Thursday, December 29, 2016

Perubahan kemahiran tahun 2020







Kebanyakan sekolah di seluruh dunia kerapkali dikritik di atas kegagalan menyediakan pelajar untuk memenuhi pasaran kerja dan menguruskan kehidupan. Namun, perkembangan bidang sains, sosial dan teknologi menyebabkan pekerjaan masa hadapan pelajar menjadi perhatian semua pihak.

Bagi mengiktiraf ketentuan masa hadapan, pengkritik mencadangkan para pendidik perlu memberi tumpuan kepada menambah baik inovasi pelajar. Membaiki inovasi bermaksud usaha-usaha mendidik pelajar menjadi inovatif kepada memperkenalkan pendidikan inovasi bagi meningkatkan kaedah pembelajaran pelajar.

Bagaimanapun usaha yang meluas dan berbeza adalah tanggungjawab pendidik tradisional iaitu mengajar pelajar untuk menganalisis, memberi alasan dan mempamerkan diri mereka dengan jelas. Dalam erti kata lain adalah pemikiran kritikal yang digabungkan dengan kepintaran emosi dan minda untuk berhadapan dengan ketaktentuan.

Dalam usaha mendidik pelajar sebagai persediaan bekerja dalam bidang pekerjaan yang tidak wujud, kita wajar melengkapkan mereka dengan kemahiran bertanya soalan yang betul, menganalisis jawapan yang diterima dengan cara mengenal pasti dan menjangkakan soalan serta menyediakan formula kepada soal jawab. Melalui cara ini, pelajar dibantu untuk menjana minda terbuka, keinginan untuk mengetahui dan ketangkasan berfikir. Perbezaan kemahiran tahun 2015 dan tahun 2020 adalah seperti berikut.

2015

1. penyelesaian masalah yang kompleks
2. bergandingan dengan orang lain
3. pengurusan perorangan
4. pemikiran kritikal
5. perundingan
6. kawalan kualiti
7. orientasi perkhidmatan
8. pertimbangan dan membuat keputusan
9. pendengaran aktif
10. kreativiti

2020

1. penyelesaian masalah yang kompleks
2. pemikiran kritikal
3. kreativiti
4. pengurusan perorangan
5. pengalaman bersama orang lain
6. kepintaran emosi
7. pertimbangan dan membuat keputusan
8. orientasi perkhidmatan
9. perundingan
10. fleksibiliti kognitif

May Lee, dekan Sekolah Keusahawanan dan Pengurusan Shanghai Tech University berkongsi kaedah pengajaran pemikiran kepada pelajarnya. Mereka menggunakan kaedah pemikiran reka bina sebagai satu konsep dalam reka bentuk untuk diguna pakai dalam amsalah bukan reka bina. Empat langkah untuk menggunakan konsep ini.

Pertama, kenal pasti isu atau masalah yang perlukan penyelesaian.

Kedua, banyakkan kajian dan penerokaan serta kumpulkan sebanyak mungkin data yang berwibawa melalui temu bual, pemerhatian dan eksperimen. Penerokaan ini perlu dibuat secara terbuka supaya sifat prejudis dan sangkaan dapat diminimumkan. Melalui kaedah ini, pelajar dapat memungut idea baru pada tahap seterusnya.

Ketiga, membingkai semula idea atau isu. Pelajar merangka semula masalah teras yang berbeza sama sekali daripada masalah asal. Cara ini memberi pengalaman pembelajaran yang hebat kepada pelajar.

Keempat, pelajar diminta menjana sebanyak mungkin penyelesaian yang munasabah untuk membingkai semula masalah sebagai satu cara memperkenalkan idea yang mana dalam banyak kes melibatkan cara untuk melengkapkan tugasan.

Teknologi memberi cabaran dan penyelesaian terhadap kehidupan kita. Namun teknologi bukanlah pengganti kepada pengalaman kemanusiaan. Teknologi menjadi hebat apabila ia menjadi pelengkap dan menambah nilai kepada kemanusiaan.

Teknologi tidak lagi bernilai jika tidak dapat memberi idea dalam kehidupan manusia. Kebanyakan pelajar kita memberi tumpuan kepada perkara-perkara kecil terhadap pengalaman kemanusiaan. Melalui latihan dan soalan untuk menyelesaikan masalah sebenar hidup, kita harap dapat mengisi jurang ini.

Post a Comment