Tuesday, March 22, 2016

Perpaduan kaum di sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan








1.0       Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia semasa zaman pemerintahan British lagi (sebelum kemerdekaan) telah mengamalkan sistem pendidikan vernakular yang berpaksikan pada kaum masing-masing serta bahan pendidikan yang banyak bersumberkan pada rujukan negara serta bangsa masing-masing. Sistem pendidikan yang wujud pada masa pemerintahan British mempunyai empat sistem persekolahan utama iaitu sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris. Selepas zaman kemerdekaan, sistem pendidikan ini telah ditukar kepada sistem yang telah dirangka oleh Penyata Razak. Maka, lahirlah sistem sekolah kebangsaan yang menggabungkan semua bangsa di Malaysia namun masih dimonopoli oleh pelajar Melayu serta penubuhan sekolah vernakular Cina dan India yang dimonopoli oleh bangsa masing-masing dan juga menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Timbul isu yang telah dikemukakan oleh para pemimpin dan sesetengah pihak yang memberi cadangan untuk menutup sekolah vernakular dan memasukkan semua pelajar ke dalam satu sekolah serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Isu ini telah mendapat reaksi yang berbeza daripada pelbagai pihak, khususnya kepada kaum yang terlibat serta seluruh rakyat Malaysia amnya.


1.1       Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah mengkaji sejarah kewujudan sekolah vernakular, menganalisis kebaikan dan kelemahan antara sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan dan mengenal pasti faktor-faktor isu pemansuhan sekolah vernakular

1.2       Kepentingan Kajian

Kajian ini akan memberi penerangan yang jelas kepada masyarakat mengenai konsep sistem pendidikan sekolah vernakular.


2.0       Sorotan Literatur

2.1       Sejarah Kewujudan Sekolah


Sekolah Vernakular Melayu

Pada zaman penjajah, sekolah agama atau madrasah terus befungsi tanpa sebarang campur tangan. Hal ini kerana, pihak British tidak ingin mencampur tangan dalam hal ehwal agama dan adat-resam orang Melayu. Namun setelah pihak British sedar bahawa sekolah ini memainkan peranan penting dalam peningkatan pemikiran masyarakat Melayu, mereka mula meminggirkan pendidikan Islam dan mewujudkan sistem pendidikan yang baru iaitu dikenali sebagai sekolah vernakular Melayu. Hal ini kerana, sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh pihak British hanya bertujuan sedakar untuk menghapuskan buta huruf masyarakat Melayu semata-mata di samping mengekalkan cara hidup tradisional orang Melayu.

Mengikut dasar pelajaran yang ditetapkan oleh pihak British, kanak-kanak akan diberikan pelajaran percuma di peringkat rendah dalam Bahasa Melayu selama empat tahun. Mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah vernakular Melayu ialah bacaan, mengarang, ejaan, menulis, latihan jasmani dan ilmu alam sahaja. Malahan, murid di sekolah Melayu juga tidak  berpeluang untuk belajar Bahasa Inggeris dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah.


Sekolah Vernakular Cina

Kemasukan beramai-ramai masyarakat Cina ke Tanah Melaayu telah menimbulkan keperluan pendidikan dalam kalangan anak-anak mereka. Pada waktu itu, pihak pentadbiran British tidak mencampur tangan malahan menentang keras pembiayaan untuk pembinaan Sekolah Vernakular Cina kerana penduduk Cina dianggap sebagai penduduk asing sementara di Tanah Melayu. Maka, perbelajaan pengurusan sekolah tersebut hanya ditampung oleh derma daripada masyarakat Cina sahaja.

Dalam aspek pendidikan, sikap masyarakat Cina lebih ketara berorientasikan ke negara asal.  Oleh itu, sistem pendidikan Sekolah vernakular Cina sangat mirip dengan sistem pendidikan di negara China. Mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk mendirikan sekolah serta mengeluarkan tajaan untuk mengimport guru dari negara China bersama dengan buku teks sekolah yang dikeluarkan di sana untuk diajar kepada anak-anak mereka.


Sekolah Vernakular Tamil

Sejarah penubuhan bagi sekolah Tamil berlaku semasa kemasukan buruh India secara beramai-ramai. Pada mulanya pihak British tidak begitu berminat dengan pendidikan Tamil di Tanah Melayu. Namun begitu, mereka mula menyedari bahawa pendidikan perlu disediakan untuk menarik lebih ramai penduduk India datang berkerja di ladang-ladang di Tanah Melayu.
         
Pada tahun 1912, pihak British telah menetapkan undang-undang buruh yang menyatakan bahawa semua ladang yang ada sekurang-kurangnya 10 orang kanak-kanak di antara 7 hingga 10 tahun mestilah menyediakan sekolah dan guru untuk diberi pelajaran kepada mereka. Oleh kerana ia terbatas di kawasan estet serta sumber kewangan dan tenaga pengajar yang terhad, pendidikan sekolah vernakular Tamil tertumpu kepada peringkat rendah sahaja. Dari aspek pembelajaran pula, sumber buku teks yang digunakan masih bersumberkan dari negara asal mereka.


