Wednesday, November 11, 2015

Pemisah kemahuan dan kejayaan








Pengalaman saya memberi kursus dan ceramah kepada pelbagai latar belakang orang, saya dapati tiga faktor yang sama menyebabkan wujudnya dinding antara kemahuan dan kejayaan. 

Pertama, berasa was-was atau curiga, kedua, takut gagal dan memilih untuk berada dalam zon selesa, ketiga, tidak pasti sama ada boleh dapat ataupun tidak. 

Kepercayaan dan sikap membentuk tingkah laku atau perbuatan. 

Ramai orang yang tahu bagaimana hendak reset tabiat-tabiat lama yang mengganggu motivasi dalam diri, tetapi tidak tidak ramai yang tahu apakah yang menyebabkan tabiat-tabiat lama ini. 

Jika kita dapat melunturkan ketiga-tiga faktor penghalang tadi, tabiat yang tidak produktif dapat diubah dan kita boleh melihat kejayaan di hadapan mata.


Post a Comment