dua orang (5%) dari fakulti
FKP, lima orang (13%) dari FPTT, tiga orang (8%) dari FKM dan terdapat lima
orang (13%) dari FTK daripada 30 orang responden.
Rajah 5: Masyarakat Melayu berpakaian menutup aurat
sejajar dengan pengaruh Islam.
Berdasarkan Rajah 5, daripada 30 responden sebanyak lapan
orang atau 26.67% mempunyai pendapat sangat setuju, setuju dan tidak pasti
terhadap masyarakat Melayu berpakaian menutup aurat sejajar dengan pengaruh
Islam manakala, tiga orang atau 10% mempunyai pendapat dalam tidak setuju dan
sangat tidak setuju.
Rajah 6: Masyarakat Melayu mengamalkan adab dan
tatatertib keislaman.
Berdasarkan Rajah 6, sebanyak enam orang dengan
peratusannya 20% berpendapat sangat setuju terhadap masyarakat Melayu
mengamalkan adab dan tatatertib keislaman. Manakala, terdapat majoriti iaitu 11
orang atau 36.67% mempunyai pendapat setuju. Terdapat juga sembilan orang atau
30% tidak pasti dalam tentang penyataan
ini. Selain itu, juga terdapat tiga orang atau 10% berpendapat tidak setuju dan
sangat tidak setuju.
Rajah 7: Budaya tolong-menolong dan gotong-royong menjadi
amalan masyarakat Melayu.
Berdasarkan Rajah 7, sebanyak lima orang atau 16.67%
mempunyai pendapat sangat setuju terhadap budaya tolong-menolong dan
gotong-royong menjadi amalan masyarakat Melayu. Manakala, terdapat majoriti iaitu 17 orang atau 56.67% mempunyai
pendapat setuju. Terdapat juga tujuh orang dengan peratusannya 23.33% tidak pasti dalam tentang penyataan ini.
Selain itu, juga terdapat seorang atau 3.33% berpendapat tidak setuju.
Rajah 8: Undang-undang semakin adil dan saksama yang disebabkan
banyak mengikut dari pengaruh Islam.
Berdasarkan Rajah 8, sebanyak tiga orang atau 10%
mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap undang-undang semakin adil dan
saksama yang disebabkan banyak mengikut dari pengaruh Islam. Manakala, terdapat
10 orang atau 33.33% mempunyai pendapat dalam setuju. Terdapat juga lebih
banyak orang iaitu 11 orang atau 36.67%
tidak pasti dalam tentang penyataan ini. Selain itu, juga terdapat lima
orang atau 16.67% berpendapat tidak setuju. Di samping itu, terdapat seorang
atau 3.33% sangat tidak setuju dalam penyataan ini.
Rajah 9: Semakin banyak madrasah dan sekolah pondok
ditubuhkan sama seperti pengaruh Islam menjadikannya pusat pendidikan.
Berdasarkan Rajah 9, sebanyak lima orang atau 16.67% mempunyai
pendapat sangat setuju terhadap semakin banyak madrasah dan sekolah pondok
ditubuhkan sama seperti pengaruh Islam menjadikannya pusat pendidikan.
Manakala, terdapat 10 orang atau 30% mempunyai pendapat setuju. Terdapat
majoriti 12 orang atau 40% tidak
pasti tentang penyataan ini. Selain itu,
juga terdapat tiga orang atau 10% berpendapat tidak setuju.
Rajah 10: Masyarakat Melayu cenderung menjadikan
tokoh-tokoh Islam sebagai rujukan.
Berdasarkan Rajah 10, sebanyak empat orang atau 13.33%
mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap masyarakat Melayu cenderung menjadikan tokoh-tokoh Islam sebagai
rujukan. Manakala, terdapat 9 orang atau 30% mempunyai pendapat dalam setuju.
Terdapat juga 15 orang atau 50% tidak
pasti dalam tentang masalah ini. Selain itu, juga terdapat dua orang atau 6.67%
berpendapat tidak setuju.
Rajah 11: Orang Islam negara lain yang berlainan di
negara Malaysia menjadi punca juga pengaruh Islam tersebar.
Berdasarkan Rajah 11, sebanyak lima orang atau 16.67%
mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap orang Islam negara lain yang
berlainan di negara Malaysia menjadi punca juga pengaruh Islam tersebar.
Manakala, terdapat 14 orang atau 46.67% mempunyai pendapat dalam setuju.
Terdapat juga sembilan orang atau 30%
tidak pasti dalam tentang masalah ini. Selain itu, juga terdapat dua
orang atau 6.67% berpendapat tidak setuju.
Rajah 12: Keadaan di negara-negara Arab mempengaruhi
pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan.
