Monday, March 07, 2016

Mengurus perubahan sikap








Sikap merupakan tingkah laku yang lahir daripada pemikiran dan emosi. Sikap juga dikatakan sebagai sekumpulan perlakuan atau perangai yang dipamerkan. 

Sikap boleh jadi positif atau negatif dan perubahan sikap sangat penting kerana menentukan kejayaan atau kegagalan. Jika sikap negatif tidak diubah, sukar untuk berjaya. 

Contohnya keinginan hendak menurunkan berat badan. Sifirnya ialah berat badan boleh naik atau turun. Turunkan berat badan perlu ada disiplin diri yang terurus. Kurang makan, bersenam, cukup tidur dan bangun awal adalah antara pengurusan sikap yang berkesan untuk mengurangkan berat badan. 

Positif terhadap usaha ini akan mendorong seseorang bertindak sesuai dengan minat dan kemampuannya. Perlakuan yang positif dan cara fikir yang berkesan boleh membantu ke arah pembentukan sikap yang lebih baik.


No comments:

Post a Comment