Wednesday, November 04, 2015

Mentaliti berfikir








Sebahagian besar daripada kita percaya kejayaan hanya milik seseorang yang berbakat atau hebat, orang yang diberi bakat semula jadi, daya intelektual yang tinggi atau mungkin juga berada pada tempat dan masa yang betul. 

Jika kita hanya orang biasa-biasa, tidak berpeluang mendapat atau merasai apa juga kejayaan, jadi pilihan yang ada ialah menerima nasib kita. Peluang untuk keluar dari batas-batas nasib ini agak tipis. 

Pada saya, peluang setiap orang untuk berjaya dalam bidang masing-masing terletak pada cara mereka berfikir. Orang yang berjaya tidak terfikir “why me” atau “kenapa saya” sebaliknya mereka bertanya “why not me” atau “kenapa bukan saya”. 

Mentaliti ini yang membentuk kerangka berfikir dengan pengharapan yang sangat jelas dan bersedia menghadapi cabaran.
Post a Comment