Berdasarkan Rajah 12, sebanyak dua orang atau 6.67%
mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap keadaan di negara-negara Arab
mempengaruhi pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan. Manakala, terdapat
lima orang atau 16.67% mempunyai pendapat dalam setuju. Terdapat juga 21 orang
atau 70% tidak pasti dalam tentang
masalah ini. Selain itu, juga terdapat dua orang atau 6.67% berpendapat tidak
setuju.
Rajah 13 : Pengaruh Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu
banyak mempengaruhi paradigm masyarakat Melayu.
Berdasarkan Rajah 13, sebanyak enam orang atau 20%
mempunyai pendapat dalam sangat setuju terhadap Pengaruh Bahasa Arab dalam
Bahasa Melayu banyak mempengaruhi paradigm masyarakat Melayu. Manakala,
terdapat 10 orang atau 33.33% mempunyai pendapat dalam setuju. Terdapat juga 12
orang atau 40% tidak pasti dalam tentang
masalah ini. Selain itu, juga terdapat dua orang atau 6.67% berpendapat tidak
setuju.
5.0 Kesimpulan
Bedasarkan kajian yang telah dilakukan, kedatangan Islam
ke Tanah Melayu jelas telah membawa pengaruh yang cukup besar kepada masyarakat
Melayu. Islam yang tersebar ke seluruh Tanah Melayu melalui beberapa faktor
telah berjaya merubah kepercayaan, pemikiran dan cara hidup orang-orang Melayu
sehingga membentuk satu peradaban Melayu yang berbeza dengan sebelumnya.
Pengaruh Islam ini terus berkembang dengan baik dalam tempoh yang agak lama.
Namun begitu pengaruh Islam telah terjejas apabila pihak Barat datang menjajah
terutama penjajah British atau Inggeris yang telah berjaya mencampuri urusan
hal-ehwal orang-orang Melayu dengan memperkenalkan dasar-dasar Barat menerusi
sistem residen. Akibatnya nilai-nilai tradisi dan agama Islam yang mewarnai
politik, perundangan, ekonomi dan pendidikan dalam masyarakat Melayu semakin
terhakis dan terpisah.
Walaupun penjajahan Inggeris telah menjejaskan pengaruh
Islam dan membantutkan perkembangannya dalam pelbagai aspek, namun dari aspek
kepercayaan dan pegangan akidah orang-orang Melayu tidak terjejas dan tetap
dipertahankan. Akidah Islam yang sudah tertanam dalam diri dan sebati dengan
jiwa orang Melayu sejak sekian lama telah membangkitkan kesedaran dan semangat
di kalangan mereka untuk berjuang menentang penjajahan Barat ini sehinggalah
membawa kepada kemerdekaan tanahair pada tahun 1957. Selepas mencapai kemerdekaan, pengaruh dan
perkembangan Islam kembali mewarnai peradaban Malaysia.
Cadangan yang boleh diberikan adalah undang-undang Islam
diterapkan sistem perundangan seperti dalam Undang-undang 99 Perak berkaitan
dengan perkahwinan, penceraian, penzinaan dan lain-lain. Selain itu, Sultan
bertanggungjawab memerintah dengan adil berpandukan Al-Quran dan hadis.
Pemikiran orang Melayu mula dipengaruhi oleh persoalan-persoalan hukum syarak.
Dalam melakukan sesuatu perkara orang Melayu akan memikirkan sama ada sesuatu
itu haram, halal, wajib, sunat, harus, makruh, fardu a’in, fardu kifayah dan sebagainya.
Pengaruh seni khat atau kaligrafi menjadi hiasan utama di masjid dan madrasah.
Rujukan
Abdul Rahman Haji
Abdullah. (1984). Sejarah Dan Pemikiran Islam. Damansara Utama: Penerbitan Pena.
Abdul Rahman Haji
Abdullah. (2000). Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara: Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Abdullah Ishak. (1990). Islam
Di Nusantara (Khususnya Di Tanah Melayu). Petaling Jaya: Al-Rahmaniah.
Ahmad Mohamad Ibrahim.
(1986). Sistem Undang-undang Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Dasuki Haji Ahmad. (1986).
Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Musa, ”Konsep,
Latar Belakang dan Pandangan Semesta Masyarakat Melayu”, dalam Tamadun Islam
Dan Tamadun Asia. (2004). Cetakan ke Empat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Kassim Thukiman. (2002). Malaysia:
Perspektif, Sejarah Dan Politik. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.
Mahayudin Haji Yahaya.
(1998). Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Zaki Badawi.
(1962). Latar belakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di Tanah Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
MZ Zainudin, Majidah
Mahadhir, Chong
See Yee, Ling Sui Voon, Tan Zhen Yee, Nurfarihatul Jannah Abu Bakar, Nor
Hamizah Hamza
No comments:
Post a Comment