Wednesday, November 18, 2015

Berubah kerana kecewa








Kejayaan tidak beraku dalam sekelip mata tetapi berlaku melalui satu proses. 

Masih ingat Susan Boyle? Beliau menjadi terkenal kerana program “Britain’s Got Talent” pada tahun 2009. Proses kejayaannya sangat panjang iaitu selama 35 tahun. 

Semasa berumur 9 tahun, beliau kerap menjadi mangsa buli di sekolah kerana menghadapi masalah pembelajaran, akibat daripada kecederaan otak semasa lahir. Untuk mengelak daripada tertekan, beliau kerap manyanyi untuk menghiburkan hati. Tidak sesuai dengan sekolah biasa, beliau memilih sekolah nyanyian. 

Sokongan ibunya yang berterusan telah menambah minatnya dalam bidang nyanyian dan menyertai pertandingan menyanyi di banyak tempat. 

Tahun 1999, beliau membuat rakaman sendiri tetapi “demo tape” nya tidak diterima. Kecewa dengan kegagalan, beliau belajar berlatih suara dengan jurulatih profesional untuk meningkatkan peluang menjadi penyanyi. 

Ketika menjadi terkenal pada tahun 2009, Susan Boyle berumur 49 tahun.


No comments:

Post a Comment