Monday, November 09, 2015

Jambatan sutera






Editor: Mohd Taib Hj. Dora
Tahun: 2015
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 146

Buku Jambatan Sutera ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah rujukan tentang hubungan persahabatan Malaysia-China. Sebanyak 10 bab ditulis oleh pensyarah dan pelajar di beberapa universiti di China seperti Liang Liji dan Kong Yuanzhi dari Peking University, Wu Zong Yu, Zhang Su Ha dan Shao Ying dari Beijing Foreign Studies University dan Zahir Zainudin dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka, diterajui oleh Prof Mohd Taib Haji Dora yang menulis tajuk "Sejarah awal hubungan persahabtan Malaysia-China".

Skop penulisan merangkumi aspek sejarah hubungan Malaysia-China pada era tradisional dan moden, termasuk hubungan Malaysia-China dalam pelbagai bidang yang telah berlangsung sekian lama.

Terdapat juga penulisan tentang aspek pendidikan, khususnya yang berkaitan dengan penubuhan Pusat Pengajian Melayu dan kesannya terhadap perkembangan Jurusan Bahasa Melayu di China. Turut dipaparkan sejarah penubuhan China Radio International (CRI) dan kaitannya dengan kewujudan siaran radio dalam bahasa Melayu terhadap Malaysia juga dijelaskan berdasarkan kajian yang telah dilakukan. Aspek sejarah dan masa depan hubungan Malaysia-China dihuraikan oleh penulis dalam sebuah rencana yang menarik.


Post a Comment