2.2     Kelebihan dan Kelemahan antara sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan


Sekolah Kebangsaan

Kebaikan
Kelemahan
§  Dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling mengenal dan mengeratkan hubungan silaturahim.
§  Berorentasikan peperiksaan dan pencapaian akademik semata-mata.
§  Wujudnya, budaya menghormati hak kaum lain yang mampu memupuk kesepaduan kaum dan etnik di negara ini.
§  Amat mementingkan peperiksaan sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
§  Menjadikan sekolah sebagai asas permulaan dalam memupuk hubungan yang baik antara kaum yang lain
§  Pendidikan yang tertumpu kepada pencapaian akademik telah membelakangkan elemen-elemen adab serta budaya yang sopan.
§  Murid-murid yang terdiri daripada pelbagai etnik mudah untuk berhubung atau berkomunikasi dengan masyarakat luar dan mudah untuk memperoleh ilmu pengetahuan.
§  Aspek budi bahasa, adab dan akhlak serta aspek nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur dan amanah semakin hari semakin kurang diberi perhatian.


Sekolah Vernakular

Kebaikan
Kelemahan
§  Pelajar berlainan kaum dapat menguasai bahasa ketiga yang mampu menjamin masa depan yang kukuh terutamanya ketika bersaing dalam dunia kerjaya.
§  Menunjukkan  jurang perkauman yang begitu luas antara murid-murid yang berlainan kaum.
§  Guru di sekolah vernakular mempunyai komitmen, profesionalisme, dan tahap dedikasi yang tinggi
§  Wujudnya jurang komunikasi antara kaum disebabkan penggunaan bahasa ibunda yang berbeza.
§  Sistem pendidikan vernakular  mempunyai kelebihan tersendiri berbanding sekolah kebangsaan.
§  Hanya bahasa ibunda kaum majoriti sahaja yang kerap dipertuturkan di sekolah manakala bahasa kebangsaan pula disisihkan.


2.3       Isu-Isu Sekolah Vernakular

Banyak faktor yang telah menjadi punca dan alasan mengapa isu pemansuhan sekolah vernakular dibangkitkan. Salah satunya, berkaitan dengan cadangan penubuhan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan ialah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira etnik atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan adalah untuk  mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang. Namun begitu, kebanyakan etnik Cina dan India membantah pelaksanaan Sekolah Wawasan kerana mereka percaya bahawa Sekolah Wawasan akan mengehadkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing di sekolah.
             
Seterusnya, cabaran dalam pendidikan dan bahasa. Kepelbagaian sistem pendidikan mempunyai kaitan rapat dengan kesepaduan sosial di negara ini, terutama dari segi penggunaan bahasa pengantar dan kurikulum. Setakat ini, kepelbagaian tersebut tidak banyak menimbulkan masalah kepada sistem pendidikan negara. Namun, cabaran terhadap pelaksanaan sistem tersebut memang tidak dapat dielakkan, terutama antara pendidikan kebangsaan dengan pendidikan vernakular.


3.0       Metodologi Kajian

Kajian ini dilakukan di sekitar Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual dan pemerhatian. Dalam temu bual, kajian telah menemui guru kaunseling iaitu Puan Ziana dan serta tiga orang pelajar universiti. Dalam kaedah pemerhatian, pelajar pelbagai kaum yang berada di dalam kelas sekolah kebangsaan telah diperhati gelagat mereka.


4.0       Kesimpulan

Kesimpulannya, proses penyatuan dalam sistem pendidikan di Malaysia telah bermula semenjak zaman sebelum merdeka, namun agak sukar untuk direalisasikan. Penyatuan dalam bidang ini akan tercapai sekiranya setiap komuniti etnik memahami sejarah asal di Tanah Melayu dan perkembangan pendidikan di negara ini. Oleh yang demikian, setiap pelusuk masyarakat perlulah menjadi warganegara yang prihatin dalam menangani isu ini. Sebarang perbincangan perlulah diadakan bagi mengelakkan salah faham yang  boleh membawa kepada isu perpaduan yang lebih besar.


Rujukan

Amran Idis,  Ismail Kosman & Hj. Md Lasa Yahya. (2012). Nota Pembelajaran Praktis Pengajian Am STPM. Local Publication.

Mahdi Shuid & Noor Azma Hj. Seman. (2014). Rujukan Lengkap Sejarah Tingkatan 4, Global Mediastreet Sdn. Bhd.

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/isu-sekolah-vernakular-ke-mana-haluan.html
https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/12/06/sistem-sukatan-satu-sekolah-berjaya-di negara-lain-kenapa-tidak-malaysia/
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemansuhan-sekolah-cina-dibahaskan-dalam-perhimpunan-agung-umno
http://www.slideshare.net/sitirohayurohan/sejarah-pendidikan-di-malaysia-17745813
http://cgzakariasej.blogspot.com/2014/05/pendidikan-vernakular-di-tanah-melayu.html
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/isu-sekolah-vernakular-ke-mana-     haluan.html
http://www.utusan.com.my/rencana/memalaysiakan-semangat-sistem-pendidikan-sjkc-   1.16787
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=557018&cat=tm



MZ Zainudin, Nur Atikah Mohd Razali, Nurul Asyikin Hamzah, Renugah Mageswaran, Goh Say Kheat         


3 comments:

  1. Anonymous3:27 PM

    tim JOKI

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:46 PM

    Nk tnya buku pengajian am ni penggal berapa ?

    ReplyDelete
  3. Apakah sebab sebab

    ReplyDelete