Saturday, March 12, 2016

Kefahaman masyarakat Melaka terhadap pantang larang seharian








1.0       Pendahaluan

Kajian ini hendak melihat kefahaman masyarakat Melaka terhadap pantang larang seharian. Penyelidikan telah membuktikan bahawa masyarakat Melaka amat memahami tentang pantang larang dalam kehidupan seharian dan kepentingannya. Mereka amat kukuh dengan kepercayaan mereka tentang pantang larang. Masyarakat Melaka amat memahami tentang semua pantang larang dari segi kelahiran, perkahwinan, kematian dan juga pantang larang seharian. Masyarakat Melaka mengatakan bahawa dari segi kefahaman mereka, pantang larang mewujudkan kehidupan manusia yang sempurna dalam melakukan sesuatu hal. Di Melaka, walaupun kaum Melayu, Cina dan India, masing-masing mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga ketika mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum ini adalah berbeza. Keadaan ini menunjukkan Melaka terdiri daripada kaum majmuk. Segala pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan dalam agar sentiasa sihat dan cergas.

1.1       Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat Melaka terhadap pantang larang seharian, melihat tahap penerimaan pantang larang dalam kehidupan seharian dan mengenal pasti tahap kerelevanan pantang larang kaum Melayu, Cina dan India.

1.2       Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap kefahaman masyarakat Melaka sekarang menghayati dan mempraktikkan pantang larang dalam kehidupan seharian. Selain itu, mengkaji sejauhmana kefahaman masyarakat terhadap kebaikan pantang larang dan manfaat yang diperolehi dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, meninjau contoh-contoh pantang larang yang diamalkan di Melaka. Dalam masa yang sama, mengetahui perbezaan pendapat masyarakat mengenai amalan pantang larang di kalangan pelbagai etnik di Melaka.


2.0       Latar Belakang Pantang Larang

Pantang larang ini merupakan salah satu bentuk disiplin lisan yang dipraktikkan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu khususnya yang tinggal di kawasan perkampungan. Masyarakat Melayu zaman dahulu sangat pintar dalam menyampaikan peraturan dengan tahap kepentingan berbeza dan ia dapat dilihat melalui kesan dan akibat yang dikatakan berhubung perbuatan melanggar larangan yang ditetapkan.

Pada zaman dahulu, pantang larang digunakan sebagai kaedah untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat. Sesuatu peraturan yang hendak dikuatkuasakan akan disertakan dengan pantang larang supaya masyarakat takut untuk melanggar peraturan tersebut. Kebanyakannya bertujuan mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman-berzaman.

Fungsi pantang larang adalah mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Di samping itu pantang larang adalah kaedah memberi teguran secara berhemat, menggalakkan kerja supaya sempurna dan membentuk budi pekerti yang mulia.


3.0       Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif melibatkan 30 orang respoden yang terdiri daripada kaum Melayu,  dan India di Melaka. Borang soal selidik telah digunakan untuk memenuhi objektif kajian yang melibatkan dua bahagian iaitu Bahagian A yang berkaitan dengan maklumat responden dan Bahagian B merupakan soal selidik.

Berdasarkan tujuan kajian, soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:

1. Saya amat memahami tentang maksud tersirat dan tersurat pantang larang.
2. Saya amat mempraktikkan pantang larang dalam kehidupan seharian.
3. Saya amat setuju bahawa pantang larang membawa kebaikan kepada berbagai-bagai etnik di Malaysia.
4. Saya langsung tidak mengetahui tentang pantang larang yang diamalkan.
5. Saya berpendapat bahawa pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Melaka tidak relevan dengan kehidupan dan peredaran masa kini.
6. Saya berpendapat bahawa semua pantang larang yang diamalkan sejak dahalu perlu dihapus.
7. Bagi saya, semua pantang larang adalah karut, menyusahkan dan tidak mampu membawa manfaat kepada masyarakat.


