Monday, November 23, 2015

Transforming organizations strategies and methods






Penulis: Timothy G. Kotnour
Tahun: 2010
Penerbit: CRC Press, Taylor & Francis Group, Boca Raton, FL, USA.
Muka Surat: 149

Penulis buku ini melontarkan beberapa soalan umum berkaitan transformasi dan menyediakan ringkasan pembelajaran dari Kennedy Space Centre (KSC). Beliau menerangkan secara lengkap bagaimana hendak berurusan dengan transformasi dan menyimpulkannya melalui hubungan beberapa titik kepada sebuah model holistik yang menunjukkan bagaimana maklumat dapat bersama-sama menyempurnakan sebuah matlamat. Maklumat sebegini boleh digunakan untuk membangunkan strategi dan kaedah transformasi unik sesebuah organisasi.


Kandungan buku ini menyediakan kerangka kerja, menyediakan tujuh soalan umum berkaitan transformasi organisasi. Berdasarkan pembelajaran di KSC dari 1995 hingga 2003, buku ini tidak menyediakan kaedah penyelesaian yang sempurna sebaliknya membekalkan kefahaman terhadap apa yang patut dan tidak patut. Ia menerangkan lebih lanjut bagaimana melaksanakan kefahaman transformasi dalam organisasi maya.

Tujuh soalan yang dimaksukan ialah kenapa sesebuah organisasi perlu ditransformasi, apakah transformasi, apakah cabaran yang wujud dalam tranformasi, bagaimana kita memberi respon terhadap cabaran organisasi, apakah pernan kepimpinan dalam transformasi, apakah prinsip yang dapat membimbing pemikiran strategik, dan apakah proses sistematik untuk menguruskan strategi transformasi.


Post a Comment