4.0       Hasil Kajian

Kajian ini menemubual beberapa responden bagi menyelidik kefahaman masyarakat Melaka terhadap pantang larang. Antara responden yang telah ditemu bual ialah Encik Hussin berumur 56 tahun yang menetap di Merlimau dan Nur Adilla berumur 22 tahun menetap di Bukit Beruang. Selain itu, kajian ini juga telah menemubual Puan Baiyah yang berumur 53 dan menetap di Malim.

Pantang larang ini bertujuan untuk mengajar anak-anak daripada melakukan perkara-perkara yang membuang masa. Mengikut responden-responden yang telah ditemu bual, mereka memahami pantang larang yang terdapat dalam masyarakat Melayu kerana mereka telah mendengar pantang larang ini sejak dari kecil lagi. Mereka mengatakan bahawa pantang larang bukan untuk dipercayai disebabkan akibat melanggarnya tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi disebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman lagi. Terdapat banyak contoh pantang larang yang diberikan oleh responden seperti jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai akan naik bisul.

4.1       Temu Bual Bersama Responden

Encik Hussin (56 Tahun)

Faham dengan jelas pantang larang seperti “anak dara jangan menyanyi di dapur”. Beliau mengamalkan pantang larang ini kerana menjaga aurat suara perempuan didengari oleh orang kampung.

Nur Adilla (22 Tahun)

Memahami pantang larang seperti “tak boleh duduk di atas bantal”. Beliau tidak amalkan pantang larang.

Puan Baiyah (53 Tahun)

Beliau juga memahami pantang larang yang diamalkan seperti “basuh kaki sebelum tidur” sehingga menjadi kebiasaan harian.


5.0       Kesimpulan dan Cadangan

Sebilangan besar responden mengatakan bahawa pantang larang adalah sesuatu perkara yang dapat menghalang kita dari melakukan sesuatu perkara kerana ada keburukan di sebaliknya. Perlakuan ini melibatkan semua aktiviti asasi manusia seperti makan, minum, tidur, mandi dan sebagainya. Tujuan pantang larang ini adalah untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan untuk menjaga kesihatan bagi pantang larang ketika mengandung ataupun berkhatan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman-berzaman.

Kita perlu menghayati mesej yang terdapat dalam pantang larang itu kerana di sebalik akibat yang dinyatakan jika melanggar satu pantang larang itu terdapat nilai-nilai murni yang dibawa oleh masyarakat zaman dahulu. Pantang larang ini digunakan untuk mendidik manusia agar berdisiplin dan bermoral dalam kehidupan seharian. Pantang larang boleh diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ajaran agama kerana apa yang penting dalam masyarakat bagi mengamalkan pantang larang perlu menghayati mesej yang terdapat dalam pantang larang itu. Selain itu, masyarakat perlu menghargai usaha orang terdahalu dalam menghidupkan sebuah kehidupan yang penuh dengan nilai-nilai murni. Pantang larang juga amat diperlukan dalam mendidik manusia agar lebih berdisiplin dan bermoral dalam kehidupan seharian. Akhir sekali pantang larang mempengaruhi kehidupan iaitu dalam mewujudkan persaudaraan yang erat serta hidup yang berperaturan.


Rujukan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_larang_Melayu
http://billyinfo.blogspot.my/2013/07/himpunan-pantang-larang-orang melayu.html#axzz3sER5VvyJ
https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2012/08/15/pantang-orang-melayu/
https://www.youtube.com/watch?v=6v5Tw8xbsRU
Temu bual bersama Encik Hussin, 56 tahun di Merlimau pada 21 November 2015.
Temu bual bersama Nur Adilla, 22 tahun di Jasin pada 21 November 2015. 
Temu bual bersama Puan Baiyah, 53 tahun di Malim pada 21 November 2015. 


MZ Zainudin, Muhammad Nur Azizi Azman, Mohd Huzaif Abdul Rahim, Muhammad Afiq Md Nasir, Muhammad Nadzrin Ab Rahim, Muhammad Afnan Arif Ibrahim, Shobna A/P Sankaran


Post a Comment